Dhalia[1] (10 Februari 1925 – 14 April 1991) ialah seorang pelakon wanita Indonesia yang aktif selama lebih lima puluh tahun. Beliau telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia, menang satu anugerah.

Dhalia
Dhalia dalam filem Lewat Djam Malam.
Kelahiran10 Februari 1925
Meninggal dunia14 April 1991(1991-04-14) (umur 66)
PekerjaanPelakon
Anugerah1 Anugerah Citra

Biografi sunting

Dhalia dilahirkan di Medan, Sumatera utara, pada 10 Februari 1925, kepada Tengku Katam.[2] Bapanya, seorang penulis pentas, menamakan rombongan teaternya sebagai Dhalia Opera bersempena beliau. Untuk pendidikan formal beliau, Dhalia belajar di sekolah rendah atas milik Muhammadiyah kemudiannya di sekolah menengah atas Muhammadiyah. Dalam masa lapangny, beliau menumpukan perhatian kepada lakonan di rombongan bapanya.[3] Menjelang 1940an, beliau telahpun mengenali bakat nyanyiannya, meskipun bapanya berhasrat mahu beliau menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[4][5]

Pada 1941 Dhalia membuat kemunculan filem cetera pertamaya menerusi filem muzikal arahan Njoo Cheong Seng, Pantjawarna, diterbitkan oleh Oriental Film.[3] Dua kemunculan beliau seterusnya memperlihatkannya memegang watak anak yatim dalam filem arahan Sutan Usman Karim Panggilan Darah[6] dan bersama Rd Mochtar dalam Moestika dari Djemar, adaptasi daripada Hikayat Seribu Satu Malam.[7] Dua filem terakhir Dhalia sebelum kemerdekaan Indonesia telah disiapkan semasa pendudukan Jepun di Indonesia (1942–45): Berdjoang dan Hoedjan. Kedua-duanya merupakan karya propaganda pro-Jepun.[8]

Sewaktu Revolusi Nasional Indonesia (1945–1949), penerbitan filem itu hampir terhenti.[9] Dhalia hanya kembali ke layar perak pada 1952, menyiapkan tiga filem pada tahun itu. Menjelang 1955 beliau menyiapkan tiga lagi filem, mengambil peranan tertentu sebagai watak utama dalam Chandra Dewi (1952) dan pelacur Laila dalam Lewat Djam Malam (1955).[10] Antara 1956 dan 1972 Dhalia tidak berlakon filem. Selepas beliau kembali ke industri,[10] beliau tidak lagi ditawarkan peranan utama, sebaliknya mengambil peranan pembantu.[3] Beliau membuat filem terakhirnya pada 1990, dengan 1980an sebagai tempoh paling produktif dalam kerjayanya.[10]

Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 14 April 1991.[3]

Anugerah sunting

Sepanjang kerjayanya Dhalia telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Citra. Pencalonan pertamanya, pada 1955, menerusi filem Lewat Djam Malam; beliau memenangi Anugerah Citra untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya. Pada 1981 dan 1982 beliau menerima dua pencalonan untuk Anugerah Citra untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, untuk filem Usia 18 dan Bukan Istri Pilihan.[11]

Filemografi sunting

Sepanjang kerjayanya selama 50 tahun, Dhalia telah berlakon dalam 52 filem.[10]

  • Pantjawarna (1941)
  • Panggilan Darah (1941)
  • Moestika dari Djemar (1941)
  • Boenga Sembodja (1942)
  • Berdjoang (1943)
  • Hoedjan (1944)
  • Sangkar Emas (1952)
  • Chandra Dewi (1952)
  • Sorga Terakhir (1952)
  • Halilintar (1954)
  • Antara Dua Sorga (1954)
  • Kopral Djono (1954)
  • Lewat Djam Malam (1954)
  • Kabut Desember (1955)
  • Peristiwa Didanau Toba (1955)
  • Last Tango in Jakarta (1973)
  • Cinta Putih (Bidan Aminah) (1977)
  • M-5 (Menantang Maut) (1978)
  • Sepasang Merpati (1979)
  • Usia 18 (1980)
  • Mawar Jingga (1981)
  • Bukan Istri Pilihan (1981)
  • Ajian Macan Putih (1982)
  • Halimun (1982)
  • Warok Singo Kobra (1982)
  • Mereka Memang Ada (1982)
  • Sorta (Tumbuh Bunga di Sela Batu) (1982)
  • Ratu Buaya (1983)

  • Darah dan Mahkota Ronggeng (1983)
  • Bercinta dalam Badai (1984)
  • Kerikil-Kerikil Tajam (1984)
  • Saat-Saat Kau Berbaring di Dadaku (1984)
  • Titik-Titik Noda (1984)
  • Secangkir Kopi Pahit (1984)
  • Arie Hanggara (1985)
  • Pertunangan (1985)
  • Cinta di Awal Tigapuluh (1985)
  • Gadis Hitam Putih (1985)
  • Perceraian (1985)
  • Satria Bambu Kuning (1985)
  • Kemilau Cinta di Langit Jingga (1985)
  • Telaga Air Mata (1986)
  • Yang Perkasa (1986)
  • Pernikahan Dini (1987)
  • Aku Benci Kamu (1987)
  • Pernikahan Berdarah (1987)
  • Sumpah Keramat (Sumpah Pocong Lintang dan Bayu) (1988)
  • Jodoh Boleh Diatur (1988)
  • Nuansa Birunya Rinjani (1989)
  • Joe Turun ke Desa (1989)
  • Pendekar Jagad Kelana (1990)
  • Ketika Dia Pergi (1990)

Rujukan sunting

Sumber petikan sunting

  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978. Sinematek Indonesia. OCLC 6655859. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-13. Dicapai pada 13 October 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Filmografi Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-13. Dicapai pada 13 October 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  • "Moestika dari Djenar". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 25 July 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Panggilan Darah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-26. Dicapai pada 26 July 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Penghargaan Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-16. Dicapai pada 16 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  • Tjasmadi, Muhammad Johan, penyunting (1983). Indonesian Film Festival Information. Jakarta: Indonesian Film Festival. m/s. 342.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting