Ganga Nayar (Bahasa Tamil: கங்கா நாயர்) (lahir: 3 Ogos 1923; meninggal dunia: 3 April 2009)[3] merupakan seorang ahli politik Malaysia keturunan Tamil Sri Lanka yang mengasaskan Parti Buruh Malaysia. Beliau dikenali sebagai wanita pertama yang memimpin sebuah parti politik di Malaysia..[4]

கங்கா நாயர்
Ganga Nayar
Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor
Dalam jawatan
1969–1974
Pengasas Parti Harapan Negara
Pembentukan Parti: 1978
Maklumat peribadi
Lahir(1923-08-03)3 Ogos 1923
Jaffna, Ceylon, (kini Sri Lanka)
Mati3 April 2009(2009-04-03) (umur 85)[1][2]
Parti politikParti Buruh Malaya (1958-1972)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (1972-1974)
Parti Tindakan Demokratik (DAP) (1974-1978)
Parti Harapan Negara (1978-2009)
PasanganCV Nair
Anak8
Pekerjaanahli politik

Ganga Nayar juga dikenali sebagai wanita India pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri dalam sejarah Malaysia. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Serendah di negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969.[5]

Kehidupan Politik

sunting

Pada tahun 1958, ketika berusia 34 tahun, Ganga Nayar menyertai Parti Buruh Malaya.

Ketika memasuki dunia politik, kenyataan pertama Ganga Nayar adalah:

  • "Berpolitik sambil berkhidmat dan berkhidmat tanpa politik adalah dua perkara yang berbeza. Dalam politik, seseorang boleh bekerja dengan penuh tekad dan kuasa. Tanpa politik, hanya boleh bekerja dengan cara yang terbatas dan kurang berkesan."

Barisan Sosialis

sunting

1Pada tahun 1960-an, Parti Buruh dan Parti Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan Peoples' Socialist Front) menghadapi tekanan berat akibat Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Selepas itu, Ganga Nayar menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), sebuah parti yang ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum 1969

Beliau dilantik sebagai ketua pertama bagi sayap Wanita Parti Gerakan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969, beliau bertanding mewakili Parti Gerakan di kerusi Dewan Undangan Negeri Serendah, yang mempunyai 14,000 pengundi. Walaupun beliau merupakan Ketua Cawangan Gerakan Sentul, beliau didesak untuk bertanding di Serendah.

Kawasan Parlimen Setapak

sunting

Pada tahun 1974, beliau keluar daripada Parti Gerakan dan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dalam percubaan pertamanya untuk kerusi Parlimen Setapak, Kuala Lumpur, beliau gagal. Pada tahun 1975, ketika menjadi Ketua Cawangan DAP Damansara, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut.

Pada Januari 1978, Ganga Nayar menubuhkan Parti Pekerja (Worker's Party), yang juga dikenali dengan nama jolokan "Parti Wanita" (Women's Party). Beliau memimpin parti itu sebagai pengerusi. Dalam Pilihan Raya Umum 1978, beliau bertanding sebagai calon tunggal bagi parti tersebut.

Beliau turut bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besi dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Way. Namun, beliau mengalami kekalahan di kedua-dua kawasan tersebut.

Parti Pekerja

sunting

Parti Pekerja, yang ditubuhkan oleh Ganga Nayar pada tahun 1978, kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).[6]

Kehidupan Peribadi

sunting

Bapa Ganga Nayar berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Agung Malaysia dan dikenali sebagai pemimpin dalam komuniti Sri Lanka di Malaya. Ibunya pula bekerja sebagai seorang guru. Ganga Nayar berkahwin dengan seorang wartawan, C.V. Nayar, dan pasangan ini dikurniakan 8 orang anak

Ganga Nayar meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya yang terletak di kawasan Setapak, Kuala Lumpur.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Al kisah... Dulu Parti Cap Cangkul kini PAN". 13 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  2. ^ "Ganga Nayar : Amanah Warisi Perjuangan Komunisme ?". 2015-09-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 2017-11-08.
  3. ^ John Victor Morais. Who's who in Malaysia and Guide to Singapore (ed. 1975). m/s. 82.
  4. ^ "Google News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-30. Dicapai pada 2021-11-30.
  5. ^ "First Indian woman rep bemoans racial politics". 6 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 1 September 2015.
  6. ^ "Workers Party Malaysia changes name at EGM". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2023.