Taxi Driver

(Dilencongkan dari Filem Taxi Driver)

Taxi Driver ("Pemandu Teksi") ialah sebuah filem vigilante Amerika Syarikat tahun 1976[2][3][4] dengan elemen neo-noir[5][6][7] dan seram ngeri psikologi[5][8][9][10] arahan Martin Scorsese berdasarkan skrip ditulis Paul Schrader. Berlatarkan Bandar Raya New York selepas Perang Vietnam, filem ini dibintangi Robert De Niro serta menampilkan Jodie Foster, Harvey Keitel, Cybill Shepherd, Peter Boyle dan Albert Brooks.

Taxi Driver
PengarahMartin Scorsese
PenulisPaul Schrader
Dihasilkan oleh
  • Julia Phillips
  • Michael Phillips
Dibintangi
SinematografiMichael Chapman
Disunting oleh
  • Tom Rolf
  • Melvin Shapiro
  • Marcia Lucas (sup)
Muzik olehBernard Herrmann
Syarikat
penerbitan
  • Bill/Phillips
  • Italo/Judeo Productions
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
8 Februari 1976
Masa tayangan
113 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$1.3 juta
Pecah panggung$28.3 juta[1]

Filem ini kerap kali disebut oleh pengkritik, pengarah filem dan penonton sebagai salah satu filem terbaik sepanjang zaman. Dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976. Filem ini diiktiraf oleh Perpustakaan Kongres Amerka Syarikat atas cirinya yang "berkepentingan tinggi kepada budaya, sejarah atau estetika", malah ia turut disenaraikan dalam pemeliharaan Pendaftaran Filem Kebangsaan pada tahun 1994.

Barisan pelakon sunting

  • Robert De Niro sebagai Travis Bickle
  • Jodie Foster sebagai Iris
  • Harvey Keitel sebagai Sport
  • Cybill Shepherd sebagai Betsy
  • Albert Brooks sebagai Tom
  • Leonard Harris sebagai Charles Palantine
  • Peter Boyle sebagai Wizard
  • Harry Northup sebagai Doughboy
  • Norman Matlock sebagai Charlie T
  • Martin Scorsese sebagai Penumpang Memerhati Silhouette
  • Victor Argo sebagai Melio
  • Steven Prince sebagai Andy - Penjual Pistol
  • Joe Spinell sebagai Pegawai Peribadi
  • Diahnne Abbott sebagai Wanita Konsesi
  • Bob Maroff sebagai Mafioso

Produksi sunting

Semasa membuat persediaan untuk watak Bickle, De Niro sedang menjalani penggambaran filem arahan Bernardo Bertolucci, 1900 di Itali. Menurut Boyle, beliau menghabiskan penggambaran pada hari jumaat di Rome dan kemudiannya menaiki penerbangan ke New York." De Niro mendapatkan lesen pemandu teksi dan ketika rehat, beliau memandu teksi di sekitar New York untuk beberapa minggu sebelum kembali ke Rome untuk menyambung penggambaran 1900. De Niro menurunkan berat sebanyak 35 paun dan mendengar berulang kali rakaman bacaan diari Arthur Bremer. Apabila Bickle memutuskan untuk membunuh Senator Palantine, dia memotong rambutnya dengan gaya Mohawk.

Jodie Foster bukan pilihan pertama untuk melakonkan watak Iris. Scorsese mempertimbang Melanie Griffith, Linda Blair, Bo Derek dan Carrie Fisher untuk watak ini. Pendatang baru, Mariel Hemingway menjalani ujian untuk watak ini tetapi menolak kerana tekanan daripada keluarganya. Selepas pelakon-pelakon lain menolak tawaran untuk watak ini, Foster telah dipilih.

Penerimaan sunting

Dirakam dengan bajet $1.3 juta, Taxi Driver mencapai kejayaan dari segi kewangan dengan mengutip $28,262,574 di Amerika Syarikat,[11] menjadikan ia filem dengan kutipan ke-17 tertinggi pada tahun 1976.

Sehingga tahun 2016, filem ini mendapat skor 99% di laman web, Rotten Tomatoes berdasarkan ulasan daripada 65 pengkritik.[12] Metacritic memberikan filem ini skor 93 daripada 100, berdasarkan ulasan daripada 8 pengkritik, menunjukkan "penerimaan universal."[13]

Pengkritik filem, Roger Ebert memuji filem ini sebagai filem terbaik yang pernah dilihat olehnya.[14] Ia juga dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (De Niro). Ia menerima Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976.[15] Filem ini telah dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan.[16] Filem ini dipilih oleh majalah Time sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik sepanjang zaman.[17]

