Zaidi Attan
Yang Berhormat Datuk Zaidi bin Attan ialah seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan ADUN Serkam daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2013.[2]
Yang Berhormat Datuk Zaidi Attan DMSM (Melaka) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Serkam | |
Memegang jawatan 5 Mei 2013[1] | |
Didahului oleh | Ghazale Muhamad |
Majoriti | |
Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin | |
Memegang jawatan 2018 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Umbai, Melaka |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Mazni Ramli (k. 2002) |
Anak-anak | 1 |
Kehidupan sunting
Beliau ialah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Beliau juga merupakan ahli parti UMNO daripada gabungan Barisan Nasional (BN).[3]
Beliau telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.[4]
Kerjaya politik sunting
Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Serkam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka[5] lalu menang dengan undian sebanyak 8,715 dengan majoriti 3,600 daripada 15,543 orang pengundi.[6]
Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Serkam.[7] lalu menang dengan undian sebanyak 6,401 dengan majoriti 2,737 daripada 15,748 orang pengundi.[6]
Kerjaya sunting
- Ahli perniagaan
- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam (2013-2021)
- Timbalan Pengerusi Air Melaka Sdn Bhd
- Timbalan Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka
- Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral Sdn Bhd
- Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Melaka Holding Sdn Bhd
- Ahli Lembaga Pengarah Pertam Construction Sdn Bhd
- Pengurus Plot 27 (Restoran, katering dan pemborong kraftangan)
- Jurutera
- Pengarah urusan
- Pengurus penyelenggaraan
Jawatan dalam politik sunting
- Naib Ketua Muafakat Nasional Parlimen Jasin
- Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin
Penglibatan sosial sunting
- Ahli Jawatankuasa Keris Malaysia
- Pengerusi Keris Negeri Melaka (BTN)
Pendidikan sunting
- Sekolah Menengah Teknik Melaka
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (UTM)
Rujukan sunting
- ^ "BN menang PRU13". Malaysiakini.com. 5 Mei 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ "Serkam (P139-N26)". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
- ^ "ZAIDI ATTAN". PRU di Sinar. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ Amir Mamat (8 Ogos 2016). "ADUN Serkam kemalangan". BH Online. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ "Keputusan PRU-13 Negeri Melaka". mSTAR Online. 6 Mei 2013. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ a b "N26 Serkam: P139 - JASIN". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
- ^ Fairuz Zaidan; Amir Mamat; Norizzah Baharudin; Noor Azurin Mohd Sharif (23 April 2018). "Calon BN Melaka". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Dicapai pada 21 April 2020.