FELDA Gunung Bongsu

FELDA Gunung Bongsu (Jawi: فيلدا ݢونوڠ بوڠسو) , atau FELDA Projek Gunung Bongsu merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di selatan negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Karangan. Ia terletak kira-kira 270 kilometer (167.8 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Gunung Bongsu ialah 09700 Kulim.[3]

FELDA Gunung Bongsu
Map
FELDA Gunung Bongsu is located in Bumi
FELDA Gunung Bongsu
FELDA Gunung Bongsu (Bumi)
Koordinat: 5°22′00″N 100°41′45″E / 5.3665320°N 100.6958556°E / 5.3665320; 100.6958556Koordinat: 5°22′00″N 100°41′45″E / 5.3665320°N 100.6958556°E / 5.3665320; 100.6958556
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKulim
MukimKarangan
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kulim
 • PengurusWan Mohd Ali Wan Zainon
 • Ketua penerokaAhmad Nizar Hassan
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
09700
Plat pendaftaran kenderaanK

Sejarah sunting

FELDA Gunung Bongsu dinamakan bersempena dengan kedudukannya yang terletak di kaki Gunung Bongsu. Kawasan petempatan ini dibuka pada tahun 1985 dan menerima seramai 180 orang peneroka.

Geografi sunting

FELDA Gunung Bongsu terletak di bahagian selatan negeri Kedah. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 300 ekar (121.4 he) yang meliputi dua peringkat.[4] FELDA Gunung Bongsu berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Sri Bongsu.[4]

Pentadbiran sunting

FELDA Gunung Bongsu terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Gunung Bongsu terletak dalam Mukim Karangan di bahagian tenggara.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Gunung Bongsu terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kulim-Bandar Baharu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Kulim.[5]

Pengangkutan sunting

FELDA Gunung Bongsu dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT169 (Jalan Kelang Lama-Mahang), melalui simpang Jalan FELDA Gunung Bongsu.[4] Jarak FELDA Gunung Bongsu ke pusat bandar terdekat iaitu Kulim ialah sejauh 28.8 kilometer (17.9 bt) dan mengambil masa selama 36 minit memandu kereta.[a][6] manakala jarak FELDA Gunung Bongsu ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh 118 kilometer (73.3 bt) dan mengambil masa selama satu jam 38 minit memandu kereta.[b][6]

Kemudahan sunting

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Gunung Bongsu termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu
  2. Sekolah Menengah Agama Islahiah
  3. Klinik Desa Gunung Bongsu
  4. Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gunung Bongsu
  5. Masjid Nurul Iman Felda Gunung Bongsu

Nota sunting

  1. ^ Diukur dari simpang Jalan FELDA Gunung Bongsu ke Pejabat Pos Kulim
  2. ^ Diukur dari simpang Jalan FELDA Gunung Bongsu ke Pejabat Pos Besar Alor Setar

Rujukan sunting

  1. ^ "Kemajuan Tanah Mata Ayer Peringkat 1, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.