Cakera Blu-ray

(Dilencongkan daripada Blu-ray)

Cakera Blu-ray [3] (bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.

Cakera Blu-ray
Bahagian belakang Cakera Blu-ray
Jenis mediaCakera optik berketumpatan tinggi
PengekodanH.262/MPEG-2 Part 2
H.264/MPEG-4 AVC
VC-1
Kapasiti25 GB (lapisan tunggal)
50 GB (dwilapisan)
100/128 GB (BDXL)
Saiz blok64 kb ECC
Mekanisme bacaDiod laser 405 nm:
1× @ 36 Mbit/s (4.5 MB/s)
Dibangunkan olehBlu-ray Disc Association[1]
Dimensi120 mm (diameter)
1.2 mm (ketebalan)[2]
KegunaanStoran data
Video definisi tinggi (1080p)
Audio definisi tinggi
3D stereoskopi
Permainan PlayStation 3
Optical discs
Optical media types
Standards
Further reading

Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.

Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.

Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008[4].

Sejarah

sunting
 
Cakera Blu-ray Tulis Semula (BD-RE) kosong

Pada tahun 1998, set HDTV komersial memasuki pasaran pengguna; namun, tiadanya cara yang berkesan dan murah untuk merakam atau memainkan kandungan HD. Memang tiada satu pun media boleh menyimpan amaun data sebegitu, kecuali Digital VHS JVC dan HDCAM Sony.[5] Namun begitu, adalah dikeahui bahawa penggunaan laser dengan jarak gelombang lebih pendek akan membolehkan storan optik berkemampatan tinggi. Penciptaan diod laser biru yang praktikal oleh Shuji Nakamura timbul sebagai sensasi, namun tuntutan mahkamah paten yang berpanjangan menangguhkan pengeluaran komersial.[6]

Asal-usul

sunting

Sony memulakan dua projek yang menggunakan diod-diod baru itu: UDO (Ultra Density Optical) dan DVR Blue (bersama Pioneer), satu format cakera boleh tulis semula yang kemudian menjadi Cakera Blu-ray (khususnya, BD-RE).[7] Teknologi-teknologi teras format-format ini serupa pada asasnya.

Prototaip-prototaip DVR Blue yang pertama didedahkan di pameran CEATEC pada bulan Oktober 2000.[8] Oleh sebab piawaian Cakera Blu-ray meletakkan lapisan rakaman data agak rapat pada permukaan cakera, cakera-cakera awal amat terdedah pada pengotoran dan calar dan terpaksa dilitupkan dalam kartrij plastik untuk perlindungan. Pada Februari 2002, projek itu dirasmikan sebagai Blu-ray,[9] dan Persatuan Cakera Blu-ray diasaskan oleh sembilan ahli awal.

Peranti pengguna pertama berada di kedai pada 10 April 2003. Peranti ini merupakan Sony BDZ-S77; perakam BD-RE yang hanya didapati di Jepun. Harga yang dicadangkan ialah AS$3800;[10] namun belum ada lagi piawaian untuk video prarakam dan tiadanya filem yang dikeluarkan untuk pemain ini. Piawaian Cakera Blu-ray masih bertahun-tahun ke hadapan, kerana sistem DRM yang baru dan terjamin diperlukan sebelum dapat diterima studio-studio Hollywood tanpa hendak mengulangi kegagalan Content Scramble System untuk DVD.

Saingan dari HD DVD

sunting

Forum DVD (yang dikerusi Toshiba) asalnya amat berbelah-bagi sama ada untuk meneruskan dengan laser biru yang lebih mahal atau tidak. Pada bulan Mac 2002, forum ini mengundi meluluskan cadangan yang didukung Warner Bros. dan studio filem lain yang melibatkan pemampatan kandungan HD pada cakera dwilapisan DVD-9.[11][12] Sungguhpun begitulah keputusannya, namun Jawatankuasa Pengemudian Forum DVD mengumumkan pada bulan April hasratnya untuk memajukan idea definisi tinggi laser biru sendiri.[13] Pada bulan Ogos, Toshiba dan NEC mengumumkan piawaian saingannya iaitu Advanced Optical Disc.[14] Piawaian itu akhirnya diterima oleh Forum DVD Forum lalu dinamakan semula HD DVD pada tahun berikutnya,[15] selepas dua kali ditolak secara undian oleh ahli-ahli Persatuan Cakera Blu-ray, lalu mendorong Jabatan Keadilan A.S. untuk mengjalankan siasatan awal dalam situasi ini.[16][17]

