Kes Donald Pieter Luther Kolopita (47 tahun) yang dikatakan dipukul oleh 4 anggota Polis PDRM masih lagi disiasat oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia. Donald Kolopita telah membuat laporan polis dengan iringan Slamet Nugroho, staf Konsulat Indonesia di Seremban, Malaysia. Ada dua versi iaitu versi Donald dan versi polis.

Donald Kolobita merupakan seorang ketua wasit / hakim / juri Kejohanan Karate Asia 2007 (AKF) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nilai, Negeri Sembilan pada hari 24-25 Ogos 2008 lalu. 28 buah negara turut serta.

Donald merupakan Ketua Dewan Wasit Indonesia PB Forki. Dia juga bekas atlit karate. Kecewa dengan insiden tersebut, pasukan karate Indonesia menarik diri dari Kejohanan Karate Asia itu. Donald Kolopita dijemput ibunya Irene Kobandaha di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta. Kemudian dibawa ke Hospital Pertamina, Jakarta untuk pemeriksaan lanjut.

Reaksi Indonesia

sunting
  • Lebih 3600 pelajar Malaysia di 17 kampus di seluruh Indonesia masih dalam keadaan selamat walaupun demonstrasi telah diadakan beberapa di Kedutaan Malaysia di Jakarta dan beberapa tempat lain. Dr. Junaidi Abu Bakar selaku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Malaysia telah menghubungi wakil-wakil pelajar terbabit.
  • Donald Kolopita meminta 25 perguruan karate Indonesia tidak bertindak balas kerana kes itu sedang diselesaikan oleh Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia.
  • Setiusaha KONI Pusat Rosihan Arsyad, Rita Subowo telah menghubungi Siah Kok Chi, Setiusaha Majlis Olimpik Malaysia dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Kes ini pertama kali terjadi terhadap kejohanan karate di Malaysia.
  • Ketua Majlis Perguruan (MLP) Karate Indonesia, GA Pesik menjelaskan bahawa PB Forki melalui Ketua PB Forki Luhut Binsar Panjaitan telah cuba mendapatkan penjelasan sebenar dari Ibu pejabat Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohd Noh Kandah. Luhut B. Pandjaitan memutuskan pasukan karate perlu menarik diri .Ketua Kontinjen Karate Indonesia Luhut Pandjaitan telah melawat Donald di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi Luhut, tindakan ini sangat keterlaluan dan menginjak harga diri bangsa. Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Mohd Noor Nordin menyatakan kekesalan atas kejadian yang menimpa Donald. Perkara ini akan dibawa ke Persekutuan Karate Antarabangsa (WKF).
  • Duta Malaysia ke Indonesia, Dato Zainal Abidin Muhammad Zain telah dipanggil berjumpa dengan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia di ibu pejabat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR/MPR) di Jakarta pada hari 29 Ogos 2007.
  • Speaker Parlimen Republik Indonesia Agung Laksono menegaskan Timbalan Presiden Jusuf Kalla sepatutnya tidak pergi ke Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2007 bagi menyertai sambutan Kemerdekaan 30 Malaysia merdeka. Produk Malaysia hendaklah diboikot. Ironi polis Malaysia tidak memberi sebarang kronologi kes itu.[1]
  • Ibu pejabat Excelcomindo Pratama Tbk, sebuah syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Indonesia yang menjadi unit syarikat Telekom Malaysia menerima ugutan bom tetapi ternyata palsu.
  • Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Adyaksa Dault telah menghubungi Datuk Seri Azalina Othman selalu Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi mendapatkan gambaran sebenar kes tersebut. Kemudian akan membuat laporan terus kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
  • Happy Bone Zulkarnaen dari Parti Golkar menyatakan permohonan maaf dari Abdullah Badawi menerusi telefon kepada Sosilo tidak cukup. Sebaliknya mahu permohonan rasmi kepada rakyat Indonesia.[2]
  • Pada 1 September 2007, 3 rakyat Malaysia telah ditangkap di Sentul, Bogor kerana telah bekerja selama 3 bulan menggunakan pas pelancong sahaja. Mereka ialah Tek Choong Eng (53 , dari Pulau Pinang), Yap Yuen Loy (43, dari Kuala Lumpur) dan Tee Kok Khing (31, dari Pulau Pinang). Mereka bekerja di kilang fabrik kulit PT Mastrotto, Sentul, Kabupaten Bogor.

