Frozen (filem 2013)
Frozen[3] ialah sebuah filem komedi fantasi-muzikal dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures.[2] Ia merupakan filem animasi ke-53 di dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney. Berkisarkan daripada kisah dongeng Permaisuri Salji oleh Hans Christian Andersen, filem ini menonjolkan suara Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad dan Santino Fontana.
Frozen | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Chris Buck Jennifer Lee |
Penerbit | Peter Del Vecho John Lasseter |
Lakon layar oleh | Jennifer Lee |
Berdasarkan | The Snow Queen oleh Hans Christian Andersen |
Dibintangi oleh | Kristen Bell Idina Menzel Jonathan Groff Santino Fontana Josh Gad Alan Tudyk Chris Williams |
Muzik oleh | Christophe Beck[1] |
Syarikat penerbitan | |
Pengedar | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Mula ditayangkan | 27 November 2013 |
Tempoh tayangan | 103 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris (asal) Melayu (Malaysia) |
Filem ini mengisahkan seorang puteri yang berani dalam sebuah perjalanan epik bersama-sama seorang lelaki gunung yang lasak, rusa peliharaan yang setia dan orang salji untuk mencari kakaknya yang mempunyai kuasa ais yang menyebabkan kerajaannya berada dalam keadaan musim sejuk abadi.
SinopsisSunting
Ada dua orang Puteri Arendelle: Elsa (Idina Menzel), si bakal Permaisuri, dan Anna (Kristen Bell). Elsa dilahirkan dengan kuasa untuk mencipta salji dan ais. Ketika mereka masih kecil, pada suatu malam, adiknya, Anna mengejutkan kakaknya, Elsa untuk bermain.Ini kerana Anna ingin bermain bersama Elsa dengan menggunakan kuasa Elsa.Selepas bermain bersama orang salji ciptaannya,Olaf(Josh Gad), Elsa tercederakan Anna dengan kuasanya. Ibu bapanya yang merupakan raja dan permaisuri Arendelle membawa Anna kepada Grand Pabbie iaitu ketua trolls yang telah merawat dan membuang ingatan Anna tentang kuasa Elsa.Selepas Elsa gagal mengawal kuasanya, dia pergi bersembunyi, hanya untuk emosinya mencetuskan musim sejuk magis dan abadi yang membekukan kerajaan Arendelle. Duke Weselton (Alan Tudyk) yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang si raksasa, Elsa, untuk kepentingan jahatnya tersendiri.
Anna, seorang optimist yang berani, mesti mengharungi sebuah pengembaraan epik bersama dengan orang gunung ekstrem Kristoff (Jonathan Groff) dan rusa kutub pembantu Sven, menghadapi troll mistik,semasa dalam perjalanan ke Gunung Everest,mereka terserempak dengan Olaf dan memutuskan untuk membawa Olaf sekali kerana dia tahu di mana Elsa berada.Keadaan ekstrem seperti Gunung Everest dan magik di setiap penjuru dalam perlumbaan untuk mencari Elsa (kini dikenali sebagai Permaisuri Salji), menyelamatkan kerajaan mereka daripada musim sejuk abadi, dan membetulkan keadaan.[4][5][6]
Pelakon suaraSunting
Watak | Pelakon suara | ||||
---|---|---|---|---|---|
Nama | Gambaran | Inggeris | Malaysia | Indonesia | |
Elsa | Permaisuri Salji dan kakak Anna | Idina Menzel[7][8] | Marsha Milan Londoh Cik Mangga (versi kanak-kanak) [9] |
Lis Kurniasih Mikha Sherly Marpaung (nyanyian) | |
Anna | Seorang anggota keluarga diraja | Kristen Bell[7] | Liyana Jasmay Farhanah Izzati (versi kanak-kanak) Amylea Azizan[9]/ (nyanyian) |
Apriliana Suci Ariesta Nadia Meliyani (nyanyian) | |
Kristoff | Orang gunung, yang mempunyai seekor rusa kutub bernama Sven | Jonathan Groff[6][10] | Azran Ahmad | Ari Wibowo | |
Hans | Seorang putera dari negara jiran | Santino Fontana[6] | Lokman Aslam | Kamal Nasution | |
Olaf | Orang salji | Josh Gad[7][11][12] | Ray Era FM[9] | Adrian Warouw | |
Duke Weselton | ? | Alan Tudyk[12] | Mubarak Majid | ? | |
Oaken | Pemilik Wandering Oaken's Trading Post and Sauna | Chris Williams[13] | Imtiyaz | ? | |
Belum tersedia | ? | Ciarán Hinds[14] | ? | ? |
PenerbitanSunting
