Ghazale Muhamad

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Ghazale Mohamad)

Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhamad ialah seorang ahli politik Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam sejak tahun 2008 hingga tahun 2013 dan ADUN Rim daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2013.[1]yb yang selalu turun ke kampung2

Datuk Wira

Ghazale Muhamad

DCSM (Melaka); JMN
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
11 Mei 2020 – 5 September 2021
SpeakerAb Rauf Yusoh
Didahului olehDr. Wong Fort Pin
Digantikan olehDira Abu Zahar
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Rim
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 5 September 2021
Didahului olehYazed Khamis
Digantikan olehDira Abu Zahar
Majoriti
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Serkam
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehDatuk Ahmad Hamzah
Digantikan olehZaidi Attan
Majoriti
Butiran peribadi
Parti politik UMNO

Kerjaya:

  • Timbalan Yang di-Pertua DUN (kini)
  • ADUN Rim (2013 hingga kini)
  • ADUN Serkam (2008 -2013)
  • Timbalan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka
  • Pengarah Bahagian Kesihatan dan Perlesenan MPJ

Lantikan GLC dan agensi:

  • Ahli Lembaga Pengarah Fama

Kerjaya politik sunting

Beliau pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagai Pengarah Bahagian Kesihatan dan Perlesenan. Beliau juga ialah Timbalan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Dalam partinya, beliau merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Jasin.[2]

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008 bagi kerusi Serkam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka[2] lalu menang dengan undian sebanyak 6,997 dengan majoriti 2,819 daripada 13,636 orang pengundi.[3]

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Rim dalam DUN Melaka[4] lalu menang dengan undian sebanyak 4,821 dengan majoriti 1,121 daripada 10,059 orang pengundi.[5]

Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 2018, beliau bertanding lagi di kerusi Rim.[6] lalu menang dengan undian sebanyak 5,301 dengan majoriti 536 daripada 13,689 orang pengundi.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Serkam (P139-N26)". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b "GHAZALE MUHAMAD". PRU di Sinar. Dicapai pada 22 April 2020.
  3. ^ "N26 Serkam: P139 - JASIN". undi.info. Dicapai pada 22 April 2020.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Keputusan PRU-13 Negeri Melaka". mSTAR Online. 6 Mei 2013. Dicapai pada 22 April 2020.
  5. ^ a b "N25 Rim: P139 - JASIN". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-29. Dicapai pada 22 April 2020.
  6. ^ Fairuz Zaidan; Amir Mamat; Norizzah Baharudin; Noor Azurin Mohd Sharif (23 April 2018). "Calon BN Melaka". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Dicapai pada 22 April 2020.