Emoji
Emoji (Jepun: 絵文字 , Japanese: [emodʑi])[4] merupakan lambang ideogram dan smiley yang digunakan dalam pesanan elektronik dan laman web. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa termasuklah yang mirip air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan. Walaupun emoji serupa dengan emotikon, tetapi ia sebenarnya lebih berupa gambar dan bukan hasil tipografik (olahan aksara menjadi gambaran).[5] Perkataan emoji berasal dari bahasa Jepun, terdiri daripada e (絵 , "gambar") + moji (文字 , "aksara"); keserupaannya dengan perkataan emosi dan emotikon sekadar kebetulan. Kod skrip ISO 15924 bagi emoji ialah Zsye
.
Emoji | |
---|---|
Peranggu lambang | Emoji |
Terumpuk | 1,273 titik kod |
Sejarah gubahan Unikod | |
1.0.0 | 79 (+79) |
3.0 | 81 (+2) |
3.2 | 89 (+8) |
4.0 | 97 (+8) |
4.1 | 113 (+16) |
5.1 | 117 (+4) |
5.2 | 144 (+27) |
6.0 | 860 (+716) |
6.1 | 873 (+13) |
7.0 | 977 (+104) |
8.0 | 1,018 (+41) |
9.0 | 1,090 (+72) |
10.0 | 1,146 (+56) |
11.0 | 1,212 (+66) |
12.0 | 1,273 (+61) |
Nota: Kiraan-kiraan ini adalah untuk emoji yang merupakan aksara Unicode yang tunggal;[1][2] banyak emoji yang terbentuk daripada jujukan dua atau lebih aksara.[3] Emoji mula-mula ditakrifkan dalam Unicode 6.0, dan aksara pra-6.0 hanya ditakrifkan sebagai emoji dalam versi 6.0 ke atas. |
Berasal dari telefon bimbit Jepun pada tahun 1997, penggunaan emoji merebak ke seluruh dunia pada tahun 2010-an setelah dimasukkan ke dalam beberapa sistem operasi mudah alih.[6] Emoji yang terkini dianggap sebagai sebahagian besar daripada budaya popular di negara-negara yang berada di barat.[7] Pada tahun 2015, Penerbit kamus Oxford menamakan emoji U+1F602 😂 FACE WITH TEARS OF JOY (wajah tangisan kegembiraan) sebagai Perkataan Untuk Tahun Ini.
Sejarah
suntingPembangunan emoji didahului oleh emotikon berasaskan teks[8] dan juga representasi grafik di dalam dan luar negara Jepun.
Telefon mudah alih terawal di Jepun yang diketahui menyertakan set emoji dikeluarkan oleh syarikat J-Phone pada 1 November 1997. Antara 90 emoji dalam set itu termasuklah banyak yang akan ditambahkan ke dalam Piawaian Unicode, seperti "Pile of Poo". Namun begitu, emoji itu kurang digunakan kerana telefon berkenaan terlalu mahal.
Pada 1999, Shigetaka Kurita mencipta set emoji pertama yang digunakan secara meluas. Kurita merupakan anggota pasukan yang mengusahakan platform Internet mudah alih i-mode untuk NTT DoCoMo. Beliau mendapat inspirasi daripada ramalan cuaca yang menggunakan simbol untuk menandakan cuaca, aksara Cina dan papan tanda jalan, dan juga komik manga yang menggunakan simbol-simbol ulang pakai untuk menyatakan emosi, misalnya mentol lampu sebagai tanda inspirasi. Emoji mula-mula digunakan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih Jepun NTT DoCoMo, au, dan SoftBank Mobile (dahulunya Vodafone). Setiap syarikat tersebut menentukan varian emoji tersendiri mengikut piawaian masing-masing. Set pertama 176 emoji bersaiz 12×12 piksel dicipta untuk ciri-ciri mesej i-mode untuk memudahkan perhubungan elektronik di samping membezakan i-mode daripada pesaingnya. Kurita mencipta 180 emoji pertama berasaskan air muka orang dan benda-benda lain di sekitar bandar.
Untk i-mode NTT DoCoMo, setiap butir emoji terlukis di atas grid 12×12 piksel. Setiap simbol emoji yang dikirim adalah ditetapkan sebagai satu jujukan dua bait dalam julat kegunaan peribadi (private use area) E63E hingga E757 dalam ruang aksara Unicode, ataupun F89F hingga F9FC untuk Shift JIS. Spesifikasi asasnya mempunyai 1706 simbol, ditambah 76 lagi untuk peranti yang menyokong C-HTML 4.0.
Simbol emoji yang digunakan oleh jenama telefon mudah alih Jepun Au ditetapkan dengan teg IMG, sementara emoji SoftBank Mobile tercakup dalam jujukan lepasan SI/SO, malah menyokong warna dan animasi.
Mulai tahun 2010, beberapa set aksara emoji telah diterapkan ke dalam Unicode, sistem pengindeksan aksara yang seragam, supaya dapat digunakan di luar Jepun dan diseragamkan untuk pelbagai sistem operasi.
Beratus-ratus aksara emoji dikodkan dalam Piawaian Unicode versi 6.0 keluaran Oktober 2010 (dan juga dalam piawaian antarabangsa ISO/IEC 10646 yang berkenaan). Penambahan yang mula-mula dipohon oleh syarikat Google (Kat Momoi, Mark Davis, dan Markus Scherer menulis draf pertama untuk dipertimbangkan oleh Unicode Technical Committee pada Ogos 2007) dan Apple Inc. (yang ahlinya Yasuo Kida dan Peter Edberg menyertai usul UTC rasmi yang pertama untuk 607 aksara pada Januari 2009) telah melalui proses pengulasan berturut-turut oleh ahli-ahli Unicode Consortium dan badan-badan penstandardan pelbagai negara yang menyertai ISO/IEC JTC1/SC2/WG2, khususnya Amerika Syarikat, Jerman, Ireland (diketuai Michael Everson), dan Jepun; pelbagai aksara baharu (terutamanya lambang peta dan tanda jalan Eropah) ditambahkan sepanjang proses mencapai kata sepakat. Pengekodan dalam piawaian Unicode telah membolehkan emoji untuk menjadi popular di luar Jepun. Set emoji teras dalam Unicode 6.0 terdiri daripada 722 aksara; 114 daripadanya dipetakan pada jujukan satu atau lebih aksara dalam piawaian Unicode pra-6.0, sementara 608 yang selebihnya dipetakan pada jujukan satu atau lebih aksara yang diperkenalkan dalam Unicode 6.0. Tiadanya blok yang dikhususkan untuk emoji; simbol-simbol baharu itu dikodkan dalam tujuh blok yang berbeza (ada yang baru dicipta), malah terdapat fail data Unicode data file bernama EmojiSources.txt yang merangkumi pemetaan antara Unicode dan set-set tinggalan syarikat Jepun. "Regional Indicator Symbols" tergolong dalam set aksara ini sebagai alternatif daripada mengekodkan aksara-aksara berasingan bagi bendera kebangsaan.
