Ario Bimo Nandito Ariotedjo, S.H. atau lebih dikenal Dito Ariotedjo (lahir di Jakarta, 25 September 1990; umur 33 tahun) merupakan ahli politik Indonesia yang berkhidmat Menteri Pemuda dan Sukan dari Partai Golongan Karya.[2] Berusia 32 tahun 190 hari semasa dilantik, beliau menjadi Menteri Pemuda dan Sukan termuda sejak Soepeno serta menteri termuda selepas akhir Orde Lama. Beliau juga menjadi orang kelahiran 1990-an pertama yang menjadi menteri.

Dito Ariotedjo
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia ke-14
Memegang jawatan
3 April 2023
PresidenJoko Widodo
Didahului oleh
Ketua Umum Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia
Dalam jawatan
1 Oktober 2016 – 7 Mac 2022
Didahului olehDave Laksono
Digantikan olehJerry Sambuaga[1]
Butiran peribadi
LahirArio Bimo Nandito Ariotedjo
(1990-09-25) 25 September 1990 (umur 33)
Jakarta, Indonesia
Parti politikGolkar (sejak 2016)
PasanganNiena Kirana Riskyana (k. 2018)
Anak-anak1
IbuArti Laksmigati
BapaArie Prabowo Ariotedjo
Saudara
  • Aryo Prakoso Ariotedjo (adik-beradik)
  • Mesty Ariotedjo (adik-beradik)
Alma materUniversitas Indonesia
Pekerjaan
  • Aktivis
  • usahawan
  • ahli politik

Riwayat hidup sunting

Latar belakang dan pendidikan sunting

Lahir dari pasangan Arie Prabowo Ariotedjo dan Erti Laksmigati Ariotedjo, Dito merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Ayahnya ialah Pengarah Utama PT Aneka Lombong sejak 2017 sehingga diberhentikan pada 2019.[3][4] Dua adik-beradik Dito ialah Aryo Prakoso Ariotedjo dan Dwi Lestari Pramesti Ariotedjo.[5]

Dito menyelesaikan pendidikan rendah di SD Tarakanita 2 Jakarta, meneruskan di SMP Al-Izhar Jakarta, dan menempuh pendidikan di SMA Negeri 6 Jakarta, dan menamatkan pendidikan tinggi di Fakultas Hukum Universitas Indonesia pada 2012.[6]

Karier profesional sunting

Dito menceburi beberapa bidang perniagaan, termasuk bidang tenaga, pertahanan, ruang kerja bersama dan rintisan yang digabungkan dalam sebuah syarikat bernama Grupara Ventures.[7] Di samping itu, beliau juga menjadi Pesuruhjaya Utama di beberapa syarikat seperti PT Kartika Kara Eka Nusa serta Syailendra Pangan Indonesia.

Pada akhir tahun 2021, Dito bersama pelakon Raffi Ahmad serta KEP Prestige Motor Rudy Salim bekerjasama mengasaskan dan membesarkan Rans Sport. Dito juga berkhidmat sebagai pengerusi RANS Nusantara FC.[8]

Pada April 2022, Dito dilantik memasuki menjadi ahli penasihat Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Indonesia.[9] Dito merupakan ahli pasukan ahli yang termuda dari 7 ahli lainnya.[10]

Aktiviti pertubuhan sunting

Di menara gading, Dito aktif dalam pelbagai pertubuhan seperti bendahara umum Badan Eksekutif Pelajar Fakultas Hukum Universitas Indonesia serta Himpunan Mahasiswa Islam di fakutli tersebut.[11] Tidak hanya tertumpu pada pertubuhan pelajar, Dito juga aktif malang melintang sebagai Setiausaha Jeneral Gerakan Pemuda dan Pelajar Pembaharuan (GPMP).[12] Dito juga aktif pada bidang sukan sebagai ketua pengurus Ikatan Sport Sepeda Indonesia (ISSI) Provinsi DKI Jakarta.[13][14]

