Gerald Gadit (lahir 16 Mei 1999) merupakan seorang pemain bola sepak professional yang berasal dari Sabah, Malaysia, kini bermain untuk kelab Liga Super Malaysia, Sabah F.C.

Gerald Gadit
Fail:Gerald Gadit.webp
Gerald Gadit bermain untuk Sabah.
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerald Gadit
Tarikh lahir (1999-05-16) 16 Mei 1999 (umur 24)
Tempat lahir Sabah, Malaysia Malaysia
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah F.C.
Nombor 5
Kerjaya remaja
2019 SMK Datuk Peter Mojuntin
2021 Sabah U20
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2021 - Sabah 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2022 Malaysia B23 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gerald pernah dipanggil oleh jurulatih pasukan bola sepak Malaysia U-23, Brad Maloney pada saingan kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun.[1][2]

Kerjaya

Kelab

Sabah

Pada tahun 2021, Gerald yang pada ketika itu bemain untuk skuad Piala Presiden Sabah telah dipanggil menyertai pasukan senior Sabah F.C. untuk menghadapi aksi Liga Super Malaysia.[3]

Pasukan Kebangsaan

Pada Januari 2022, Gerald telah dipanggil bagi memperkukuhkan skuad bawah-23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Brad Maloney yang menyertai Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja yang berlangsung pada Februari 2022.[2]

Rujukan

  1. ^ "National under-23 squad begin centralised training minus maloney". The Sun Daily. 21 Januari 2022. Dicapai pada 23 Julai 2022 – melalui The Sun Daily.
  2. ^ a b "Shafi Azswad lengkapkan senarai skuad B-23 Maloney di Kemboja". Berita Harian Online. 13 Februari 2022 – melalui BHonline.
  3. ^ "Empat pemain muda sertai Sabah FC". 9 April 2021. Dicapai pada 23 Julai 2022 – melalui HarianMetro.

  Sabah FA