Amir

(Dilencongkan dari Emir)

Amir[1] (serapan Bahasa Arab: أمير, translit. amīr "pemimpin; pemerintah" terbitan kata kerja اَمَرَ amara "memerintahkan; mengarahkan; menitahkan"[2]) adalah sebuah gelaran bangsawan yang mempunyai status kedudukan yang tinggi, digunakan di kebanyakan negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara, dalam sejarah juga termasuk di negara orang-orang Turki.

Seorang Emir dari Bukhara sekitar tahun 1909. Gambar bewarna ini diambil oleh seorang ahli fotografer Rusia Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii.

Istilah emir lebih banyak digunakan dalam Bahasa Indonesia, walaupun istilah Arabnya adalah amir. Ini dapat dilihat dalam nama negara Emiriah Arab Bersatu, walaupun gelaran ketuanya ialah amir.

RujukanSunting

  1. ^ amir Kamus Bahasa Melayu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 14. ISBN 967-65-7321-3.