D.P Vinjandran merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Malaysia. Beliau merupakan peguam yang terkenal dan menjadi ahli politik dari parti MIC / Barisan Nasional.

Nama beliau menghilang selepas dibabitkan dengan Pita video Lucah Vijandran pada 1988. Beberapa tokoh politik termasuk M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC mendesak beliau meletakkan jawatan. Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 diadakan tanpa nama beliau.

Nama beliau muncul semula selepas menjadi peguam bela suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada tahun 2010. [1]

Rujukan sunting

  • Zulkiflee Bakar , Isu Video Lucah : Tindakan Peguam Negara dipersoalkan, Majalah Eksklusif , 21 Januari 1990, Karangkraf, hlm 20.