FELDA Sungai Tiang

FELDA Sungai Tiang (Jawi: فيلدا سوڠاي تياڠ), atau FELDA Projek Sungai Tiang merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah negeri Kedah, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Padang Kerbau, daerah Pendang. Ia terletak kira-kira 342 kilometer (212.5 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Sungai Tiang ialah 06750 Pendang.[2]

FELDA Sungai Tiang
Jalan utama FELDA Sungai Tiang
Jalan utama FELDA Sungai Tiang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°59′28″N 100°35′32″E / 5.9911°N 100.5921°E / 5.9911; 100.5921Koordinat: 5°59′28″N 100°35′32″E / 5.9911°N 100.5921°E / 5.9911; 100.5921
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPendang
MukimPadang Kerbau
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Pendang
Aras
45 m (148 ft)
Penduduk
 • Peneroka
512
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06750
Plat pendaftaran kenderaanK

Sejarah sunting

Nama Sungai Tiang dipercayai diambil bersempena dengan sebatang sungai besar di kawasan ini yang menjadi laluan pengangkutan penduduk. Hasil perkayuan oleh penduduk yang terdiri daripada batang pokok juga diangkut melalui sungai ini. Penduduk memanggil hasil tersebut sebagai "tiang". Oleh kerana terlalu banyak hasil perkayuan diangkut melalui sungai ini, maka kawasan ini digelar Sungai Tiang.[3]

Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian komunis dan diberi nama Bukit Rimau. Pada tahun 1959, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula meneroka dan membangunkan kawasan ini serta menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dari kawasan pedalaman. Pada tahun 1960, seramai 522 keluarga peneroka telah dimasukkan ke dalam kawasan rancangan ini.[3]

Geografi sunting

FELDA Sungai Tiang terletak di bahagian tengah daerah Pendang, tepatnya di selatan mukim Padang Kerbau. Kawasan petempatan ini juga terletak dalam kawasan Pekan Sungai Tiang, berdekatan dengan sempadan mukim Padang Peliang.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak kira-kira 555 ekar (224.6 he).[4] FELDA Sungai Tiang juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Baru, Kampung Paya Lepai, Kampung Titi Akar dan Kampung Baharu Siam.

Pentadbiran sunting

FELDA Sungai Tiang terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Sungai Tiang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pendang[4] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Sungai TIang terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Pendang manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Sungai Tiang.[5]

Pengangkutan sunting

FELDA Sungai Tiang dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K151 dan K17.[4] Jarak FELDA Sungai Tiang ke pusat bandar terdekat iaitu Pendang ialah sejauh 16 kilometer (9.9 bt) dan mengambil masa selama 21 minit memandu kereta.[6] manakala jarak FELDA Sungai Tiang ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 46 kilometer (28.6 bt) dan mengambil masa selama lebih 45 minit memandu kereta.[6]

Kemudahan sunting

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Sungai Tiang termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang
  3. Klinik Kesihatan Sungai Tiang
  4. Masjid Al-Falah Felda Sungai Tiang

Rujukan sunting

  1. ^ "Sungai Tiang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b "Sejarah". Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang. Dicapai pada 13 April 2024.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.