Glasier Aletsch

glasier di Pergunungan Alps

Glasier Aletsch (Jerman: Aletschgletscher) atau Glasier Aletsch Besar (Jerman: Grosser Aletschgletscher) merupakan glasier yang terbesar di pergunungan Alps. Ia mempunyai panjang sekitar 23 km (14 bt) dan ia meliputi kawasan seluas 120 kilometer persegi (46 bt2) di timur Alps Bernese, Switzerland. Glasier ini terdiri daripada tiga glasier kecil yang tertumpu di Konkordiaplatz di mana ketebalannya dianggarkan hampir 1 km (3,300 kaki). Ia kemudiannya bersambung hingga ke lembah Rhone dan Sungai Massa.

Glasier Aletsch Besar
Grosser Aletschgletscher
Bahagian bawah glasier
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Switzerland relief" tidak wujud.
JenisGlasier lembah
Luas117.6 km2 (45.4 bt2)
Panjang23.6 km (14.7 bt) (2002)
Ketebalan900 m (3,000 ka) (Konkordiaplatz)

Keseluruhan kawasan termasuklah glasier lain adalah sebahagian daripada kawasan dilindungi Alps Swiss Jungfrau-Aletsch di mana ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2001.

Pautan luar

sunting