Gelang pasir, rumput beremi, atau segan jantan ialah tumbuhan sukulen semusim dalam famili Portulacaceae yang dapat mencapai 40 sentimeter tingginya. Sekitar 40 jenis kini ditanam.[1] Gelang pasir mempunyai taburan Dunia Lama yang meluas dan menjangkau dari Afrika Utara ke Timur Tengah (dikenali sebagai الرجلة atau البقلة) dan subbenua India sehingga Malesia dan Australasia. Status spesies ini di Dunia Baharu tidak pasti: ia umumnya dianggap sebagai rumpai eksotik; bagaimanapun, terdapat bukti bahawa spesies ini wujud di mendapan Tasik Crawford (Ontario) pada 1430-1489 dan dengan itu, membayangkan bahawa tumbuhan ini tiba di Amerika Utara pada zaman pra-Columbus.[2] Ia dinaturalisasikan di pelbagai wilayah yang lain dan di sesetengah wilayah, dianggap sebagai rumpai yang invasif. Daunnya disusun secara selang-seli dan berumpun pada buku dan hujung batang. Bunga berwarna kuning dan mempunyai lima bahagian sekata yang lebarnya sehingga 6 mm. Bunga-bunga gelang pasir boleh muncul pada sepanjang tahun, bergantung kepada hujan yang mencukupi. Gelang pasir berbunga satu demi satu pada pusat gugusan daun buat beberapa jam sahaja pada setiap pagi yang cerah. Ia mempunyai akar tunjang dan cabang akar yang berserabut. Gelang pasir dapat bertahan terhadap tanah padat yang tidak subur serta juga terhadap kemarau.

Gelang Pasir
ݢلڠ ڤاسير
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. oleracea
Nama binomial
Portulaca oleracea
Sinonim

Portulacaria oleracea

Ia boleh dibuat ulam dengan memakan mentah seluruh bahagiannya kecuali akar. Rasanya sedikit masam.

Ciri-ciri botani

sunting
 
Lukisan botani gelang pasir.

Gelang pasir mempunyai batang licin yang berwarna kemerah-merahan, dengan kebanyakannya menjalar. Ia tumbuhan renek kecil batang lembut tumbuh merayap di atas tanah. Batangnya mengandungi banyak air, tidak berkayu, berwarna hijau kecoklatan. Daun tunggal, bulat membujur, sederhana kecil, tebal, tepi licin, bertangkai pendek, tersusun secara berpilin, berwarna hijau tua. Bunga majmuk, kecil, berwarna kuning, terdapat dalam jambak bunga yang tiada bertangkai, keluar pada celah ketiak daun di hujung pucuk. Buah berbentuk kapsul, mengandungi banyak biji dan bersifat bengang.

Penanaman

sunting

Ia senang tumbuh di kawasan yang lembab dan terdedah kepada cahaya matahari penuh.

Khasiat

sunting

Ia mengandungi karbohidrat, protein, lemak, aluminium, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, magnesium, manganes, natrium, urea, tanin, saponin, vitamin (A, B dan C), dan sebatian alkaloid.[perlu rujukan]

Ia dikatakan boleh merawat penyakit kencing tidak lawas, sembelit, reumatik, sakit puan, lemah jantung, badan lemah, stres, demam panas, keracunan, kecacingan, buasir, batu karang dan pendarahan dalam badan.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting
  1. ^ Marlena Spieler (July 5, 2006). "Something Tasty? Just Look Down". The New York Times.
  2. ^ Byrne, R. and McAndrews, J. H. (1975). "Pre-Columbian puslane (Portulaca oleracea L.) in the New World". Nature. 253 (5494): 726–727. doi:10.1038/253726a0.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

sunting