Penetapan format Cakera Blu-ray

sunting

Spesifikasi fizikal Cakera Blu-ray selesai pada tahun 2004.[18] Pada Januari 2005, TDK mengumumkan pengembangan polimer lapisan kerasnya untuk Cakera Blu-ray[19], maka kartrij-kartrij perlindungan tidak diperlukan lagi. Spesifikasi BD-ROM ditetapkan pada awal tahun 2006.[20] AACS LA, sebuah konsortium yang diasaskan pada tahun 2004,[21] telah memajukan platform DRM yang boleh digunakan untuk mengedarkan filem kepada pengguna dengan selamat. Namun begitu, piawaian AACS muktamad tertangguh,[22] kemudian tertangguh lagi apabila seorang ahli penting dalam kumpulan Cakera Blu-ray menyuarakan kebimbangan.[23] Atas permintaan pengeluar peranti terawal, termasuk Toshiba, Pioneer dan Samsung, diterbitkan satu piawaian sementara yang tidak merangkumi beberapa ciri-ciri, seperti salinan terurus.[24]

Perkembangan pelancaran dan jualan

sunting

Pemain BD-ROM terawal diedar pada pertengahan Jun 2006, namun pemain HD DVD sudah ada di pasaran sejak beberapa bulan sebelumnya.[25][26]

Judul-judul Cakera Blu-ray terawal keluar pada 20 Jun 2006, menggunakan mampatan video MPEG-2, iaitu kaedah sama yang digunakan pada DVD. Keluaran pertama yang menggunakan codec VC-1 dan AVC yang baru diperkenalkan pada bulan September 2006.[27] Fielm-filem pertama yang menggunakan cakera dwilapisan (50 GB) diperkenalkan pada bulan Oktober 2006.[28]

Pemacu Cakera Blu-Ray boleh tulis semula pasaran massa yang pertama untuk PC ialah BWU-100A keluaran Sony pada 18 Julai 2006. Pemacu ini merakam kedua-dua cakera BD-R lapisan tunggal dan ganda serta cakera BD-RE dan berharga AS$699.

HD DVD mendahului di pasaran video definisi tinggi sementara jualan Cakera Blu-ray mula-mulanya agak lembab. Pemain Cakera Blu-ray pertama didapati mahal dan tidak sempurna, lebih-lebih lagi tidak banyak judul BD yang ada.[29] Keadaan ini berubah apabila keluarnya PlayStation 3, kerana setiap unit PS3 juga berfungsi sebagai pemain Cakera Blu-ray Disc. Menjelang Januari 2007, Cakera Blu-ray mengatasi HD DVD,[30] dan ketika tiga suku pertama tahun 2007, BD mendahului HD DVD dua lawan satu.[31]