Populariti emoji telah menyebabkan pembekal perkhidmatan dan pasaran antarabangsa menggesa agar ditambah lagi rekaan emoji ke dalam Unicode untuk memenuhi permintaan pelbagai budaya. Unicode 7.0 menambah kira-kira 250 emoji, kebanyakannnya dari fon Webdings dan Wingdings. Sesetengah aksara yang kini ditakrifkan sebagai emoji adalah diwarisi daripada pelbagai sistem pesanan pra-Unicode yang tidak terhad penggunaannya kepada Jepun, termasuklah Yahoo dan MSN Messenger. Unicode 8.0 menambah 41 lagi emoji, termasuk barang-barang kelengkapan sukan seperti kayu pemukul kriket, barang makanan seperti taco, lambang-lambang Zodiak, air muka baharu, dan simbol-simbol tempat ibadah. Tuntutan korporat untuk penyeragaman emoji telah memberikan tekanan kepada Unicode Consortium, sehingga sesetengah ahli mengadu bahawa emoji telah mengatasi fokus asal pertubuhan tersebut untuk memiawaikan aksara yang digunakan untuk bahasa-bahasa minoriti dan catatan bersejarah.
Aksara emoji tidak jauh berbeza antara platform demi mematuhi batas-batas erti yang ditetapkan oleh spesifikasi Unicode walhal syarikat-syarikat telah cuba menyampaikan rupa idea dan benda secara artistik. Contohnya, sejajar dengan tradisi Apple, emoji kalendar dalam produk Apple sentiasa memaparkan tarikh 17 Julai, iaitu tarikh pengumuman aplikasi kalendar iCal untuk macOS pada tahun 2002. Daripada itulah segelintir pengguna produk Apple memberi julukan "Hari Emoji Sedunia" kepada tarikh 17 Julai.[9] Fon-fon emoji yang lain pula memaparkan tarikh berbeza ataupun langsung tidak memaparkan tarikh tertentu.
Sesetengah emoji Apple amat menyerupai piawaian SoftBank standard kerana SoftBank merupakan rangkaian Jepun pertama yang digunakan oleh peranti iPhone. Contohnya, U+1F483 💃 DANCER (penari) tampil sebagai perempuan dalam piawaian Apple dan SoftBank, tetapi merupakan lelaki atau bukan mana-mana jantina dalam sistem lain.[10]
Para wartawan telah mendapati bahawa ketaksaan makna emoji telah membolehkan mereka untuk memakaikan makna spesifik budaya yang tidak terdapat dalam glif-glif yang asal. Contohnya, U+1F485 💅 NAIL POLISH (pengilat kuku) didapati digunakan oleh masyarakat berbahasa Inggeris untuk membawa maksud berlagak tanpa peduli (non-caring fabulousness), menutup mulut pembawang (shutting haters down), ataupun bangga dengan pencapaian (sense of accomplishment).[11] Buku panduan Unicode juga sedikit sebanyak mencatatkan makna objek sebagai tunjuk ajar penggunaan emoji. Misalnya, U+1F4BA 💺 SEAT (tempat duduk) dijangka bermaksud "tempat duduk pesawat, kereta api atau pawagam untuk ditempah".
Setakat Julai 2017[kemas kini] terdapat 2,666 emoji oalam senarai rasmi Piawaian Unicode.
Aspek budaya
suntingMemandangkan emoji itu sendiri asalnya dikembangkan untuk tujuan komunikasi sesama pengguna telefon bimbit di Jepun, maka terdapat banyak emoji yang khusus kepada budaya setempat di sana. Antara contoh yang paling jelas adalah emoji menunjukkan masakan Jepun itu sendiri seperti ramen (U+1F35C 🍜 ), dango (U+1F361 🍡 ), onigiri (U+1F359 🍙 ), kari (U+1F35B 🍛 ), dan sushi (U+1F363 🍣 ). Namun, ada juga emoji yang membawa intipati barangkali tidak diketahui luas pengguna luar negara tersebut:[12][13]
- 🙇 (U+1F647): peniaga yang tunduk hormat kepada pelanggan
- 🔰 (U+1F530): tanda "pemula" (初心者 shoshinsha) untuk pemandu dan pekerja baharu
- 💮 (U+1F4AE) tanda bunga putih (花丸 hanamaru) digunakan guru sekolah memuji kerja pelajar
- ⛩ (U+26E9): torii, gerbang menandakan laluan masuk tokong Shinto
- 👺 (U+1F47A): tengu, sejenis makhluk ghaib
- 🎍 (U+1F38D): hiasan perayaan Tahun Baru Jepun
- 🎑 (U+1F391): Tsukimi
- 🎎 (U+1F38E): patung peragaan sempena Momo no Sekku (桃の節句)
- 🎏 (U+1F38F): panji ikan (鯉のぼり koinobori) dikibarkan pada Tango no sekku kemudiannya Hari Kanak-kanak
Masalah tafsir emoji
suntingKajian menunjukkan bahawa emoji sering disalah erti. Ada kalanya, salah faham sebegini dikaitkan dengan tafsiran pemerhati terhadap reka bentuk emoji itu sendiri;[14] ada juga kalanya, emoji yang dikirim itu tidak sama rupa atau ragamnya di pihak penerima. Isu pertama adalah berkenaan tafsiran terhadap emoji mengikut budaya atau konteks. Pengirim memilih emoji mengikut tafsiran tersendiri, tetapi emoji itu tidak akan ditafsir sedemikian oleh penerima. Contohnya, penduduk China telah mencipta sistem penggunaan emoji secara subversif yang mana wajah senyum boleh menyampaikan air muka meluat atau mempersenda kerana orbicularis oculi (otot dekat atas sudut mata) tidak bergerak, sementara orbicularis oris (otot dekat mulut) menegang, dianggap sebagai menahan senyuman.
