Kura-kura katup berjalur tiga Vietnam

(Dilencongkan dari Cuora cyclornata)

Kura-kura katup berjalur tiga Vietnam (Cuora cyclornat) ialah spesies kekura Asia tenggara dalam genus Cuora (keluarga Geoemydidae). Habitatnya merangkumi selatan China iaitu wilayah Guangxi, Vietnam tengah, dan Laos. Spesies ini boleh membesar sehingga 30 cm panjang dan antara spesies Cuora terbesar. Disebabkan permintaan pasaran perubatan tradisional China, haiwan ini sering diburu dan kini hampir-hampir mengalami kepupusan dan hanya boleh ditemui di ladang-ladang ternak kura-kura.[1] Harganya juga sangat mahal. Haiwan ini memiliki saiz yang lebih besar berbanding Cuora trifasciata dan tempurungnya juga lebih bujur, rata, berwarna putih, merah jambu, berdagu jingga, dan memiliki warna kepala yang pelbagai iaitu dari jingga coklat ke zaitun serta kekurangan pigmen gelap.

Kura-kura katup berjalur tiga Vietnam
Cuora cyclornata
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
C. cyclornata
Nama binomial
Cuora cyclornata

Subspesies sunting

Dua subspesies telah dikenal pasti:[2]

  • C. c. cyclornata: Mendiami bahagian tengah Vietnam serta Laos. Subspesies ini dibezakan dengan Cuora trifasciata dan C. c. meieri melalui warna jingga pada dagunya, bentuk karapas lebih bulat, memiliki persamaan dengan Cuora mccordi/Boletus (cth. tompok-tompok gelap menyebar ke skut dubur hingga ke bahagian pektoral, pada C. trifasciata dan C. c. meieri menyebar hingga ke gularnya) dengan warna hitam halus dan tegak sepanjang sutur pektoral-humeral, hitam. Subspesies ini boleh membesar hingga 25 cm; Jantan lebih kecil berbanding betina.
  • C. c. meieri: Mendiami barat daya wilayah Guangxi, China dan utara Vietnam. Subspesies ini memiliki bentuk bujur pada tempurungnya berbanding C. c. cyclornata dan C. trifasciata, dagu berwarna putih-jambu, sutur pektoral-humeral bulat, dan ciri-ciri plastron yang hampir dengan Boletus. Subspesies ini boleh membesar sehingga 30 cm; Jantan juga lebih kecil berbanding betina.

Rujukan sunting

  1. ^ Zhou, T.; McCord, W.; Blanck, T. & Li, P.P. 2007. Cuora trifasciata and Cuora cyclornata - captive breeding in China. Reptilia (GB) (50): 68-73
  2. ^ Blanck, T., W.P. Mccord & M. Le (2006): On the Variability of Cuora trifasciata. Edition Chimaira. 153pp.