Tamatnya perang format

sunting

Pada bulan Januari 2008, sehari sebelum CES 2008, Warner Bros.,satu-satunya studio utama yang mengeluarkan filem dalam kedua-dua format HD DVD dan Cakera Blu-ray, mengumumkan bahawa pihaknya akan hanya mengeluarkan filem dalam Cakera Blu-ray selepas bulan Mei 2008. Ini turut melibatkan sudio-studio lain di bawah bumbung Warner,seperti New Line Cinema dan HBO. Ini membawa kepada tindak balas rantai dalam industri, termasuk peruncit utama AS seperti Wal-Mart menggugurkan HD DVD dari jualan. Sebuah peruncit besar Eropah, iaitu Woolworths, turut menggugurkan HD DVD dari bekalannya. Netflix, laman penyewaan DVD Internet utama mengumumkan pemberhentian bekalan HD DVD baru. Berikutan perkembangan ini, pada 19 Februari 2008, Toshiba mengumumkan penamatan pengeluaran peranti HD DVD [32], sekaligus membolehkan Cakera Blu-ray menjadi piawaian industri untuk cakera optik definisi tinggi. Universal Studios, satu-satunya studio perfileman utama yang menyokong HD DVD sejak pengenalan, berkata sejurus selepas pengumuman Toshiba itu, "walaupun Universal menghargai persahabtan rapat yang kita berkongsi dengan Toshiba, masanya telah tiba untuk mengalihkan tumpuan kita pada pengeluaran judul-judul baru dan katalog dalam Cakera Blu-ray."[33] Paramount Studios yang mula mengeluarkan filem hanya dalam format HD DVD ketika akhir tahun 2007, juga meluahkan hasratnya untuk memulakan pengeluaran dalam Cakera Blu-ray. Oleh itu, semua studio Hollywood utama kini mendukung Cakera Blu-ray. [34]

Spesifikasi Teknikal

sunting
  • Jumlah video berdefinisi tinggi (HD) yang boleh disimpan didalam cakera berkapasiti 50 GB adalah selama 9 jam.
  • Jumlah video berdefinisi standard (SD) yang boleh disimpan didalam cakera berkapasiti 50 GB adalah selama 23 jam.
  • Secara purata, 135 minit video berdefinisi tinggi boleh disimpan didalam cakera satu lapisan dengan menggunakan MPEG-2 serta 2 jam tambahan bahan-bahan bonus dalam video berdefinisi standard. Manakala 3 jam video HD boleh dimuatkan didalam cakera dwi lapisan dan 9 jam tambahan bahan-bahan bonus dalam video SD.


Saiz Fizikal Muatan satu lapisan Muatan dwi lapisan Kapasiti empat lapisan Kapasiti enam lapisan
12 cm, sebelah 25 GB (23.3 GiB) 50 GB (46.6 GiB) 100 GB (93.2 GiB) 200 GB (186.4 GiB)
12 cm, dwibelah 50 GB (46.6 GiB) 100 GB (93.2 GiB) 200 GB (186.4 GiB)
Tiada
8 cm, sebelah 7.8 GB (7.3 GiB) 15.6 GB (14.5 GiB)
Tiada
Tiada
8 cm, dwibelah 15.6 GB (14.5 GiB) 31.2 GB (29 GiB)
Tiada
Tiada


Kod rantau

sunting

Seperti juga DVD, cakera Blu-ray juga menggunakan kod rantau, yang melambangkan tempat-tempat atau negara-negara di dunia di mana sesuatu filem cakera Blu-ray ditujukan untuk pengedaran dan penjualan. Tetapi kod-kod rantau yang dikhaskan untuk cakera Blu-ray adalah berbeza dengan kod-kod rantau yang digunakan untuk format DVD.

 
Peta menunjukkan kod setempat bagi Blu-Ray.


Kod rantau Kawasan-kawasan yang terlibat
A/1
Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara.
B/2
Eropah, Greenland, Wilayah-wilayah Jajahan Perancis, Timur Tengah, Afrika, Australia dan New Zealand.
C/3
India, Nepal, Tanah Besar China, Rusia, Asia Tengah and Asia Selatan.