Pada Januari 2017, para pengkaji dari Universiti Michigan mengadakan sesuatu yang disifatkan sebagai kaji selidik besar-besaran terhadap penggunaan emoji yang pertama sekali, di mana lebih 1.2 bilion mesej yang ditaip dengan Kika Emoji Keyboard telah dianalisis lalu membuahkan hasil bahawa emoji Face With Tears of Joy merupakan emoji yang paling banyak digunakan, diikuti emoji Heart (hati) dan Heart Eyes (mata hati). Juga didapati bahawa orang Perancis paling banyak menggunakan emoji hati, sementara penduduk Australia, Perancis dan Czech banyak menggunakan emoji gembira, sedangkan penduduk Mexico, Colombia, Chile dan Argentina cenderung menggunakan emoji yang lebih sugul berbanding di budaya-budaya yang lebih mengawal diri seperti Turki, Perancis dan Rusia.
Masalah yang kedua berkenaan teknologi dan penjenamaan. Apabila pengirim memilih emoji dari dalam senarai, emoji itu biasanya dikodkan secara bukan grafik sewaktu pengiriman, dan jika pengirim dan penerima tidak menggunakan perisian atau sistem operasi yang sama untuk peranti-perantinya, maka peranti penerima mungkin akan memaparkan emoji yang sama dengan ragam yang berbeza. Rupa aksara yang sehalus mana pun boleh mengubah ertinya kepada penerima sama sekali. Pengasas Unicode Consortium, Mark Davis mengibaratkan penggunaan emoji dengan sebuah bahasa yang baru berkembang, misalnya penggunaan emoji terung (U+1F346 🍆 ) untuk menyerupai kemaluan lelaki yang tegak oleh masyarakat Amerika.[15] Sesetengah ahli linguistik telah menggolongkan emoji dan emotikon sebagai penanda wacana.
Penyebaran sedunia
suntingPenerbi kamus Oxford Dictionaries menamakan U+1F602 😂 FACE WITH TEARS OF JOY sebagai Word of the Year pada tahun 2015. Pihak Oford nmemperhatikan bahawa tahun 2015 hmenyakeikan peningkatan ketara dalam penggunaan perkataan "emoji" fserta memperakui impaknya terhadap budaya popular. Presiden Oxford Dictionaries Caspar Grathwohl berkata, "tulisan abjad yang lama digunakan sukar memenuhi tuntutan komunikasi abad ke-21 yang bertubi-tubi dan berfokuskan visual. Maka tidak hairanlah bahawa tulisan piktograf seperti emoji tampil untuk mengisi lompangnya—emoji bersifat fleksibel, langsung, dan menerapkan nada pertuturan dengan cantik." Vendor aplikasi taip telefon pintar SwiftKey mendapati bahawa "Face with Tears of Joy" merupakan emoji yang paling laris di dunia.[16] American Dialect Society mengisytiharkan U+1F346 🍆 AUBERGINE (terung) sebagai "Most Notable Emoji" tahun 2015 menerusi undian Word of the Year.
Penyampaian emoji lawan teks
suntingUnicode mentakrifkan jujukan variasi untuk kebanyakan emoji untuk menunjukkan penyampaian yang seharusnya.
Aksara emoji boleh mempunyai dua jenis penyampaian yang utama:
- satu penyampian emoji, dengan bentuk berwarna-warni dan mungkin juga pelbagai ragam, bahkan juga beranimasi
- satu penyampian teks, seperti hitam putih
— Unicode Technical Report #51: Unicode Emoji[17]
Penentuan penyampaian yang seharusnya itu dilakukan dengan mengikuti emoji asas dengan U+FE0E VARIATION SELECTOR-15 (VS15) untuk gaya teks atau U+FE0F VARIATION SELECTOR-16 (VS16) untuk gaya emoji.
Warna kulit
suntingLima aksara pengubahsuai simbol (symbol modifier characters) disertakan bersama Unicode 8.0 untuk menyediakan pelbagai warna kulit untuk emoji manusia. Pengubahsuai ini dipanggil EMOJI MODIFIER FITZPATRICK TYPE-1-2, -3, -4, -5, dan -6 (U+1F3FB–U+1F3FF): 🏻 🏼 🏽 🏾 🏿, berasaskan skala Fitzpatrick untuk pengelasan warna kulit manusia. Emoji manusia yang tidak diikuti oleh mana-mana pengubahsuai ini haruslah dipaparkan dalam warna kulit yang tidak realistik seperti kuning cerah (■), biru (■), atau kelabu (■). Emoji bukan manusia (seperti U+26FD ⛽ FUEL PUMP) tidak tertakluk kepada pengubahsuai Fitzpatrick. Setakat Unicode 12.0, pembolehubah Fitzpatrick boleh digunakan bersama 114 emoji manusia dalam enam blok: Dingbats, Emoticons, Miscellaneous Symbols, Miscellaneous Symbols and Pictographs, Supplemental Symbols and Pictographs, dan Transport and Map Symbols.
Jadual yang berikut memaparkan aksara Unicode sekali dengan imej "Twemoji" rekaan Twitter:
Gabungan
suntingU+200D ZERO WIDTH JOINER (ZWJ) boleh digunakan antara berbilang emoji supaya tampil sebagai satu aksara emoji yang tunggal dan tersendiri. (Mana-mana sistem yang tidak menyokong pelaksanaan ini harus mengabaikan aksara ZWJ.)
