Dinasti Rai (sekitar 489-632 Masihi)[2] ialah sebuah kerajaan[3][4] pada zaman klasik di benua India, yang berasal dari wilayah Sindh, kini sebahagian Pakistan.[1] Dinasti ini pada puncaknya memerintah sebahagian besar wilayah barat laut benua India. Pengaruh Rai meluas dari Kashmir di timur, pelabuhan Makran dan Debal (Karachi moden) di barat, pelabuhan Surat di selatan, dan kawasan bukit Kandahar, Sulaiman, Ferdan dan Kikanan di utara.[1] Dinasti ini memerintah seluas lebih 600,000 batu persegi (1,553,993 km2), dan dinasti Rai memerintah selama 143 tahun.[1]

Dinasti Rai
کیستھا خاندان
489–632
Ibu negaraAror
Agama
Hinduisme
Buddhisme[1]
KerajaanRaja mutlak
Maharaja 
Era SejarahIndia Klasik
• Didirikan
489
• Dibubarkan
632
Keluasan
s. 6001,553,993 km2 (600,000 bt2)
Diganti oleh
Dinasti Brahman

Pertempuran Rasil pada 632 M memainkan peranan penting dalam kemerosotan mereka. Pertempuran itu mengakibatkan pihak Khulafa al-Rasyidin menakluki pantai Makran.[5][6] Buku Chach Nama mencatat detik-detik terakhir dinasti Rai dan pengangkatan Chach dari Alor ke takhta.

Mereka mendirikan kuil Shiva yang hebat di Sukkur moden, Pakistan, berdekatan ibu kota mereka di Aror. Ini sesuai dengan catatan sejarah daripada zaman Harsha, kerana banyak raja dari subbenua tidak pernah mendukung sebarang agama rasmi wilayah dan biasanya melindungi semua agama Dharma.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Harsha and His Times: A Glimpse of Political History During the Seventh Century A.D. , Page 78 by Bireshwar Nath Srivastava (Chowkhamba Sanskrit Series Office, 1976)
  2. ^ Al- Hind: The slave kings and the Islamic conquest, Volume I. Brill. 1991. m/s. 152. ISBN 9004095098.
  3. ^ Elliot, H. M. (Henry Miers), Sir, 1808-1853, author. The History of India, as Told by its Own Historians : The Muhammadan Period. ISBN 978-1-139-50713-4. OCLC 1136335945.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ india, Ancient geography of. alexander cunningham. Alexander Cunningham.
  5. ^ Peter Crawford, The War of the Three Gods: Romans, Persians and the Rise of Islam, (Pen & Sword, 2013), 192.[1]
  6. ^ André Wink, Al-hind: The Making of the Indo-islamic World, Vol. I, (E.J. Brill, 1990), 133.[2]
  7. ^ Wink, Andre (1996). Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World. BRILL. m/s. 152. ISBN 90-04-09249-8.