NBCUniversal Entertainment Japan
Geneon Entertainment, Inc. (ジェネオン エンタテインメント株式会社, Jeneon Entateinmento Kabushiki-gaisha) (asalnya dikenali sebagai Pioneer Entertainment, atau Pioneer LDC - Pioneer LaserDisc Company, bekas anak syarikat Pioneer) ialah sebuah syarikat perusahaan dan pengedaran anime Jepun dan hiburan rumah. Geneon telah terbabit dalam pengedaran dan penghasilan beberapa judul anime di Jepun. Cawangan Geneon di Amerika Utara berperanan dalam menterjemah dan mengedar barangan berkaitan dengan anime, misalnya seperti soundtrack, di kawasan tersebut. Geneon merupakan kata lakur kata-kata generate dan eon dalam bahasa Inggeris.
Gōdō gaisha Anak syarikat | |
Industri | Media massa |
Ditubuhkan | March, 1981 (sebagai Pioneer LDC) Oktober, 2003 (sebagai Geneon Entertainment) Februari, 2009 (sebagai Geneon Universal Entertainment) Disember, 2013 (sebagai NBCUniversal Entertainment Japan) |
Pengasas | Pioneer Corporation Victor Entertainment |
Ibu pejabat | Minato, Tokyo, Jepun |
Tempat diberi khidmat | Japan |
Keluaran | Anime, Filem, Muzik |
Pemilik | NBCUniversal (Comcast Corporation) |
Induk | Universal Pictures International Entertainment |
Pembahagian | Universal Pictures Home Entertainment Paramount Home Media Distribution Japan |
Laman sesawang rasmi | www |
SejarahSunting
Pertubuhan asalnya, iaitu Pioneer LDC, telah ditukar nama kepada nama Geneon setelah berlakunya pengambilalihan oleh Dentsu pada bulan Julai 2003.[1] Ibu syarikat Geneon merupakan Dentsu, iaitu sebuah syarikat berdasarkan pengiklanan dan hiburan, disenarai pada Bursa Saham Tokyo. Syarikat Geneon telah menghasilkan beberapa siri anime di Jepun serta beberapa buah filem dan siri televisyen.
RujukanSunting
- ^ "Dentsu acquires Pioneer". 2003-07-21. Dicapai pada 2007-09-16.
Pautan luarSunting
- Tapak web rasmi (Jepun)
- NBCUniversal Entertainment Japan di Ensiklopedia Anime News Network
- Geneon Universal Entertainment di Ensiklopedia Anime News Network
- Geneon Entertainment di Ensiklopedia Anime News Network
- Geneon USA di Ensiklopedia Anime News Network