Contohnya, jujukan U+1F468 MAN, U+200D ZWJ, U+1F469 WOMAN, U+200D ZWJ, U+1F467 GIRL (👨👩👧) boleh dipaparkan sebagai satu emoji tunggal yang menggambarkan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang dewasa lelaki, seorang dewasa perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan jika disokong. Mana-man sistem yang tidak menyokong pelaksanaan ini akan mengabaikan aksara ZWJ dan hanya memaparkan emoji-emoji yang asal mengikut turutan: U+1F468 MAN, U+1F469 WOMAN, U+1F467 GIRL (👨👩👧).
Unicode sebelum ini menyelenggara sebuah katalog mengenai jujukan emoji dengan ZWJ yang disokong dalam sekurang-kurangnya satu platform yang umum terdapat. Kini, ia hanya mendokumenkan jujukan-jujukan yang disarankan untuk perhubungan umum (recommended for general interchange, RGI).
Blok Unicode
suntingUnicode 13.0 memaparkan emoji dengan menggunakan 1,367 aksara sepanjang 24 blok, 26 daripadanya adalah Regional Indicator Symbol yang dibentuk daripada gabungan dua aksara untuk membentuk emoji bendera, dan 12 lagi (#, * dan 0–9) adalah aksara asas untuk jujukan emoji keycap':[1][17]
- Miscellaneous Symbols and Pictographs: 637 daripada 768 mata kod
- Supplemental Symbols and Pictographs: 240 daripada 254 mata kod
- Symbols and Pictographs Extended-A: kesemua 57 mata kod
- Emoticons kesemua 80 mata kod
- Transport and Map Symbols: 101 daripada 114 mata kod
- Miscellaneous Symbols: 83 daripada 256 mata kod
- Dingbats: 33 daripada 192 mata kod
Senarai emoji tunggal dalam Unicode[1][2][3][4] | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
U+00Ax | ©️ | ®️ | ||||||||||||||
U+203x | ‼️ | |||||||||||||||
U+204x | ⁉️ | |||||||||||||||
U+212x | ™️ | |||||||||||||||
U+213x | ℹ️ | |||||||||||||||
U+219x | ↔️ | ↕️ | ↖️ | ↗️ | ↘️ | ↙️ | ||||||||||
U+21Ax | ↩️ | ↪️ | ||||||||||||||
U+231x | ⌚️ | ⌛️ | ||||||||||||||
U+232x | ⌨️ | |||||||||||||||
U+23Cx | ⏏️ | |||||||||||||||
U+23Ex | ⏩️ | ⏪️ | ⏫️ | ⏬️ | ⏭️ | ⏮️ | ⏯️ | |||||||||
U+23Fx | ⏰️ | ⏱️ | ⏲️ | ⏳️ | ⏸️ | ⏹️ | ⏺️ | |||||||||
U+24Cx | Ⓜ️ | |||||||||||||||
U+25Ax | ▪️ | ▫️ | ||||||||||||||
U+25Bx | ▶️ | |||||||||||||||
U+25Cx | ◀️ | |||||||||||||||
U+25Fx | ◻️ | ◼️ | ◽️ | ◾️ | ||||||||||||
U+260x | ☀️ | ☁️ | ☂️ | ☃️ | ☄️ | ☎️ | ||||||||||
U+261x | ☑️ | ☔️ | ☕️ | ☘️ | ☝️ | |||||||||||
U+262x | ☠️ | ☢️ | ☣️ | ☦️ | ☪️ | ☮️ | ☯️ | |||||||||
U+263x | ☸️ | ☹️ | ☺️ | |||||||||||||
U+264x | ♀️ | ♂️ | ♈️ | ♉️ | ♊️ | ♋️ | ♌️ | ♍️ | ♎️ | ♏️ | ||||||
U+265x | ♐️ | ♑️ | ♒️ | ♓️ | ♟️ | |||||||||||
U+266x | ♠️ | ♣️ | ♥️ | ♦️ | ♨️ | |||||||||||
U+267x | ♻️ | ♾️ | ♿️ | |||||||||||||
U+269x | ⚒️ | ⚓️ | ⚔️ | ⚕️ | ⚖️ | ⚗️ | ⚙️ | ⚛️ | ⚜️ | |||||||
U+26Ax | ⚠️ | ⚡️ | ⚧️ | ⚪️ | ⚫️ | |||||||||||
U+26Bx | ⚰️ | ⚱️ | ⚽️ | ⚾️ | ||||||||||||
