Makalah ini merujuk kepada unit data simpanan yang digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selain daripada itu, bait juga merujuk kepada baris ayat yang terdapat dalam puisi seperti pantun dan sajak.

Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai  Simbol  Nilai Simbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait) 10001 = 103 KB 10241 = 210  KiB (kibibait) 210
MB (megabait) 10002 = 106 MB 10242 = 220  MiB (mebibait) 220
GB (gigabait) 10003 = 109 GB 10243 = 230  GiB (gibibait) 230
TB (terabait) 10004 = 1012 TB 10244 = 240  TiB (tebibait) 240
PB (petabait) 10005 = 1015 PB 10245 = 250  PiB (pebibait) 250
EB (eksabait) 10006 = 1018 EB 10246 = 260  EiB (eksbibait) 260
ZB (zetabait) 10007 = 1021 ZB 10247 = 270  ZiB (zebibait) 270
YB (yotabait) 10008 = 1024 YB 10248 = 280  YiB (yobibait) 280
Unit Warisan
 Unit  Nilai
 KB 210 Bait = 1024 Bait
 MB 220 Bait = 1024 KB
 GB 230 Bait = 1024 MB
 TB 240 Bait = 1024 GB

Bait merujuk kepada unit data yang terdiri daripada lapan bit yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan komputer peribadi. Bait mewakili aksara seperti huruf abjad, nombor dan simbol tipografi.

Huruf "B" digunakan dalam singkatan kepada bait. (bit menggunakan singkatan "b".) seperti kB = Kilobait. Cakera keras berkapasiti 40GB secara mudahnya bermaksud cakera keras berkenaan mampu menyimpan sehingga 40 ribu juta (bilion) bait atau Gigabait data.

Bait didarabkan berasaskan kuasa asas dua dan dalam sebutan biasa, angka perpuluhannya dibulatkan. Sebagai contoh, 1 Gigabait disebut sebagai 1 ribu juta bait walaupun angka sebenarnya ialah 1,073,741,824 bait.

Sebagai panduan:

  • 1 aksara = 8 bit = 1 bait[1]
  • 1024 bait = 1 Kilobait - KB (ribu) = 1,024 bait
  • 1024 Kilobait = 1 Megabait - MB (juta) = 1,048,576 bait
  • 1024 Megabait = 1 Gigabait - GB (billion) = 1,073,741,824 bait
  • 1024 Gigabait = 1 Terabait - TB (trillion) = 1,099,511,627,776 bait
  • 1024 Terabait = 1 Petabait - PB (juta Gigabait) = 1,125,899,906,842,624 bait
  • 1024 Petabait = 1 Exabait - EB (juta Terabait) = 1,152,921,504,606,846,976 bait
  • 1024 Exabait = 1 Zettabait - ZB (juta Petabait)
  • 1024 Zettabait = 1 Yottabait - YB (juta Exabait)

Rujukan

sunting
  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "bait". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 7. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar

sunting