Empangan Tiga Gaung

empangan hidroelektrik di China/Tiongkok

Empangan Tiga Gaung (Cina Ringkas: 长江三峡大坝; Cina Tradisional: 長江三峽大壩; pinyin: Chángjiāng Sānxiá Dà Bà, bahasa Inggeris; Three Gorges Dam) ialah sebuah empangan sungai hidroelektrik China yang terletak di Sungai Yangtze di Sandouping, Yichang, Hubei, China. Pada tahun 2007, empangan ini menjadi empangan sungai hidroelektrik terbesar di dunia.

Kedudukan relatif Empangan Tiga Gaung.
Empangan Tiga Gaung
امڤڠن تيݢ ݢاؤڠ
三峡大坝
ThreeGorgesDam-China2009.jpg
Empangan pada September 2009
NegaraRepublik Rakyat China
LokasiSandouping, daerah Yiling, Hubei
PurposeKawalan banjir, penjanakuasa, navigasi
StatusBeroperasi
Pembinaan bermulaDisember 14, 1994
Tarikh pembukaan2003[1]
Kos pembinaan¥203 billion (US$31.765 billion)[2]
PemilikChina Yangtze Power (anak syarikat China Three Gorges Corporation)
Empangan dan limpahan
Jenis empanganEmpangan graviti
TampunganSungai Panjang China
Ketinggian181 m (594 ka)
Panjang2,335 m (7,661 ka)
Lebar (rabung)40 m (131 ka)
Lebar (asas)115 m (377 ka)
Isi padu empangan27.2 juta m3 (35.6 juta cu yd)
Muatan alur limpah116,000 m3/s (4,100,000 ka3/s)
Takungan
WujudanThree Gorges Reservoir
Jumlah muatan39.3 km3 (31,900,000 ekar kaki)
Kawasan tadahan1,000,000 km2 (390,000 bt2)
Kawasan permukaan1,084 km2 (419 bt2)[3]
Panjang maksimum600 km (370 bt)[4]
Ketinggian normal175 m (574 ka)
Stesen janakuasa
Tarikh mula operasi2003–2012
JenisKonvensional
Kepala hidraulikRated: 80.6 m (264 ka)
Maximum: 113 m (371 ka)[3]
Turbin32 × 700 MW
2 × 50 MW Francis-type
Muatan dipasang22,500 MW
Faktor muatan45%
Janaan tahunan101.6 TWh (366 PJ) (2018)


Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 meter (7,661 ka), dan tingginya 185 meter (607 ka). Empangan ini lebarnya 115 meter (377.3 ka) pada hilirnya dan 40 meter (131.2 ka) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000  (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometer (373 Batu|bt) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.

Empangan Tiga Gaung adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan loji kuasa pembakaran arang. Jumlah muatan kuasanya boleh mencapai 22,400 MW dan menjadikannya stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di dunia mengikut muatan kuasa apabila siap pada tahun 2009.[5] Pemasangan penjana masih perlu disiapkan, dan empangan ini tidak dijangka beroperasi penuh sehingga sekitar tahun 2009. Kini, (pada bulan Ogos 2007), muatan stesen jana kuasanya ialah 11,900 MW. Janaan elektrik tahunannya dijangka kira-kira 84.7 TWh, menjadikan empangan ini empangan hidroelektrik kedua terbesar di dunia, mengekori Itaipu yang menjana 93.4 TWh setiap tahun.

Konsep empangan ini dibayangkan oleh Sun Yat-sen sebagai Pembangunan Antarabangsa China pada tahun 1919. Setelah penubuhan Republik Rakyat China, beberapa pemimpin berkeinginan untuk memulakan projek empangan ini tetapi oleh sebab kekurangan sumbers,[perlu rujukan] mereka mengerjakan Empangan Gezhouba terlebih dahulu.

Setelah menerima kelulusan Kongres Rakyat Kebangsaan pada 3 April 1992, pembinaan dimulakan pada tahun 1994. Kerja-kerja struktur disiapkan pada 20 Mei 2006, sembilan bulan lebih awal daripada apa yang dijadualkan.[6]

Takungan air mula berisi pada 1 Jun 2003, dan bakal menduduki sebahagian kawasan Tiga Gaung, di antara bandaraya-bandaraya Yichang, Hubei dan Fuling, Chongqing.[5]

Empangan Tiga Gaung dari hilir sungai
Empangan Tiga Gaung dari hulu sungai

Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar.[6]

RujukanSunting

  1. ^ Ma, Yue (November 26, 2010). "Three Gorges Dam". Stanford University. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2016. Dicapai pada February 13, 2016.
  2. ^ "Three Gorges Dam Hydro Electric Power Plant, China". Power Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2018. Dicapai pada May 27, 2018.
  3. ^ a b "Three Gorges Project" (PDF). Chinese National Committee on Large Dams. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada March 5, 2014. Dicapai pada January 1, 2015.
  4. ^ Engineering Geology for Society and Territory – Volume 2: Landslide Processes. Springer. 2014. m/s. 1415. ISBN 978-3-319-09057-3.
  5. ^ a b "Three Gorges Dam". UNEP. 20 Mei 2006. Dicapai pada 27 Mei. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ a b "Three Gorges dam wall completed". china-embassy. 20 Mei 2006. Dicapai pada 21 Mei. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Pautan luarSunting

Koordinat: 30.83° U 111.01° T