U+26Cx | ⛄️ | ⛅️ | ⛈️ | ⛎️ | ⛏️ | |||||||||||
U+26Dx | ⛑️ | ⛓️ | ⛔️ | |||||||||||||
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
U+26Ex | ⛩️ | ⛪️ | ||||||||||||||
U+26Fx | ⛰️ | ⛱️ | ⛲️ | ⛳️ | ⛴️ | ⛵️ | ⛷️ | ⛸️ | ⛹️ | ⛺️ | ⛽️ | |||||
U+270x | ✂️ | ✅️ | ✈️ | ✉️ | ✊️ | ✋️ | ✌️ | ✍️ | ✏️ | |||||||
U+271x | ✒️ | ✔️ | ✖️ | ✝️ | ||||||||||||
U+272x | ✡️ | ✨️ | ||||||||||||||
U+273x | ✳️ | ✴️ | ||||||||||||||
U+274x | ❄️ | ❇️ | ❌️ | ❎️ | ||||||||||||
U+275x | ❓️ | ❔️ | ❕️ | ❗️ | ||||||||||||
U+276x | ❣️ | ❤️ | ||||||||||||||
U+279x | ➕️ | ➖️ | ➗️ | |||||||||||||
U+27Ax | ➡️ | |||||||||||||||
U+27Bx | ➰️ | ➿️ | ||||||||||||||
U+293x | ⤴️ | ⤵️ | ||||||||||||||
U+2B0x | ⬅️ | ⬆️ | ⬇️ | |||||||||||||
U+2B1x | ⬛️ | ⬜️ | ||||||||||||||
U+2B5x | ⭐️ | ⭕️ | ||||||||||||||
U+303x | 〰️ | 〽️ | ||||||||||||||
U+329x | ㊗️ | ㊙️ | ||||||||||||||
U+1F00x | 🀄 | |||||||||||||||
U+1F0Cx | 🃏 | |||||||||||||||
U+1F17x | 🅰️ | 🅱️ | 🅾️ | 🅿️ | ||||||||||||
U+1F18x | 🆎 | |||||||||||||||
U+1F19x | 🆑 | 🆒 | 🆓 | 🆔 | 🆕 | 🆖 | 🆗 | 🆘 | 🆙 | 🆚 | ||||||
U+1F20x | 🈁 | 🈂️ | ||||||||||||||
U+1F21x | 🈚 | |||||||||||||||
U+1F22x | 🈯 | |||||||||||||||
U+1F23x | 🈲 | 🈳 | 🈴 | 🈵 | 🈶 | 🈷️ | 🈸 | 🈹 | 🈺 | |||||||
U+1F25x | 🉐 | 🉑 | ||||||||||||||
U+1F30x | 🌀 | 🌁 | 🌂 | 🌃 | 🌄 | 🌅 | 🌆 | 🌇 | 🌈 | 🌉 | 🌊 | 🌋 | 🌌 | 🌍 | 🌎 | 🌏 |
U+1F31x | 🌐 | 🌑 | 🌒 | 🌓 | 🌔 | 🌕 | 🌖 | 🌗 | 🌘 | 🌙 | 🌚 | 🌛 | 🌜 | 🌝 | 🌞 | 🌟 |
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
U+1F32x | 🌠 | 🌡️ | 🌤️ | 🌥️ | 🌦️ | 🌧️ | 🌨️ | 🌩️ | 🌪️ | 🌫️ | 🌬️ | 🌭 | 🌮 | 🌯 | ||
U+1F33x | 🌰 | 🌱 | 🌲 | 🌳 | 🌴 | 🌵 | 🌶️ | 🌷 | 🌸 | 🌹 | 🌺 | 🌻 | 🌼 | 🌽 | 🌾 | 🌿 |
U+1F34x | 🍀 | 🍁 | 🍂 | 🍃 | 🍄 | 🍅 | 🍆 | 🍇 | 🍈 | 🍉 | 🍊 | 🍋 | 🍌 | 🍍 | 🍎 | 🍏 |
U+1F35x | 🍐 | 🍑 | 🍒 | 🍓 | 🍔 | 🍕 | 🍖 | 🍗 | 🍘 | 🍙 | 🍚 | 🍛 | 🍜 | 🍝 | 🍞 | 🍟 |
U+1F36x | 🍠 | 🍡 | 🍢 | 🍣 | 🍤 | 🍥 | 🍦 | 🍧 | 🍨 | 🍩 | 🍪 | 🍫 | 🍬 | 🍭 | 🍮 | 🍯 |
U+1F37x | 🍰 | 🍱 | 🍲 | 🍳 | 🍴 | 🍵 | 🍶 | 🍷 | 🍸 | 🍹 | 🍺 | 🍻 | 🍼 | 🍽️ | 🍾 | 🍿 |
U+1F38x | 🎀 | 🎁 | 🎂 | 🎃 | 🎄 | 🎅 | 🎆 | 🎇 | 🎈 | 🎉 | 🎊 | 🎋 | 🎌 | 🎍 | 🎎 | 🎏 |
U+1F39x | 🎐 | 🎑 | 🎒 | 🎓 | 🎖️ | 🎗️ | 🎙️ | 🎚️ | 🎛️ | 🎞️ | 🎟️ | |||||
U+1F3Ax | 🎠 | 🎡 | 🎢 | 🎣 | 🎤 | 🎥 | 🎦 | 🎧 | 🎨 | 🎩 | 🎪 | 🎫 | 🎬 | 🎭 | 🎮 | 🎯 |
U+1F3Bx | 🎰 | 🎱 | 🎲 | 🎳 | 🎴 | 🎵 | 🎶 | 🎷 | 🎸 | 🎹 | 🎺 | 🎻 | 🎼 | 🎽 | 🎾 | 🎿 |
U+1F3Cx | 🏀 | 🏁 | 🏂 | 🏃 | 🏄 | 🏅 | 🏆 | 🏇 | 🏈 | 🏉 | 🏊 | 🏋️ | 🏌️ | 🏍️ | 🏎️ | 🏏 |
U+1F3Dx | 🏐 | 🏑 | 🏒 | 🏓 | 🏔️ | 🏕️ | 🏖️ | 🏗️ | 🏘️ | 🏙️ | 🏚️ | 🏛️ | 🏜️ | 🏝️ | 🏞️ | 🏟️ |
U+1F3Ex | 🏠 | 🏡 | 🏢 | 🏣 | 🏤 | 🏥 | 🏦 | 🏧 | 🏨 | 🏩 | 🏪 | 🏫 | 🏬 | 🏭 | 🏮 | 🏯 |
U+1F3Fx | 🏰 | 🏳️ | 🏴 | 🏵️ | 🏷️ | 🏸 | 🏹 | 🏺 | 🏻 | 🏼 | 🏽 | 🏾 | 🏿 | |||
U+1F40x | 🐀 | 🐁 | 🐂 | 🐃 | 🐄 | 🐅 | 🐆 | 🐇 | 🐈 | 🐉 | 🐊 | 🐋 | 🐌 | 🐍 | 🐎 | 🐏 |
U+1F41x | 🐐 | 🐑 | 🐒 | 🐓 | 🐔 | 🐕 | 🐖 | 🐗 | 🐘 | 🐙 | 🐚 | 🐛 | 🐜 | 🐝 | 🐞 | 🐟 |
U+1F42x | 🐠 | 🐡 | 🐢 | 🐣 | 🐤 | 🐥 | 🐦 | 🐧 | 🐨 | 🐩 | 🐪 | 🐫 | 🐬 | 🐭 | 🐮 | 🐯 |