Tahun 2016 sehingga 2022 Dito sempat berkhidmat sebagai ketua umum pada sayap pemuda Partai Golongan Karya (Golkar), Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI).[15] Kepiawaian, pengalaman, serta inovasinya dalam berpersatuan membawa dirinya menjadi ketua DPP Parti Golkar dalam Bidang Inovasi Sosial dan Ormas. Hal ini turut menjadikannya sebagai ketua bidang termuda sepanjang sejarah parti.[16] Semasa ini, Dito juga dilantik sebagai Ketua Lembaga Inovasi dan Kreativiti DPP Parti Golkar.[17]

Selain aktif di AMPI, Dito juga aktif di HIPMI Jaya (Jakarta Raya) sejak tahun 2010, dan berkhidmat sebagai ketua pada tahun 2016.[18][19] Semasa ini Dito berkhidmat sebagai Dewan Kehormatan HIPMI Jaya. Selain itu dirinya juga terlibat sebagai Ketua PPK Kosgoro 1957 dan Ahli Dewan Penasehat PP Perbasi.[20]

Kerjaya politik sunting

Bersama dengan para pemuda AMPI, Dito membina ruang kreatif bernama Open Lab yang dirasmikan pada Disember 2017 oleh Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto. Open Lab mula ditubuhkan dan diterapkan ke pelbagai daerah di seluruh Indonesia.[21][22]

Beliau bersama AMPI turut bekerjasama untuk menghimpun aspirasi dan kuasa pemuda dari seluruh Indonesia dalam pertemuan kader kebangsaan bertemakan Pembaharuan Indonesia untuk Indonesia Maju yang dihadiri oleh Presiden Joko Widodo.[23][24]

Pada 2018, sumbangan dan aktiviti dalam pembagunan belia dan sukan membuatnya dilantik sebagai menjadi ketua kontijen Indonesia dalam temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina.[25][26]

Pada 2019, beliau menjadi jurubicara bagi pasangan calon presiden Indonesia, Joko Widodo-Ma'ruf Amin.[20]

Kehidupan peribadi sunting

Dito berkahwin dengan Niena Kirana Riskyana pada 31 Mac 2018.[27][28]

Anugerah sunting

Dito tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Indonesia pada 2020.[29][30]

