Fan Yew Teng adalah aktivis, ahli politik dan penulis Malaysia keturunan Cina yang juga bekas Ahli Parlimen Kampar dan Menglembu, Perak (1969 dan 1974) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) dari parti Democratic Action Party (DAP). Sebelum menyertai bidang politik, beliau juga giat dalam National Union of Teachers (NUT), dan telah membantu mengaturkan mogok guru-guru untuk menuntut hak pensen dan lain-lain. Beliau juga berkhidmat sebagai Penyunting The Educator, majalah rasmi NUT.

Beliau mempunyai adiknya yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than dahulunya DAP. Fan menghabiskan masa persaraannya bersama dengan isterinya Dr. Noeleen Heyzer dand dua anak perempuan kembar mereka di Bangkok. Fan meninggal dunia setelah mengidap penyakit barah selama lebih setahun pada 1.40pm 07 December 2010[1] di Bumrungrad International Hospital, Bangkok.

Latar belakang politik sunting

Ahli parlimen sunting

Dalam pilihan raya 1969 Fan Yew Teng menang di Kampar. Beliau menang dalam pilihan raya bagi kawasan Menglembu Perak dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974, menewaskan pengasas dan Presiden PPP, SP Seenivasagam. [2][3]

Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP pada Oktober 1969 selepas Goh Hock Guan dan Lim Kit Siang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga berkhidmat sebagai Penyunting The Rocket DAP pada masa itu.

Hilang Kelayakan Ahli Parlimen sunting

Pada 1975 Fan Yew Teng didenda RM2000 dan enam bulan penjara oleh mahkamah dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen setelah didakwa di bahawa Akta Hasutan 1960. [4] Kes ini menjadi rujukan kes Tian Chua yang mengigit koperal polis dalam satu perhimpunan haram di Parlimen pada 2007.

Sebagai perbandingan, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Raja Nong Chik bin Raja Ishak yang didenda $2,500 di-bawah Akta Syarikat 1965 tidak dilucutkan.[5]

Pada 1978, Fan Yew Teng telah meninggalkan DAP kerana kecewa dengan pimpinan Lim Kit Siang untuk menyertai Parti Sosial Demokratik atau Social Democratic Party (SDP)[6] tetapi telah menyertai semula DAP selepas meninggalkannya selama 20 tahun pada 1998.[7] Namun Fan kemudiannya dikatakan menyertai PKR pada 24 April 2010.

Aktiviti lain sunting

Fan Yew Teng merupakan salah seorang pangasas dan aktivitis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi. Beliau juga giat memperjuangkan hak-hak penduduk Bosnia, Iraq dan Palestin bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan sering menyumbang tulisan di Harakah, surat khabar Parti Se-Islam Malaysia (PAS).

Fan juga telah mengarang beberapa buku mengenai suasana politik di Malaysia, termasuk "If We Love this Country", "The UMNO Drama", "Oppressors and Apologists" dan "The Rape of Law". Bersama A. Rajaguru, Fan telah menulis buku "The Neverending Quest", mengenai sejarah National Union of Teachers di Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Former DAP MP Fan Yew Teng dies in Bangkok. hospital". The Star Online. 7 December 2010. Dicapai pada 9 December 2010.
  2. ^ PENYATA RASMI
  3. ^ Media Statement by Lim Kit Siang Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 19th May 2009:
  4. ^ Status Chua: Hakim setuju berjumpa Isnin ini
  5. ^ Usul Jawatan Kuasa Tertinggi DAP[pautan mati kekal]
  6. ^ "The politics of accommodation: an analysis of the 1978 Malaysian general election". 1978. Dicapai pada 20 Jan 2011.
  7. ^ Wholehearted welcome to Fan Yew Teng on his return to DAP after leaving the party two decades ago