U+1F43x | 🐰 | 🐱 | 🐲 | 🐳 | 🐴 | 🐵 | 🐶 | 🐷 | 🐸 | 🐹 | 🐺 | 🐻 | 🐼 | 🐽 | 🐾 | 🐿️ |
U+1F44x | 👀 | 👁️ | 👂 | 👃 | 👄 | 👅 | 👆 | 👇 | 👈 | 👉 | 👊 | 👋 | 👌 | 👍 | 👎 | 👏 |
U+1F45x | 👐 | 👑 | 👒 | 👓 | 👔 | 👕 | 👖 | 👗 | 👘 | 👙 | 👚 | 👛 | 👜 | 👝 | 👞 | 👟 |
U+1F46x | 👠 | 👡 | 👢 | 👣 | 👤 | 👥 | 👦 | 👧 | 👨 | 👩 | 👪 | 👫 | 👬 | 👭 | 👮 | 👯 |
U+1F47x | 👰 | 👱 | 👲 | 👳 | 👴 | 👵 | 👶 | 👷 | 👸 | 👹 | 👺 | 👻 | 👼 | 👽 | 👾 | 👿 |
U+1F48x | 💀 | 💁 | 💂 | 💃 | 💄 | 💅 | 💆 | 💇 | 💈 | 💉 | 💊 | 💋 | 💌 | 💍 | 💎 | 💏 |
U+1F49x | 💐 | 💑 | 💒 | 💓 | 💔 | 💕 | 💖 | 💗 | 💘 | 💙 | 💚 | 💛 | 💜 | 💝 | 💞 | 💟 |
U+1F4Ax | 💠 | 💡 | 💢 | 💣 | 💤 | 💥 | 💦 | 💧 | 💨 | 💩 | 💪 | 💫 | 💬 | 💭 | 💮 | 💯 |
U+1F4Bx | 💰 | 💱 | 💲 | 💳 | 💴 | 💵 | 💶 | 💷 | 💸 | 💹 | 💺 | 💻 | 💼 | 💽 | 💾 | 💿 |
U+1F4Cx | 📀 | 📁 | 📂 | 📃 | 📄 | 📅 | 📆 | 📇 | 📈 | 📉 | 📊 | 📋 | 📌 | 📍 | 📎 | 📏 |
U+1F4Dx | 📐 | 📑 | 📒 | 📓 | 📔 | 📕 | 📖 | 📗 | 📘 | 📙 | 📚 | 📛 | 📜 | 📝 | 📞 | 📟 |
U+1F4Ex | 📠 | 📡 | 📢 | 📣 | 📤 | 📥 | 📦 | 📧 | 📨 | 📩 | 📪 | 📫 | 📬 | 📭 | 📮 | 📯 |
U+1F4Fx | 📰 | 📱 | 📲 | 📳 | 📴 | 📵 | 📶 | 📷 | 📸 | 📹 | 📺 | 📻 | 📼 | 📽️ | 📿 | |
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
U+1F50x | 🔀 | 🔁 | 🔂 | 🔃 | 🔄 | 🔅 | 🔆 | 🔇 | 🔈 | 🔉 | 🔊 | 🔋 | 🔌 | 🔍 | 🔎 | 🔏 |
U+1F51x | 🔐 | 🔑 | 🔒 | 🔓 | 🔔 | 🔕 | 🔖 | 🔗 | 🔘 | 🔙 | 🔚 | 🔛 | 🔜 | 🔝 | 🔞 | 🔟 |
U+1F52x | 🔠 | 🔡 | 🔢 | 🔣 | 🔤 | 🔥 | 🔦 | 🔧 | 🔨 | 🔩 | 🔪 | 🔫 | 🔬 | 🔭 | 🔮 | 🔯 |
U+1F53x | 🔰 | 🔱 | 🔲 | 🔳 | 🔴 | 🔵 | 🔶 | 🔷 | 🔸 | 🔹 | 🔺 | 🔻 | 🔼 | 🔽 | ||
U+1F54x | 🕉️ | 🕊️ | 🕋 | 🕌 | 🕍 | 🕎 | ||||||||||
U+1F55x | 🕐 | 🕑 | 🕒 | 🕓 | 🕔 | 🕕 | 🕖 | 🕗 | 🕘 | 🕙 | 🕚 | 🕛 | 🕜 | 🕝 | 🕞 | 🕟 |
U+1F56x | 🕠 | 🕡 | 🕢 | 🕣 | 🕤 | 🕥 | 🕦 | 🕧 | 🕯️ | |||||||
U+1F57x | 🕰️ | 🕳️ | 🕴️ | 🕵️ | 🕶️ | 🕷️ | 🕸️ | 🕹️ | 🕺 | |||||||
U+1F58x | 🖇️ | 🖊️ | 🖋️ | 🖌️ | 🖍️ | |||||||||||
U+1F59x | 🖐️ | 🖕 | 🖖 | |||||||||||||
U+1F5Ax | 🖤 | 🖥️ | 🖨️ | |||||||||||||
U+1F5Bx | 🖱️ | 🖲️ | 🖼️ | |||||||||||||
U+1F5Cx | 🗂️ | 🗃️ | 🗄️ | |||||||||||||
U+1F5Dx | 🗑️ | 🗒️ | 🗓️ | 🗜️ | 🗝️ | 🗞️ | ||||||||||
U+1F5Ex | 🗡️ | 🗣️ | 🗨️ | 🗯️ | ||||||||||||
U+1F5Fx | 🗳️ | 🗺️ | 🗻 | 🗼 | 🗽 | 🗾 | 🗿 | |||||||||
U+1F60x | 😀 | 😁 | 😂 | 😃 | 😄 | 😅 | 😆 | 😇 | 😈 | 😉 | 😊 | 😋 | 😌 | 😍 | 😎 | 😏 |
U+1F61x | 😐 | 😑 | 😒 | 😓 | 😔 | 😕 | 😖 | 😗 | 😘 | 😙 | 😚 | 😛 | 😜 | 😝 | 😞 | 😟 |
U+1F62x | 😠 | 😡 | 😢 | 😣 | 😤 | 😥 | 😦 | 😧 | 😨 | 😩 | 😪 | 😫 | 😬 | 😭 | 😮 | 😯 |
U+1F63x | 😰 | 😱 | 😲 | 😳 | 😴 | 😵 | 😶 | 😷 | 😸 | 😹 | 😺 | 😻 | 😼 | 😽 | 😾 | 😿 |
U+1F64x | 🙀 | 🙁 | 🙂 | 🙃 | 🙄 | 🙅 | 🙆 | 🙇 | 🙈 | 🙉 | 🙊 | 🙋 | 🙌 | 🙍 | 🙎 | 🙏 |
U+1F68x | 🚀 | 🚁 | 🚂 | 🚃 | 🚄 | 🚅 | 🚆 | 🚇 | 🚈 | 🚉 | 🚊 | 🚋 | 🚌 | 🚍 | 🚎 | 🚏 |
U+1F69x | 🚐 | 🚑 | 🚒 | 🚓 | 🚔 | 🚕 | 🚖 | 🚗 | 🚘 | 🚙 | 🚚 | 🚛 | 🚜 | 🚝 | 🚞 | 🚟 |
U+1F6Ax | 🚠 | 🚡 | 🚢 | 🚣 | 🚤 | 🚥 | 🚦 | 🚧 | 🚨 | 🚩 | 🚪 | 🚫 | 🚬 | 🚭 | 🚮 | 🚯 |
U+1F6Bx | 🚰 | 🚱 | 🚲 | 🚳 | 🚴 | 🚵 | 🚶 | 🚷 | 🚸 | 🚹 | 🚺 | 🚻 | 🚼 | 🚽 | 🚾 | 🚿 |
U+1F6Cx | 🛀 | 🛁 | 🛂 | 🛃 | 🛄 | 🛅 | 🛋️ | 🛌 | 🛍️ | 🛎️ | 🛏️ | |||||
U+1F6Dx | 🛐 | 🛑 | 🛒 | 🛕 | 🛖 | 🛗 | 🛜 | 🛝 | 🛞 | 🛟 | ||||||
