Gothik Malam Edan
Gothik Malam Edan ialah album studio kesebelas yang dihasilkan oleh kumpulan Search semenjak bersatu semula pada tahun 2003. Album keluaran tahun 2006 ini menyaksikan empat orang ahli lama, iaitu Amy (penyanyi utama dan gitar irama), Hillary Ang (gitar utama), Nasir Daud (bes) dan Yazit Ahmad (dram), bergabung semula manakala M. Nasir kembali sebagai penerbit sesebuah album Search semenjak Gema Di Timur Jauh.
Gothik Malam Edan | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 7 Julai 2006[1] | |||
Syarikat | LIFE Records | |||
Penerbit | Edrie Hashim & M. Nasir | |||
Kronologi Search | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Maklumat am
suntingSeperti dahulu kala, Amy kembali menyandang tugasnya sebagai penyanyi dan pemain gitar irama, Hillary sebagai pemain gitar utama, Nasir sebagai pemain gitar bes dan Yazid sebagai pemain dram; kali ini, diiringi oleh pemuzik undangan berikut: Firdaus Mahmud (strings & papan nada - "Lara Tari Pencinta", papan nada - "Menawan Raga"); Rudi Muhammad (piano - "Irama Marakas") serta penyanyi latar: Razif Hashim, Sharifah Sofia Syed Hussein dan Hassan Zakaria ("Memoria Anna"); Baby Akmal ("Gurindam Cinta Khayam"). Selain M. Nasir, Edrie Hashim turut menjadi penerbit bersama, dengan Search sendiri selaku penerbit eksekutif.
Album ini dirakam di Utusan Audio, Petaling Jaya dan Studio Ronggeng, Sungai Buloh, Selangor, diikuti kerja mastering di Mastering One. Sepatutnya album ini dikeluarkan selepas keluarnya EP Empire Garden yang memuatkan lagu "Ying & Yang", antara lainnya. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat diterbitkan atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, semua lagu dalam EP ini dimuatkan juga dalam album ini. Album ini diedarkan oleh Life Records, iaitu label ketiga yang disertai oleh Search untuk merakam album studio sepanjang kerjayanya selepas Polygram Records dan BMG. Edisi terhad cetakan awal cakera padat album ini menyertakan sekali VCD "Di sebalik tabir album Gothik Malam Edan".
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Memoria Anna" | Loloq & Edrie Hashim (skrip) | Edrie Hashim | 5.45 | |
2. | "Gothik Malam Edan" | Loloq | M. Nasir | 3.44 | |
3. | "Ampun" | Baim | Baim | 4.14 | |
4. | "Yin & Yang" | Loloq | M. Nasir | 5.10 | |
5. | "Gurindam Cinta Khayam" | Loloq | Edrie Hashim | 5.14 | |
6. | "Lara Tari Pencinta" | Edrie Hashim | Edrie Hashim | 4.20 | |
7. | "Irama Marakas" | Loloq | Edrie Hashim | 4.19 | |
8. | "Menawan Raga" | Loloq | M. Nasir | 4.19 | |
9. | "Penjaga Rahsia" | M. Nasir | M. Nasir | 6.31 | |
10. | "Nyata Dan Maya" | Ad Samad | Edrie Hashim | 4.25 | |
Rujukan
sunting- ^ "Gothik Malam Edan Search lebih 'keras'". Utusan Online. 8 Julai 2006. Dicapai pada 25 Januari 2010.[pautan mati kekal]
Pautan luar
sunting- MuzikROCK: Gothik Malam Edan (2006) Diarkibkan 2010-10-11 di Wayback Machine