Tabung Kewangan Antarabangsa
Tabung Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Monetary Fund , IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. Pertubuhan ini beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat.[1] IMF dibentuk pada tahun 1944 dalam Persidangan Bretton Woods, kemudian dirasmikan pada tahun 1945 dengan 29 negara anggota. IMF sejak awal bertujuan menjaga sistem kewangan antarabangsa. Negara anggota menyumbangkan dana dengan menggunakan sistem kuota. Suntikan dana tersebut dapat dipinjam oleh negara-negara yang mengalami kesusahan dalam hutangnya dan kewangannya.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IMF |
Jenis/bentuk sah | Institusi kewangan antarabangsa |
Tujuan | Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa, memudahkan perdagangan antarabangsa, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari, membuka hasil sumber kepada negara ahli yang menghadapi masalah imbangan pembayaran[1] |
Keanggotaan | 190 buah negara |
Anggota bagi | Rangkaian untuk Menghijaukan Sistem Kewangan, ORCID (2023) |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris[2] |
Tapak web | imf |
Sejarah | |
Dibentuk | 7 Julai 1944 |
Pengurusan | |
Pengarah Urusan | Kristalina Georgieva |
Organisasi utama | Lembaga gabenor |
Organisasi induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[3][4] |
Perangkaan | |
Kakitangan/pekerja | 2,700 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Washington, D.C., Amerika Syarikat |
Lokasi | |
Koordinat | 38°53′56.42″N 77°2′39.21″W / 38.8990056°N 77.0442250°WKoordinat: 38°53′56.42″N 77°2′39.21″W / 38.8990056°N 77.0442250°W |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai Pengarah Urusan IMF
suntingBil | Tempoh | Nama | Negara asal | Portfolio |
---|---|---|---|---|
1 | 6 Mei 1946 – 5 Mei 1951 | Camille Gutt | Belgium | Ahli politik, Menteri Kewangan |
2 | 3 Ogos 1951 – 3 Oktober 1956 | Ivar Rooth | Sweden | Peguam, Anggota Bank Pusat |
3 | 21 November 1956 – 5 Mei 1963 | Per Jacobsson | Sweden | Peguam, Ahli ekonomi |
4 | 1 September 1963 – 31 Ogos 1973 | Pierre-Paul Schweitzer | Perancis | Peguam, Anggota Bank Pusat, Penjawat awam |
5 | 1 September 1973 – 18 Jun 1978 | Johan Witteveen | Belanda | Ahli ekonomi, Ahli akademik, Ahli politik, Penulis, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri |
6 | 18 Jun 1978 – 15 Januari 1987 | Jacques de Larosière | Perancis | Penjawat awam |
7 | 16 Januari 1987 – 14 Februari 2000 | Michel Camdessus | Perancis | Ahli ekonomi, Anggota Bank Pusat |
8 | 1 Mei 2000 – 4 Mac 2004 | Horst Köhler | Jerman | Ahli ekonomi |
9 | 7 Jun 2004 – 31 Oktober 2007 | Rodrigo Rato | Sepanyol | Peguam, Ahli ekonomi, Ahli polituk, Menteri Ekonomi |
10 | 1 November 2007 – 18 Mei 2011 | Dominique Strauss-Kahn | Perancis | Ahli ekonomi, Peguam, Ahli politik, Menteri Ekonomi dan Kewangan |
11 | 5 Julai 2011 – 12 September 2019 | Christine Lagarde | Perancis | Peguam, Ahli politik, Menteri Kewangan |
12 | 1 Oktober 2019 – Kini | Kristalina Georgieva | Bulgaria | Ahli ekonomi, penjawat awam antarabangsa |
Rujukan
sunting- ^ a b "About the IMF". IMF. Dicapai pada 6 Oktober 2019.
- ^ Boughton 2001, halaman 7 n.5.
- ^ "Factsheet: The IMF and the World Bank". IMF. 21 September 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
- ^ "About the IMF Overview". www.imf.org. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
- ^ http://www.imf.org/external/np/sec/pr/2011/pr11187.htm%7Cwork dicapai pada 14 Jun 2011
- ^ http://www.imf.org/external/np/sec/pr/2011/pr11259.htm%7Ctitle%7C dicapai pada 28 Jun 2011
- ^ http://www.reuters.com/article/2011/06/28/us-imf-%7C dicapai pada 28 Jun 2011
- ^ http://www.independent.co.uk/news/world/europe/ dicapai pada 30 Mei 2012