U+1F6Ex | 🛠️ | 🛡️ | 🛢️ | 🛣️ | 🛤️ | 🛥️ | 🛩️ | 🛫 | 🛬 | |||||||
U+1F6Fx | 🛰️ | 🛳️ | 🛴 | 🛵 | 🛶 | 🛷 | 🛸 | 🛹 | 🛺 | 🛻 | 🛼 | |||||
U+1F7Ex | 🟠 | 🟡 | 🟢 | 🟣 | 🟤 | 🟥 | 🟦 | 🟧 | 🟨 | 🟩 | 🟪 | 🟫 | ||||
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
U+1F7Fx | 🟰 | |||||||||||||||
U+1F90x | 🤌 | 🤍 | 🤎 | 🤏 | ||||||||||||
U+1F91x | 🤐 | 🤑 | 🤒 | 🤓 | 🤔 | 🤕 | 🤖 | 🤗 | 🤘 | 🤙 | 🤚 | 🤛 | 🤜 | 🤝 | 🤞 | 🤟 |
U+1F92x | 🤠 | 🤡 | 🤢 | 🤣 | 🤤 | 🤥 | 🤦 | 🤧 | 🤨 | 🤩 | 🤪 | 🤫 | 🤬 | 🤭 | 🤮 | 🤯 |
U+1F93x | 🤰 | 🤱 | 🤲 | 🤳 | 🤴 | 🤵 | 🤶 | 🤷 | 🤸 | 🤹 | 🤺 | 🤼 | 🤽 | 🤾 | 🤿 | |
U+1F94x | 🥀 | 🥁 | 🥂 | 🥃 | 🥄 | 🥅 | 🥇 | 🥈 | 🥉 | 🥊 | 🥋 | 🥌 | 🥍 | 🥎 | 🥏 | |
U+1F95x | 🥐 | 🥑 | 🥒 | 🥓 | 🥔 | 🥕 | 🥖 | 🥗 | 🥘 | 🥙 | 🥚 | 🥛 | 🥜 | 🥝 | 🥞 | 🥟 |
U+1F96x | 🥠 | 🥡 | 🥢 | 🥣 | 🥤 | 🥥 | 🥦 | 🥧 | 🥨 | 🥩 | 🥪 | 🥫 | 🥬 | 🥭 | 🥮 | 🥯 |
U+1F97x | 🥰 | 🥱 | 🥲 | 🥳 | 🥴 | 🥵 | 🥶 | 🥷 | 🥸 | 🥹 | 🥺 | 🥻 | 🥼 | 🥽 | 🥾 | 🥿 |
U+1F98x | 🦀 | 🦁 | 🦂 | 🦃 | 🦄 | 🦅 | 🦆 | 🦇 | 🦈 | 🦉 | 🦊 | 🦋 | 🦌 | 🦍 | 🦎 | 🦏 |
U+1F99x | 🦐 | 🦑 | 🦒 | 🦓 | 🦔 | 🦕 | 🦖 | 🦗 | 🦘 | 🦙 | 🦚 | 🦛 | 🦜 | 🦝 | 🦞 | 🦟 |
U+1F9Ax | 🦠 | 🦡 | 🦢 | 🦣 | 🦤 | 🦥 | 🦦 | 🦧 | 🦨 | 🦩 | 🦪 | 🦫 | 🦬 | 🦭 | 🦮 | 🦯 |
U+1F9Bx | 🦰 | 🦱 | 🦲 | 🦳 | 🦴 | 🦵 | 🦶 | 🦷 | 🦸 | 🦹 | 🦺 | 🦻 | 🦼 | 🦽 | 🦾 | 🦿 |
U+1F9Cx | 🧀 | 🧁 | 🧂 | 🧃 | 🧄 | 🧅 | 🧆 | 🧇 | 🧈 | 🧉 | 🧊 | 🧋 | 🧌 | 🧍 | 🧎 | 🧏 |
U+1F9Dx | 🧐 | 🧑 | 🧒 | 🧓 | 🧔 | 🧕 | 🧖 | 🧗 | 🧘 | 🧙 | 🧚 | 🧛 | 🧜 | 🧝 | 🧞 | 🧟 |
U+1F9Ex | 🧠 | 🧡 | 🧢 | 🧣 | 🧤 | 🧥 | 🧦 | 🧧 | 🧨 | 🧩 | 🧪 | 🧫 | 🧬 | 🧭 | 🧮 | 🧯 |
U+1F9Fx | 🧰 | 🧱 | 🧲 | 🧳 | 🧴 | 🧵 | 🧶 | 🧷 | 🧸 | 🧹 | 🧺 | 🧻 | 🧼 | 🧽 | 🧾 | 🧿 |
U+1FA7x | 🩰 | 🩱 | 🩲 | 🩳 | 🩴 | 🩵 | 🩶 | 🩷 | 🩸 | 🩹 | 🩺 | 🩻 | 🩼 | |||
U+1FA8x | 🪀 | 🪁 | 🪂 | 🪃 | 🪄 | 🪅 | 🪆 | 🪇 | 🪈 | |||||||
U+1FA9x | 🪐 | 🪑 | 🪒 | 🪓 | 🪔 | 🪕 | 🪖 | 🪗 | 🪘 | 🪙 | 🪚 | 🪛 | 🪜 | 🪝 | 🪞 | 🪟 |
U+1FAAx | 🪠 | 🪡 | 🪢 | 🪣 | 🪤 | 🪥 | 🪦 | 🪧 | 🪨 | 🪩 | 🪪 | 🪫 | 🪬 | 🪭 | 🪮 | 🪯 |
U+1FABx | 🪰 | 🪱 | 🪲 | 🪳 | 🪴 | 🪵 | 🪶 | 🪷 | 🪸 | 🪹 | 🪺 | 🪻 | 🪼 | 🪽 | 🪿 | |
U+1FACx | 🫀 | 🫁 | 🫂 | 🫃 | 🫄 | 🫅 | 🫎 | 🫏 | ||||||||
U+1FADx | 🫐 | 🫑 | 🫒 | 🫓 | 🫔 | 🫕 | 🫖 | 🫗 | 🫘 | 🫙 | 🫚 | 🫛 | ||||
U+1FAEx | 🫠 | 🫡 | 🫢 | 🫣 | 🫤 | 🫥 | 🫦 | 🫧 | 🫨 | |||||||
U+1FAFx | 🫰 | 🫱 | 🫲 | 🫳 | 🫴 | 🫵 | 🫶 | 🫷 | 🫸 | |||||||
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | A | B | C | D | E | F | |
Nota
|
Terdapat lebih banyak emoji dalam blok-blok Unicode yang berikut: Arrows (8), Basic Latin (12), CJK Symbols and Punctuation (2), Enclosed Alphanumeric Supplement (41), Enclosed Alphanumerics (1), Enclosed CJK Letters and Months (2), Enclosed Ideographic Supplement (15), General Punctuation (2), Geometric Shapes (8), Geometric Shapes Extended (12), Latin-1 Supplement (2), Letterlike Symbols (2), Mahjong Tiles (1), Miscellaneous Symbols and Arrows (7), Miscellaneous Technical (18), Playing Cards (1), Supplemental Arrows-B (2).
Tambahan
