Digliserida atau diasilgliserol (DAG) merupakan gliserida yang mengandungi dua rantaian asid lemak yang diikat secara kovalen kepada molekul gliserol melalui rangkaian ester. Salah satu contohnya adalah seperti gambar dibawah, 1-palmitoil-2-oleoil-gliserol yang mengandungi rantaian sisi yang diperoleh daripada asid palmitik dan asid oleik.

Struktur kimia 1-palmitoil-2-oleoil-gliserol

Bahan tambah makananSunting

Monoasilgliserol dan diasilgliserol (E471) merupakan bahan tambah makanan yang biasa digunakan untuk mencampurkan sesetengah bahan bersama seperti minyak dan air, dimana kedua-dua bahan tersebut tidak boleh bergabung dengan baik.[1] Sumber komersial untuk bahan tambah ini mungkin bersumberkan haiwan (diperoleh daripada lembu atau khinzir) atau sayur-sayuran seperti minyak kanola atau kacang soya.[1][2] Ia juga selalu dijumpai dalam minuman, ais krim, mentega kacang, gula getah, hias atas krim putar, marjerin dan bahan-bahan pembuatan roti.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Adakah Mono dan Diasilgliserida Halal?" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Islam Amerika. Dicapai pada 22 Mac 2014.
  2. ^ a b "Label Able: Mono- and Diglycerides" (dalam bahasa Inggeris). Pop Sugar. Dicapai pada 22 Mac 2014.