Flydubai

syarikat penerbangan kos rendah milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu

Perbadanan Penerbangan Dubai, beroperasi sebagai Flydubai (digayakan sebagai flydubai, dari bahasa Inggeris: Fly Dubai, lit.'Terbang Dubai'), ialah sebuah syarikat penerbangan milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Syarikat penerbangan ini beroperasi dari Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, bagaimana sesetangan penerbangan beroperasi dari Terminal 3.[3][4] Syarikat penerbangan ini beroperasi di 124 tempat tuju, merangkumi Timur Tengah, Afrika, Asia dan Eropah dari Dubai.[1][5]

Flydubai
فلاي دبي
IATA ICAO Pengenal
FZ FDB SKYDUBAI
Ditubuhkan19 Mac 2008
Bermula operasi1 Jun 2009
Hab
Program kesetiaanEmirates Skywards
Pesawat80
Destinasi124[1]
Syarikat indukPerbadanan Pelaburan Dubai
Ibu pejabatDubai, Emiriah Arab Bersatu
Orang penting
Pekerja3321 (Jun 2015)[2]
Laman webflydubai.com

Sejarah sunting

Pada Julai 2008, pemerintah Dubai menubuhkan syarikat penerbangan ini.[6] Walaupun Flydubai bukan sebahagian daripada Kumpulan The Emirates, Emirates menyokong Flydubai semasa fasa penubuhan awalnya.[7]

Pada 14 Julai 2008, Flydubai menandatangani sebuah aturan teguh dengan pengeluar kapal terbang Amerika Boeing pada Pameran Udara Farnborough untuk 50 unit Boeing 737-800 dengam nilai keseluruhan US$3.74 billion, dengan pilihan untuk mengubah aturan untuk jenis Boeing 737-900ER yang lebih besar dan panjang, mengikut permintaan syarikat penerbangan.[perlu rujukan] Kapal terbang pertama tiba pada 17 Mei 2009.[perlu rujukan] Penerbangan dijadualkan pada 1 Jun, dengan perkhidmatan ke Beirut, Lubnan, dan Amman, Jordan. Sejak itu, jaringan laluan menjadi semakin berkembang.

Pada 13 Februari 2013, Flydubai mengumumkan bahawa mereka dalam perbincangan dengan Boeing dan Airbus untuk sebuah tempahan 50 buah kapal terbang.[8][9] Pada 19 Jun 2013, syarikat penerbangan ini mengumumkan akan menambah perkhidmatan tempat duduk kelas perniagaan dalam penerbangan mereka.[10] Kabin kelas perniagaan akan menampilkan 12 buah tempat duduk antara lorong dan tingkap, hidangan tiga jenis sajian, televisyen 12 inci, sebuah ruang menunggu kelas perniagaan, tempat duduk kulit Itali dalam tawaran mereka untuk menawan pengembara usahawan di Emiriah, capaian kepada lebih 200 filem, dan palam kuasa yang sesuai dengan soket dari lebih 170 buah negara.[11][12]

Pada Mac 2019, Flydubai menanggung kerugian disebabkan isu pekandasan kapal terbang Boeing 737 Max seluruh dunia. Syarikat miik negara itu mendakwa strategi pertumbuhan mereka terkesan dengan dahsyat disebabkan kejadian tersebut memandangkan mereka mempunyai 11 buah kapal terbang yang diperkatakan.[13]

Pada 4 November 2020, FlyDubai mengumumkan penerbangan terus mereka antara Tel Aviv dan Dubai bermula 26 November. Ini menjadi penanda kepada laluan penerbangan komersil pertama antara Dubai dan Tel Aviv.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "flydubai on ch-aviation". ch-aviation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-21.
  2. ^ "flydubai 2014 profits jump 19%". Emirates 24/7. Dicapai pada 10 June 2015.
  3. ^ "Select-flydubai-flights-to-operate-from-terminal-3-dubai-international". flydubai.com. 28 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 20 September 2010.
  4. ^ "flydubai-operations-dxb-terminal-3". flydubai.com. 24 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 9 December 2019.
  5. ^ "flydubai destinations." flydubai. Retrieved on June 27, 2013.
  6. ^ "Terms and conditions." flydubai. Retrieved on 21 June 2010. "The website is owned and operated by Flydubai, whose principal office is at Dubai International Airport, Terminal 2, PO Box 353, Dubai, United Arab Emirates. Flydubai is a Dubai corporation formed by the government of Dubai in July 2008."
  7. ^ "Confident flydubai preparing for takeoff". Dicapai pada 9 May 2015.
  8. ^ "Budget Carrier FlyDubai In Talks For 50 Aircraft Order." Reuters. Retrieved on June 27, 2013.
  9. ^ "FlyDubai Considers 50 New Aircraft." Gulf News. Retrieved on June 27, 2013.
  10. ^ "Introducing Business Class." FlyDubai. Retrieved on June 27, 2013.
  11. ^ "FlyDubai Announces Of New Business Class Service Diarkibkan 2013-10-12 di Wayback Machine." 7DaysInDubai. Retrieved on June 27, 2013.
  12. ^ "FlyDubai Introduces Business Class Services." Gulf News. Retrieved on June 27, 2013.
  13. ^ "Budget Carrier Flydubai Slams Boeing for Loss of Business". Manufacturing.net (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-04. Dicapai pada 2020-03-04.
  14. ^ "Flydubai operates first scheduled Dubai-Tel Aviv flight - AeroTime" (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-26. Dicapai pada 2024-02-13.