Rock 'N' Roll Pie ialah album studio keluaran kugiran rock Malaysia, Search sempena ulang tahun ke-15 penubuhannya pada Mei 1996. Ini juga album terakhir Amy bersama Search sebelum disingkirkan kumpulan ini untuk mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

Rock 'N' Roll Pie
Album studio oleh
Dilancarkan pada1996
GenreHeavy metal, Groove metal
SyarikatBMG
Go-Search
PenerbitSearch
Kronologi Search
Gema di Timur Jauh
(1995)
Rock 'N' Roll Pie
(1996)
Bikin Wilayah
(1998)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Maklumat am sunting

Dengan kumpulan Search sendiri sebagai penerbit, diiringi Anuar Dahalan dan Mohd Firhad sebagai penerbit eksekutif, album ini dianggotai oleh Amy sebagai penyanyi, Noordin Taib sebagai pemain gitar elektrik dan gitar akustik, Hamzah Mohd Taib sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad selaku pemain dram, diiringi oleh Celestino (papan nada) dan Eddie Marzuki (strings).

Proses pembikinan album ini melibatkan hasil ciptaan penulis lagu tempatan dan luar negara, termasuk Klaus Meine dan Rudolf Schenker dari kumpulan Scorpions dari Jerman, dan Bartje van Houten, Titiek van Houten dan Farid Harja dari Indonesia. Album ini dirakam di Digit Studio diikuti proses mastering di 301 Studio, Sydney, Australia.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Panggung Khayalan"S. Amin ShahabKlaus Meine, Bartje Van Houten & Titiek Van Houten4.56
2."Seroja"S. Amin ShahabM. Nasir4.28
3."Rock & Roll Pie"Kristo BimboDin, Yazid, Kid & Amy4.39
4."Melintasi Batas"S. Amin ShahabAceh6.00
5."Satu Bangsa, Satu Arah"Kristo BimboDin4.50
6."Kereta Merah"Kristo BimboYazid, Din, Kid, Amy & Aceh4.43
7."Mengundur Waktu"S. Amin ShahabKlaus Meine, Rudolf Schenker & Farid Harja5.38
8."Diari Habil & Qabil"LoloqAceh & Amy5.09
9."Nantikan Gerimis"Kristo BimboAmy & Aceh6.13
10."Mata Kucing"Kristo BimboDin & Bai2.50


Pautan luar sunting