Reaksi Malaysia

sunting

Dua versi

sunting
Versi Donald Kolopita :Donald dikatakan keluar dari Hotel Allson Kelana di Nilai untuk mencari makan malam sehingga jam 2.00 pagi dan tidak ada teksi untuk pulang ke hotel penginapannya . Lantas dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja kerana jarakknya tidaklah begitu jauh. Tetapi setelah 60 meter berjalan , sebuah kereta peronda polis yang dinaiki 4 anggota polis PDRM berpakaian preman telah menahan dan menyiasat kerana berjalan kaki seorang diri. Dia telah digari dan cuba melawan. Lantas polis telah menggari dan memukulnya di dalam kereta. Dia telah ditendang di ulu hati , perut dan dada. Sebenarnya dia cuba melarikan diri kerana menyangka anggota polis itu perompak kerana berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa. Seterus dia dibawa ke Balai Polis Nilai dalam keadaan separuh sedar.[4] . Pengunjung dan pekerja restoran hanya menonton sahaja. Dia telah mengaku sebagai wasit karate Indonesia tetapi tidak dihiraukan.
Versi Saksi : Tiga rakan wasit Donald Kolopita memberi keterangan di Balai Polis Seremban, negeri Sembilan. Mereka ialah Musakir Bado - Dekan Fakulti Undang-undang Univeriti Hasanuddin. Ahmad Yani Yani Mahdi usahawan import eksport dari Bugis. Haifendri Putih - seorang guru. Kontinjen Karate Indonesia seramai 60 orang terdiri dari wasit, petugas dan peserta. Mereka biasa ke luar negara termasuk ke Mexico, Singapura dan Kanada. Mereka mesyuarat di Hotel Nilai , Seremban bagi menentukan jadual giliran wasit pada hari Khamis 23/8 dan tamat hari Jumaat 24 Ogos 2007 jam 2.00 pagi. Setelah tamat mesyuarat, semua masuk ke bilik 318, Hotel NilaI. Donald Kolopita kembali ke Hotel Allson Kelana kerana di menginap di sana. Jam 5.50 pagi mereka mendapat panggilan telefon dari Donald Kolopita dari Balai Polis Nilai kerana telah dipukul oleh dua sarjan dan 2 koperal yang menaiki van putih. Walaupun mengaku sebagai referee dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia tetapi dia terus dibelasah.Walaupun tangannya telah digari dan dihenyak masuk ke dalam van, tetapi terus ditumbuk. Dia cuba menendang beberapa kali dan menjerit 3 kali. Biji zakarnya berdarah, mungkin pecah. Bibir pecah. Kaki kiri dipatahkan. Dia muntah beberapa kali . Kemudian Inspektor Faizal berunding dengan Mohd Noor Nordin dan kemudian menawarkan dua pilihan.

Dia dihantar ke unit kecemasan , Hospital Tuanku Jaafar jam 6.30 pagi hari Jumaat.[5]

Versi polis : Polis nampak Donald Kolopita berjalan kaki seorang diri pada jam 2.00 pagi dan cuba menyiasat. Tetapi dia telah melawan dan cuba melarikan diri. Donald telah menghalang tugas polis untuk memantau dan pemeriksaan keselamatan setiap orang yang dicurigai. Malahan Donald telah melawan , menendang dan menepis dengan begitu hebat seperti 'kaki lawan '. Mentang-mentanglah ada tali pinggang hitam , mahu karate belaka . Tidak ada sebarang kad pengenalan sebagai wasit di Stadium Tertutup Nilai. Mereka menginap di 3 buah hotel berlainan iaitu di Hotel Nilai, Hotel Allson Kelana dan One Lodge. Istilah 'wasit' dan 'referee' dalam bahasa Indonesia yang tidak difahami.[6][7]

Tidak puas hati

sunting

Dedy Djamaludin Malik dari Parti Amanat Nasional menyatakan Malaysia mempunyai tabiat buruk dan menimbulkan rasa tidak puas hati :[8]

  • Gelaran 'Indon' yang selalu digunakan berunsur menghina dan konotasi negatif.
  • Kononnya Malaysia telah mencuri pulau mereka. Pulau yang dimaksudkan ialah pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.
  • Tindakan polis PDRM menangkap Tenaga Kerja Indonesia (TKI) atas kesalahan kecil seperti tidak membawa kertas pasport dan selalu disiasat seperti penjenayah.
  • Seramai 1.5 juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia dengan 300,000 bekerja sebagai pembantu rumah.Seramai 1500 pembantu rumah lari dari majikan mereka setiap bulan. Mereka tidak dibayar gaji,waktu kerja yang lama dan tidak ada kebebasan. 46 rakyat Indonesia telah mati di Malaysia tanpa penjelasan menyeluruh daripada polis. Bagi mendapatkan keadilan melalui proses undang-undang amatlah lambat dan berat sebelah.[9]

Rujukan

sunting