Gliserol kinase (nama alternatif termasuk ATP:gliserol 3-fosfotransferase atau gliserokinase) yang dikodkan oleh gen GK ialah satu enzim fosfotransferase yang terlibat dalam sintesis trigliserida dan gliserofosfolipid.

Gliserol kinase
Dimer gliserol kinase, E. coli
Pengenal pasti
Nombor EC2.7.1.30
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Gliserol kinase
Pengenal pasti
SimbolGK
Gen NCBI2710
HGNC4289
OMIM300474
RefSeqNM_000167
UniProtP32189
Other data
Nombor EC2.7.1.30
LokusKromosom X p21.3

Gliserol kinase memangkinkan pemindahan fosfat daripada ATP kepada gliserol lalu membentuk gliserol 3-fosfat:

ATP + gliserol <=> ADP + sn-gliserol 3-fosfat

Adiposit tidak ada gliserol kinase, menyebabkan ia tidak dapat memetabolismekan gliserol yang dihasilkan semasa penguraian triasilgliserol. Gliserol ini sebaliknya dialihkan ke hati melalui darah di mana ia:

Kawal atur enzim sunting

Protein ini mungkin menggunaan model morfein dalam kawal atur alosterik.[1]

Struktur sunting

Gliserol kinase menggunakan lipatan seperti ribonuklease H yang terdiri daripada sandwic dwilapisan alfa-beta keluarga CATH 3.30.420.40. Setakat 2010, terdapat 20 struktur protein ini dalam PDB, dengan kebanyakannya adalah homodimer.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Selwood T, Jaffe EK (March 2012). "Dynamic dissociating homo-oligomers and the control of protein function". Archives of Biochemistry and Biophysics. 519 (2): 131–43. doi:10.1016/j.abb.2011.11.020. PMC 3298769. PMID 22182754.

Pautan luar sunting