Coccidioides posadasii

Coccidioides posadasii ialah kulat patogen yang, bersama dengan Coccidioides immitis, merupakan agen penyebab bagi koksidioidomikosis,[1] atau demam lembah pada manusia. Ia hidup di dalam tanah di kawasan-kawasan tertentu di Amerika Syarikat Barat Daya, di Mexico utara, dan di sesetengah kawasan lain di Benua Amerika, tetapi evolusinya dihubungkan dengan haiwan-haiwan hosnya.[2]

Coccidioides posadasii
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Nama binomial
Coccidioides posadasii

C. posadasii dan C. immitis adalah serupa secara morfologi, tetapi berbeza secara genetik dan secara epidemiologi.[3] C. posadasii dikenal pasti sebagai spesies terpisah selain C. immitis pada 2002 selepas analisis filogenetik.[4] Kedua-dua spesies ini boleh dibezakan dengan polimorfisme DNA dan kadar pertumbuhan berlainan pada kehadiran kepekatan garam tinggi: C. posadasii tumbuh dengan lebih perlahan. Ia juga berbeza secara epidemiologi, oleh sebab ia dijumpai di luar Lembah San Joaquin. Tidak seperti C. immitis, yang terhad secara geografi kebanyakannya di California, C. posadasii juga boleh dijumpai di Mexico utara dan di Amerika Selatan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Coccidioidomycosis - Acute Pulmonary - Symptoms, Diagnosis, Treatment of Coccidioidomycosis - Acute Pulmonary - NY Times Health Information". The New York Times.
  2. ^ Sharpton, T. J., Stajich, J. E., Rounsley, S. D.; dll. (Oktober 2009). "Comparative Genomic Analyses of the Human Fungal Pathogens Coccidioides and Their Relatives". Genome Research. 19 (10): 1722–31. doi:10.1101/gr.087551.108. PMC 2765278. PMID 19717792. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-03. Dicapai pada 2015-05-18.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Miranda, Elizabeth (2011). "Coccidioides posadasii". The Encyclopedia of Life (EOL). eol.org. Dicapai pada 17 Julai 2013.
  4. ^ Fisher, M. C., Koenig, G. L., White, T. J., & Taylor, J. W (2002). "Molecular and phenotypic description of Coccidioides posadasii sp. nov., previously recognized as the non-California population of Coccidioides immitis" (PDF). Mycologia. 94 (1): 73–84. doi:10.2307/3761847. PMID 21156479.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

sunting

Templat:Mikosis