suntingSesetengah vendor, terutamanya Microsoft, Samsung dan HTC, menokok tambah penyampaian emoji pada beberapa aksara Unicode yang sedia ada atau mereka jujukan ZWJ sendiri.
Microsoft memaparkan semua buah mahjong (U+1F000‥2B, bukan sahaja U+1F004 🀄 MAHJONG TILE RED DRAGON) dan sama bunga alternatif (U+2661 ♡ , U+2662 ♢ , U+2664 ♤ , U+2666 ♦ ) sebagai emoji. Ia juga menyokong pensel tambahan (U+270E ✎ , U+2710 ✐ ) dan bulet berbentuk lekuk (U+2765 ❥ ).
Biarpun hanya U+261D ☝ merupakan emoji yang rasmi, Microsoft dan Samsung menambah tiga tunjuk arah yang lain sekali (U+261C ☜ , U+261E ☞ , U+261F ☟ ). Kedua-dua vendor itu menjodohkan emoji petak undi bertanda rait U+2611 ☑ dengan petak undi bertanda pangkah U+2612 ☒ , tetapi hanya Samsung yang juga menyertakan petak undi kosong U+2610 ☐ .
Rujukan
sunting- ^ a b "UCD: Emoji Data for UTR #51". Unicode Consortium. January 28, 2020.
- ^ "Enumerated Versions of The Unicode Standard". The Unicode Standard. Dicapai pada August 17, 2016.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaZWJSequences
- ^ "Istilah dari Emoji". Dizhaowa.
- ^ Hern, Alex (February 6, 2015). "Don't know the difference between emoji and emoticons? Let me explain". The Guardian.
- ^ Adam Sternbergh (November 16, 2014). "Smile, You're Speaking EMOJI: The fast evolution of a wordless tongue". New York.
- ^ "How Emojis took center stage in American pop culture". NBC News. July 17, 2017.
- ^ "Happy 30th Birthday Emoticon!". Independent. September 8, 2012. Dicapai pada November 30, 2017.
- ^ Varn, Kathryn (July 17, 2015). "Letting Our Emojis Get in the Way". The New York Times. Dicapai pada August 25, 2015.
- ^ Bosker, Bianca (June 27, 2014). "How Emoji Get Lost in Translation". Huffington Post. Dicapai pada August 15, 2015.
- ^ Hern, Alex (August 12, 2015). "How to (pretend to) be young and down with the internet". The Guardian. Dicapai pada August 15, 2015.
- ^ Barbash, Fred (2021-10-25). "Sleepy face, sad face or shocked face: The emoji identity crisis". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2024-02-19.
- ^ Medhurst, Richard (2019-04-29). "Picture This: A List of Japanese Emoji". nippon.com (dalam bahasa Inggeris). Nippon Communications Foundation. Dicapai pada 2024-02-19.
- ^ Larson, Selena (April 11, 2016). "Emoji can lead to huge misunderstandings, research finds". Daily Dot. Dicapai pada March 30, 2017.
- ^ Bromwich, Jonah (October 20, 2015). "How Emojis find their way to phones". The New York Times. Dicapai pada October 19, 2017.
- ^ Wang, Yanan (November 17, 2015). "For first time ever, an emoji is crowned Oxford Dictionaries' Word of the Year". The Washington Post. Dicapai pada January 20, 2016.
- ^ a b "UTR #51: Unicode Emoji". Unicode Consortium. September 18, 2020.