Yazit Ahmad

pemain dram

Yazit Ahmad (10 Mei[1] 1962 — 26 September 2019)[2] merupakan seorang pemuzik Malaysia, terkenal sebagai pemain dram kumpulan Search yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya.[3] Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Rampage yang ditubuhkan pada 2001.[4] Beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Seniman Setiawangsa 2019.[5] Beliau juga merupakan abang kepada Zahid Ahmad yang turut mencipta nama sebagai pemain dram profesional tanah air.

Yazit Search
Nama lahirYazit bin Ahmad
Kelahiran(1962-05-10)10 Mei 1962
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia26 September 2019(2019-09-26) (umur 57)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemuzik, pemain dram
InstrumenDram
Tahun aktif1977–2019
Pengkarya berkait
Search, Rampage

Kerjaya muzik sunting

Kerjaya Yazit dalam bidang muzik bermula sejak remaja lagi. Beliau mula bermain dram di kelab Macinta, Johor Bahru sekitar akhir 1970-an. Turut bersamanya ketika itu ialah Nasir yang bermain bes.[6]

Yazit mengenali Amy dan Hillary Ang dengan menubuhkan kumpulan diberi nama The Second Traffic Jam. Mereka beraptai di sebuah studio di Komtar, Johor Bahru. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Hillary meninggalkan kumpulan itu untuk bermain muzik di sebuah kelab di Segamat. Pada tahun 1979, Hillary dan Yazit berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bermain muzik di kelab Red Rooster.[6] Beberapa bulan selepas itu mereka kembali ke Johor Bahru untuk mempelawa Amy menyertai kumpulan itu sekali gus membentuk Search. Ini diikuti dengan penyertaan Nasir dan ketika itulah nama Search mula dikenali di kelab-kelab rock di Kuala Lumpur. Sejak album sulung Search, Cinta Buatan Malaysia pada 1985, Yazit terbabit dalam semua proses rakaman album mereka kecuali album terbaru, Katharsis pada 2017.[6]

Pada tahun 1999, Yazit pernah bersendirian memperjuangkan Search ketika menghasilkan album Selepas Banjir bersama pemuzik yang asing dalam kalangan peminat Search iaitu Moq (penyanyi), Shah (gitar) dan Zam (bass). Yazit meninggalkan Search pada 2016 akibat masalah kesihatan selain konflik peribadi bersama Search. Beliau kemudian menubuhkan kumpulan Rampage yang dianggotai Moq (penyanyi), Zam (bass), Jemboo (gitar) dan Rithan (gitar).[6] Rampage merakamkan album pertama mereka bertajuk Rempuh pada 11 Oktober 2017.[7] "Apabila ada album baru, sekurang-kurangnya saya dapat bergerak ke sana ke mari berjumpa pelbagai pihak. Banyak perkara yang dapat saya lakukan antaranya berkongsi pengalaman dengan pemuzik dan peminat serta bercerita berkenaan album ini," Yazid berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro.[7]

Kehidupan peribadi sunting

Yazit berkahwin dengan Ramlah Ahmad dan dikurniakan tiga anak, Razilah, Shahmirnuri dan Shafiqa.[8]

Kematian dan legasi sunting

Yazit meninggal dunia pada 26 September 2019 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur akibat kerosakan otak pada jam 11.55 pagi. Yazit sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu.[9][10] Beliau turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2009.[11] Jenazah beliau dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih.[12]

Pemain gitar kumpulan Metalasia, Rizal Abdul Halim kagum dengan semangat kental ditunjukkan Yazit. "Beliau boleh dianggap sebagai pejuang muzik sejati, di mana dia sanggup untuk mengenepikan kesakitan dihadapi bagi memenuhi undang persembahan dan sebagainya".[13] Menurut M. Nasir, Yazit ialah seorang pemuzik sentimental, namun mempunyai semangat tinggi dalam memartabatkan industri muzik sehingga sanggup datang berjumpa dengan beliau menceritakan projek muzik akan datang sekalipun dalam keadaan sakit.[13] Rakan seperjuangan Yazit, Hillary menyifatkan beliau sebagai pemain dram terbaik yang pernah dimiliki oleh Search: "Ketika saya mula-mula melihat Yazit bermain, saya tahu beliau ialah pemain dram yang saya inginkan dalam Search. Tak ada ragu-ragu".[14]

Diskografi sunting

Search
Rampage
  • Rempuh (2017)

Anugerah sunting

  • Anugerah Ikon Seniman Setiawangsa 2019.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Yazit rai hari lahir dengan menu berbuka istimewa". BH Online. 11 Mei 2019. Dicapai pada 28 September 2019.
  2. ^ Yazit Search pergi buat selama-lamanya Malaysiakini (26 September 2019). Dicapai pada 27 September 2019.
  3. ^ Ketika Band Malaysia Kuasai Musik Indonesia KapanLagi.com (30 Jun 2012). Dicapai pada 18 Ogos 2012.
  4. ^ Ramlah Zainal (19 Disember 2018). Ketuk dram terapi Yazit Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2019.
  5. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (8 Ogos 2019). Yazit terima anugerah Ikon Seniman Setiawangsa Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2019.
  6. ^ a b c d Riadz Radzi (26 September 2019). Perginya 'rhythm' Search - Yazit Ahmad (1962 - 2019) Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
  7. ^ a b Ridzuan Abd Rahman (14 Oktober 2017). 'Saya tak pandai duduk diam' Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  8. ^ Hanisah Selamat (26 September 2019). Hasrat Yazit tunai umrah tidak kesampaian Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
  9. ^ Raja Hisyam Raja Zaid (3 September 2019). Yazit Search tunjuk perkembangan positif, keluar dari zon merah Astro Awani. Dicapai pada 26 September 2019.
  10. ^ Raja Hisyam Raja Zaid (3 September 2019). Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL Astro Awani. Dicapai pada 26 September 2019.
  11. ^ Yazit Search meninggal dunia Astro Awani (26 September 2019). Dicapai pada 26 September 2019.
  12. ^ Hanisah Selamat (26 September 2019). Yazit Search meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
  13. ^ a b Khairil Anwar Amin (26 September 2019). Perginya pejuang muzik sejati, legenda pemain dram negara Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
  14. ^ Yazit pemain dram terhebat pernah kami miliki - Hillary Ang Malaysiakini (29 September 2019). Dicapai pada 9 Oktober 2019.

Pautan luar sunting