Walt Disney Animation Studios telah bekerja terhadap adaptasinya tersendiri untuk Permaisuri Salji, paling kini selepas dibatalkan pada hujung 2002.[15] Walau bagaimanapun, menjelang Mac 2010 Disney mengetepikan projek ini lagi.[16] Menjelang Jun 2010, Disney mengumumkan bahawa filem ini akan dihentikan sementara.[17] Pada 22 Disember 2011, ikutan kejayaan Tangled (dahulu Rapunzel), Disney mengumumkan tajuk baru untuk filem ini, Frozen, dan tarikh pengeluaran, 27 November 2013.[18] Sebulan kemudian, filem ini disahkan akan menjadi filem cetera animasi komputer dalam 3D stereoskopik, daripadanya sebalik animasi lukisan tangan. Pada 5 Mac 2012, pelakon Kristen Bell diumumkan akan menyumbangkan suaranya kepada watak utama, Anna; Chris Buck akan mengarah, dengan John Lasseter dan Peter Del Vecho sebagai penerbit.[19] Pada Jun 2012, Bell telah diumumkan akan menyuarakan Anna, pengimpi muda, dan Idina Menzel akan menyuarakan Elsa si Permaisuri Salji. Lagu-lagu akan dikarang oleh penggubah Broadway Robert Lopez dan isterinya Kristen Anderson-Lopez.[20] Ini jalan cerita mengikut Disney D23, "Untuk menghapuskan sumpahan tersebut yang memerangkap kerajaan dalam musim sejuk kekal, Anna berganding bahu bersama Kristoff, si orang gunung, dan pergi mengembara untuk mencari Ratu Salji, sambil menghadap keadaan ekstrem seperti di Everest, makhluk mistik dan magis."[21] Pada 30 November 2012, Jennifer Lee, salah satu pengarang lakon layar Wreck-It Ralph dan Frozen, telah diumukan untuk mengikuti Buck sebagai pengarah bersama.[22]
Runut bunyiSunting
RujukanSunting
- ^ "Christophe Beck to Score Disney's 'Frozen'". Film Music Reporter. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b "Disneyland Resort Debuts 'World of Color -- Winter Dreams,' a Merry New Spectacular for 2013 Holiday Season". PR Newswire. 27 Julai 2013. Dicapai pada 27 Julai 2013.
from the upcoming Walt Disney Pictures animated feature "Frozen,"
- ^ "Frozen (2013) - Release Info - MNDb" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Februari 2014.
- ^ Keegan, Rebecca (9 Mei 2013). "Disney is reanimated with 'Frozen,' 'Big Hero 6'". Lost Angeles Times. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Nicholson, Max (1 Ogos 2012). "What is Disney's Frozen All About?". IGN. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b c Alexander, Bryan (17 Jun 2013). "'Frozen' defrosts Kristen Bell's Disney dreams". USA Today. Dicapai pada 18 Jun 2013.
- ^ a b c Nachman, Brett (16 Ogos 2012). "Disney In Depth: The Future Of Disney Animation (Frozen, Paperman, & Wreck-It Ralph) – A Recap Of D23's Destination D Event". Geeks of Doom. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ Breznican, Anthony (11 Jun 2012). "Disney's 'Frozen': Kristen Bell and Idina Menzel to voice animated tale". Entertainment Weekly. Dicapai pada 23 Jun 2013.
- ^ a b c "FROZEN (BM)". Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ "Jonathan Groff joins Disney's Frozen Voice Cast". ComingSoon.net. 19 Disember 2012. Dicapai pada 19 Disember 2012.
- ^ Sarto, Dan (21 Februari 2013). "Oscar® Tour SoCal Day 2 Continues at Disney Feature Animation". Animation World Network. Dicapai pada 28 Februari 2013.
- ^ a b Snetiker, Marc (18 Jun 2013). "Santino Fontana and Josh Gad Join Disney's Frozen, Starring Jonathan Groff & Idina Menzel". Broadway.com. Dicapai pada 18 Jun 2013.
- ^ "'Frozen' Movie Stills - Oaken (voiced by Chris Williams)". Yahoo!. 11 Julai 2013. Dicapai pada 11 Julai 2013.
- ^ First Look at Disneys Frozen for 27 November Premiere
- ^ Blueskydisney.blogspot.com
- ^ Dawn C. Chmielewski and Claudia Eller (9 Mac 2010). "Disney restyles 'Rapunzel' to appeal to boys". Los Angeles Times. Dicapai pada 6 April 2010.
- ^ "The Lion King Goes 3D". ComingSoon. 22 Jun 2010. Dicapai pada 12 Januari 2012.
- ^ Sciretta, Peter (22 Disember 2011). "Walt Disney Animation Gives 'The Snow Queen' New Life, Retitled 'Frozen' – But Will It Be Hand Drawn?". SlashFilm. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Todd Gilchrist (2012-03-05). "Kristen Bell Set to Star in Stage Adaptation 'Some Girls', Animated Feature 'Frozen'(Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2012-03-05.
- ^ "Frozen". www.bcdb.com, 10 Jun 2012
- ^ "Frozen in Theaters November 2013". Disney D23. 11 Jun 2012. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ Fleming, Mike (29 November 2012). "Jennifer Lee To Co-Direct Disney Animated Film 'Frozen'". Deadline. Dicapai pada 29 November 2012.
Bacaan lanjutSunting
- Solomon, Charles (December 3, 2013). The Art of Frozen. San Francisco: Chronicle Books. ISBN 9781452117164. OCLC 843955758.
- Lee, Jennifer (2013). "Frozen's Final Shooting Draft" (PDF). Walt Disney Animation Studios. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada April 1, 2014. Dicapai pada February 20, 2014.
Pautan luarSunting
- Tapak web rasmi
- Frozen di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Frozen di Pangkalan Data Big Cartoon
- Frozen di Box Office Mojo
- Frozen di Metacritic
- Frozen di Rotten Tomatoes