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Blu-ray FAQ. Blu-ray.com. Dicapai pada 2010-12-22.
  2. ^ http://www.blu-ray.com/faq/#bluray_vs_dvd_comparison
  3. ^ Sabah & Sarawak: RM7 sekeping.
  4. ^ http://www.engadget.com/2008/02/19/official-hd-dvd-dead-and-buried-format-war-is-over/
  5. ^ Evan Ramstad (1998-04-08). "In HDTV Age, Successor to VCR Still Seems to Be a Long Way Off". online.wsj.com. Dicapai pada 2007-10-18.
  6. ^ Martyn Williams (2002-08-12). "Opening the Door for New Storage Options". pcworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-06. Dicapai pada 2007-10-18.
  7. ^ S.B. Luitjens (2001-06-15). "Blue laser bolsters DTV storage, features". planetanalog.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-07-01. Dicapai pada 2007-10-19.
  8. ^ "Sony Shows 'DVR-Blue' Prototype". cdrinfo.com. 2000-10-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-29. Dicapai pada 2007-10-17.
  9. ^ Barry Fox (2002-02-19). "Replacement for DVD unveiled". newscientist.com. Dicapai pada 2007-10-17.
  10. ^ Maxim Liadov. "SONY BDZ-S77 Recorder Review". pricenfees.com. Dicapai pada 2007-10-19.
  11. ^ Junko Yoshida (2002-03-01). "Picture's fuzzy for DVD". eetimes.com. Dicapai pada 2007-10-19.
  12. ^ Junko Yoshida (2001-12-12). "Forum to weigh Microsoft's Corona as DVD encoder". eetimes.com. Dicapai pada 2007-10-19.
  13. ^ Philip De Lancie (2002-06-01). "HD on DVD". emedialive.com. Dicapai pada 2007-10-19.
  14. ^ "Toshiba, NEC Share Details of Blue-Laser Storage". pcworld.com. 2002-08-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-06. Dicapai pada 2007-10-18.
  15. ^ "DVD Forum backs Toshiba-NEC format". theinquirer.net. 2003-11-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-21. Dicapai pada 2007-10-18.
  16. ^ "Opinion: Trust's worth".
  17. ^ "Lieberfarb lobs charges at Blu-ray".
  18. ^ Martyn Williams (2004-08-05). "New Blu-ray Details Emerge". pcworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada 2008-02-26. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  19. ^ "Exclusive TDK Durabis Coating Technology Makes Cartridge-Free, Ultra-Durable Blu-ray Discs a Reality". physorg.com. 2005-01-09. Dicapai pada 2007-10-18.
  20. ^ Tony Smith (2006-01-06). "Blu-ray Disc developers complete specification". theregister.co.uk. Dicapai pada 2007-10-17.
  21. ^ Katie Dean (2004-07-15). "Can Odd Alliance Beat Pirates?". wired.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-11. Dicapai pada 2007-10-19.
  22. ^ Martyn Williams (2005-12-14). "Toshiba Hints at HD DVD Delay". pcworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-05. Dicapai pada 2007-10-19.
  23. ^ Craig Morris (2006-02-14). "AACS copy protection for Blu-ray Disc and HD DVD delayed again". heise.de. Dicapai pada 2007-10-19.
  24. ^ Melissa J. Perenson (2006-03-21). "Burning Questions: No Copying From First High-Def Players". pcworld.com. Dicapai pada 2007-10-19.
  25. ^ "Toshiba Starts Selling HD DVD Players in Japan". foxnews.com. 2006-03-31. Dicapai pada 2007-10-17.
  26. ^ Dan Costa (2006-06-15). "Samsung Ships the First Blu-ray Player". pcmag.com. Dicapai pada 2007-10-17.
  27. ^ Full Specs in for Warner's Sept 26 Lineup; Studio to Go VC-1 for Blu-ray?, BLU-RAY NEWS, High-Def Digest, 30 Oogs 2006
  28. ^ Bracke, Peter M. (2006-10-10). "Click: Blu-ray Disc review". HighDefDigest.com. Dicapai pada 2007-09-15.
  29. ^ David Katzmaier (2006-06-30). "Samsung BD-P1000 Review". cnet.com. Dicapai pada 2007-10-18.
  30. ^ Stephanie Prange (2007-02-23). "Blu-ray Tips Scales". homemediamagazine.com. Dicapai pada 2007-10-18.
  31. ^ Sarah McBride (2007-09-30). "DVD formats Blu-ray, HD square off". charleston.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-25. Dicapai pada 2007-10-18.
  32. ^ BBC News (2008-02-19). "Toshiba drops out of the HD DVD war". Dicapai pada 2008-02-19.
  33. ^ Los Angeles Times (2008-02-20). "Blu-ray winner by KO in high-definition war". Dicapai pada 2008-02-22.
  34. ^ http://www.blu-ray.com/news/?id=1007

Pautan luar

sunting