Rujukan sunting

  1. ^ Maulana, Yudha (7 Maret 2022). "Jerry Sambuaga Terpilih jadi Ketua DPP AMPI dalam Munas IX di Bandung". detikcom. Dicapai pada 18 April 2022. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Zunita Amalia Putri (22 Januari 2018). "Ini Kabinet Airlangga di Sisa Periode Golkar 2014-2019". Detik.com. Dicapai pada 2019-05-20.
  3. ^ https://www.kompas.id/baca/ekonomi/2017/05/02/direktur-utama-antam-diganti
  4. ^ https://katadata.co.id/marthathertina/berita/5e9a4c3e077f2/dua-proyek-terbengkalai-jadi-alasan-erick-thohir-ganti-dirut-antam
  5. ^ "Potret Ibunda Mesty Ariotedjo yang Pesonanya Bak Perempuan Bangsawan - Semua Halaman - Grid.ID". www.grid.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-21.
  6. ^ https://pddikti.kemdikbud.go.id/data_mahasiswa/QjAzNjEyMkQtRUQ4OS00NzVDLUFFNzAtOEIwMzNGMDlFMTQx
  7. ^ "Berbincang Dengan Aryo Ariotedjo, Otak Di Belakang Grupara dan Freeware | Dailysocial". dailysocial.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-20.
  8. ^ Riyantama, Rauhanda (2021-10-01). "Bentuk Tim Basket, Raffi Ahmad Gandeng Pengusaha Kaya Raya, Ini Sosoknya". Bola Times. Dicapai pada 2022-03-27.
  9. ^ Editorial, Team (2022-04-13). "Tokoh Muda Golkar, Dito Ariotedjo Jadi Tim Ahli Menko Airlangga". IDN Times. Dicapai pada 2022-04-18.
  10. ^ Simanjuntak, Rico Afrido (2022-04-13). "Airlangga Hartarto Tunjuk Eks Ketum AMPI Jadi Tim Ahlinya". Sindonews.com. Dicapai pada 2022-04-18.
  11. ^ Times, I. D. N.; Zaneta, Amelinda. "5 Fakta Menarik Politisi Muda Dito Ariotedjo". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  12. ^ "AMPI Kumpulkan Komunitas Pemuda lewat Open Lab Nite Ride". JawaPos.com (dalam bahasa Indonesia). 2017-06-13. Dicapai pada 2019-05-20.
  13. ^ Waskita, Ferdinand. Waskita, Ferdinand (penyunting). "ISSI DKI Dukung Sandiaga Uno Perbaiki KONI DKI". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-21.
  14. ^ developer, mediaindonesia com (2016-07-28). "Dukung Pembinaan Atlet Sepeda, PGN Bentuk Tim". Media Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  15. ^ "Hadiri Pelantikan DPP AMPI, Menpora: Anak Muda Harus Menjadi Inovasi dan Inspirasi". kemenpora (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-17. Dicapai pada 2019-05-20.
  16. ^ "Dito Ariotedjo, Pengurus Teras Partai Golkar Termuda". ayooberita.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  17. ^ Suardhika, Nyoman (2020-01-20). "Ketua Lembaga Kreatifitas & inovasi DPP Partai Golkar Terima Kunjungan CEO National Youth Council Singapura". Kabar Golkar. Dicapai pada 2022-03-27.
  18. ^ Jaya, HIPMI. "HIPMI Jaya". HIPMI Jaya.
  19. ^ Fajardin, Mohammad. "Kandidat Ketua Umum AMPI Ini Akui Pemuda Indonesia Potensial". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  20. ^ a b "Dito Ariotedjo" (dalam bahasa Indonesia). Persatuan Bola Basket Seluruh Indonesia. Dicapai pada 2023-02-23.
  21. ^ Safitri, Eva. "Gaet Kaum Muda, Golkar Luncurkan Lab Milenial". detikcom. Dicapai pada 2019-05-20.
  22. ^ "Open Lab Fasilitasi Kreativitas Anak Muda". rmol.co. Dicapai pada 2019-05-20.
  23. ^ Jordan, Ray. "Temui Kader AMPI di Medan, Jokowi Singgung soal Hoax Larang Azan". detikcom. Dicapai pada 2019-05-20.
  24. ^ "Hadiri Temu Kader, Presiden Jokowi Minta AMPI Luruskan Berita Hoaks" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  25. ^ Rafles, Riki Ilham (2018-04-05). "Dito Ariotedjo Jadi CdM Youth Olympic Games 2018". VIVA.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-20.
  26. ^ "Menpora Bangga Atas Perjuangan Atlet Indonesia di Youth Olympic 2018 Argentina". kemenpora (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-28. Dicapai pada 2019-05-20.
  27. ^ "Exclusive Photos: Niena Kirana Riskyana and Dito Ariotedjo's Wedding Reception". Indonesia Tatler (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-20.
  28. ^ "PressReader.com - Your favorite newspapers and magazines". www.pressreader.com. Dicapai pada 2019-05-21.
  29. ^ Adyana, Komang (2020-02-09). "Ketua Umum AMPI, Dito Ariotedjo Masuk " Forbes Indonesia 30 Under 30 Class of 2020"". Epicentrum. Dicapai pada 2022-03-27.
  30. ^ "30 Under 30 2020, Dito Ariotedjo | Forbes Indonesia". Forbes Indonesia. 2020-03-02. Dicapai pada 2022-03-27.