Anugerah sunting

Anugerah Kategori Calon Keputusan
Festival Filem Cannes Palme d'Or Martin Scorsese Menang
Anugerah Filem Hochi Filem Asing Terbaik Menang
Anugerah LAFCA Pelakon Lelaki Terbaik Robert De Niro Menang
Muzik Terbaik Bernard Herrmann Menang
Anugerah Generasi Baru Jodie Foster
Martin Scorsese
Menang
Anugerah Akademi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama Robert De Niro Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu Jodie Foster Tercalon
Muzik, Skor Asal Terbaik Bernard Herrmann (pencalonan selepas meninggal dunia) Tercalon
Filem Terbaik Michael Phillips dan
Julia Phillips
Tercalon
Anugerah BAFTA Anugerah Anthony Asquith untuk Muzik Filem Bernard Herrmann Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jodie Foster Menang
Pendatang Baru Paling Harapan untuk Mengetuai Peranan-Peranan Filem Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Robert De Niro Tercalon
Arahan Terbaik Martin Scorsese Tercalon
Filem Terbaik Tercalon
Suntingan Filem Terbaik Marcia Lucas
Tom Rolf
Melvin Shapiro
Tercalon
[Anugerah Blue Ribbon Filem Asing Terbaik Martin Scorsese Menang
Anugerah David di Donatello Special David Jodie Foster Menang
Martin Scorsese Menang
Anugerah DGA Award Pencapaian Arahan Cemerlang dalam Filem Tercalon
Anugerah Golden Globe Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Drama Robert De Niro Tercalon
Lakon Layar Terbaik – Filem Paul Schrader Tercalon
Anugerah Grammy Album Skor Asal Terbaik Ditulis untuk Filem atau Istimewa Televisyen Bernard Herrmann Tercalon
Anugerah Kinema Junpo Pengerah Filem Bahasa Asing Terbaik Martin Scorsese Menang
Anugerah NSFC Award Pelakon Lelaki Terbaik Robert De Niro Menang
Pengarah Terbaik Martin Scorsese Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jodie Foster Menang
Filem Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Harvey Keitel Tercalon
Anugerah NYFCC Pelakon Lelaki Terbaik Robert De Niro Menang
Pengarah Terbaik Martin Scorsese Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Harvey Keitel Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jodie Foster Tercalon
Anugerah WGA Drama Terbaik Ditulis Terus untuk Layar Paul Schrader Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Taxi Driver (1976)". Box Office Mojo. Dicapai pada Januari 23, 2012.
  2. ^ Lim, Dennis (Oktober 19, 2009). "Vigilante films, an American tradition". Los Angeles Times.
  3. ^ Novak, Glenn D. (November 1987). "Social Ills and the One-Man Solution: Depictions of Evil in the Vigilante Film" (PDF). International Conference on the Expressions of Evil in Literature and the Visual Arts. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Dowd, A.A. "Taxi Driver remains one of the best (and most troubling) of Palme winners". AV Club. Dicapai pada Disember 6, 2015.
  5. ^ a b Dirks, Tim. "Film site Movie Review: Taxi Driver (1976)". filmsite.org. AMC. Dicapai pada Mei 2, 2015.
  6. ^ Schwartz, Ronald (Jan 1, 2005). Neo-noir: The New Film Noir Style from Psycho to Collateral. Scarecrow Press. m/s. 33. Dicapai pada May 2, 2015.
  7. ^ Conard, Mark (Jan 5, 2007). The Philosophy of Neo-Noir. University Press of Kentucky. m/s. 2. Dicapai pada Mei 2, 2015.
  8. ^ Newton, Michael (April 17, 2014). Famous Assassinations in World History: An Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 468. Dicapai pada May 2, 2015.
  9. ^ Taubin, Amy (Mac 28, 2000). Taxi Driver. British Film Institute Publishing. m/s. 13. Dicapai pada Mei 2, 2015.
  10. ^ Keyser, Lester J. (1992). Martin Scorsese. Twayne. m/s. 63. Dicapai pada Mei 2, 2015.
  11. ^ Taxi Driver, Box Office Mojo Internet Movie Database. Retrieved March 31, 2007
  12. ^ Taxi Driver, Rotten Tomatoes Flixster. Retrieved October 4, 2008
  13. ^ Taxi Driver, Metacritic Flixster. Diperoleh pada Mac 20, 2016
  14. ^ "Taxi Driver". Chicago Sun-Times.
  15. ^ Cannes Film Festival. Retrieved March 10, 2007.
  16. ^ Films Selected to The National Film Registry, Library of Congress, 1989–2005. Diperoleh pada Mac 10, 2007.
  17. ^ Schickel, Richard (Januari 23, 2012). "The Complete List – ALL-TIME 100 Movies". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-14. Dicapai pada April 4, 2012.

Pautan luar sunting