Fitnah Pertama

Perang Saudara Islam Pertama (656–661), juga dipanggil Fitnah Pertama (Bahasa Arab: فتنة مقتل عثمانtranslit.: Fitnat Maqtal Uthmān "Fitnah Pembunuhan Uthman"), adalah perang saudara pertama dalam Khilafah Islam. Ia timbul akibat perselisihan siapa yang berhak menjadi khalifah.[1] Pertikaian ini memecahkan perpaduan ummah Muslim dan memulakan arah aliran jangka panjang yang berakhir dengan pemecahan Islam kepada mazhab Syiah dan Sunni.

Fitnah Pertama
Sebahagian daripada Perang Saudara Islam
First Fitna map.png
  Wilayah kawalan Khalifah (Ali bin Abi Talib)
  Wilayah kawalan Muawiyah ibn Abu Sufyan
  Wilayah kawalan Amr ibn al-Aas
Tarikh656661
Lokasi
Keputusan Pemberontakan berjaya, perjanjian damai ditandatangani;
Muawiyah I memulakan Khilafah Umayyah
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidin
(Khawarij)[a]
Arab Pemberontak:
Angkatan Aisyah
Angkatan Muawiyah I
Lain-lain
(Khawarij)[a]
Komandan dan pemimpin
Ali bin Abi Talib
Malik al-Ashtar
Aisyah Abu Bakar
Talhah ibn Ubaidillah
Zubair ibn Awwam
Muawiyah ibn Abu Sufyan
Amr al-Aas[b]
  1. Golongan Khawarij asalnya merupakan penyokong Ali yang kemudian berpaling tadah dan berseteru dengan kedua-dua pihak.
  2. 'Amr ibn al-'Aas asalnya merupakan penyokong Ali, namun kemudian memihak kepada Muawiyah.

Fitnah ini bermula sebagai satu siri pemberontakan terhadap Imam Ali bin Abi Talib, yang merupakan Khalifah al-Rasyidin keempat dan terakhir, berpunca daripada kontroversi pembunuhan pendahulunya, Uthman bin Affan. Ia berlangsung di sepanjang pemerintahan Ali, dan pengakhirannya menyaksikan naiknya Muawiyah I sebagai khalifah (dan pengasasan wangsa Umayyah), dan perjanjian damai di antara Muawiyah dengan Hassan bin Ali.

NotaSunting

  1. ^ Lihat:
    • Lapidus (2002), m/s. 47
    • Holt (1977), m/s. 70-72
    • Tabatabaei (1979), m/s. 50-57

SumberSunting

  • Holt, P. M. (1977). Cambridge History of Islam, Vol. 1. Cambridge University Press. ISBN 0521291364.
  • Lapidus, Ira (2002). A History of Islamic Societies (ed. 2nd). Cambridge University Press. ISBN 978-0521779333.
  • Tabatabae, Sayyid Mohammad Hosayn (1979). Shi'ite Islam. Suny press. ISBN 0-87395-272-3.