Buka menu utama

Mat Luthfi

personaliti media sosial Malaysia
(Dilencongkan dari Filem Sekolahaha)

Muhammad Luthfi bin Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990)[perlu rujukan] atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Mat Luthfi
KelahiranMuhammad Luthfi bin Rohime
(1990-06-23) 23 Jun 1990 (umur 29)
Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Pusat pendidikanUniversiti Curtin
PekerjaanPersonaliti media sosial, penulis, pengarah filem
Tahun aktif2012–kini

Mat Luthfi juga seorang penulis dan setakat 2018, telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5]

FilemografiSunting

  • Sekolahaha (2018)

BibliografiSunting

  • Catatan Matluthfi (2014)
  • Momen² Matluthfi (2015)
  • Kisah 25 Filsuf Barat (2016)
  • Alegori Rumah Api (2017)

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Aksi di YouTube Paling Popular Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Personaliti Media Sosial Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ "MAT LUTHFI". KPJ Healthcare University College (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai 15 Ogos 2018. 
  2. ^ Madiha Abdullah (30 Januari 2016). "Mat Luthfi kini bergelar suami". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai 15 Ogos 2018. 
  3. ^ Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq' Astro Awani (15 Disember 2015). Dicapai pada 5 September 2018.
  4. ^ Najihah Malek (31 Mac 2015). YTOTW: Mat Luthfi Dan Bagaimana Anak Kelahiran Kedah Ini Menjadi Sensasi Says. Dicapai pada 5 September 2018.
  5. ^ #TerkiniMA: Mat Luthfi akhirnya mengarahkan filem pertama, Sekolahaha Movie Addict Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2018.

Pautan luarSunting