Gujeolpan merujuk kepada sama ada hidangan Korea rumit yang terdiri daripada aneka sembilan makanan yang berbeza di atas pinggan kayu dengan sembilan bahagian dibahagikan dalam bentuk yang oktagon atau merujuk pinggan itu sendiri. Nama ini terdiri daripada tiga perkataan hanja: gu (구, "sembilan" ), jeol (절, "bahagian"), dan pan (판, "pinggan") dalam bahasa Korea. Makanan yang diasingkan mengikut warna dan bahan, dan terdiri daripada pelbagai namul (sayur-sayuran daun yang diperisakan), daging, cendawan, dan makanan laut. Di tengah-tengah dulang adalah longgokan kecil jeon (lempeng gaya Korea) dibuat dengan tepung gandum, yang dipanggil miljeonbyeong (밀전병). Di samping penggunaannya sebagai pinggan makanan yang digunakan untuk menghidang banyak makanan sekaligus, gujeolpan juga dianggap sebagai barang hiasan.[1][2][3]

Gujeolpan
Nama Korea
Hangul구절판
Hanja
Perumian Semakangujeolpan
McCune–Reischauerkujŏlp'an

Sejarah dan tarikan estetika sunting

Sejarah gujeolpan bermula sejak seawal abad ke-14 yang mempunyai kaitan rapat dengan kerabat diraja Joseon. Pinggan oktagon itu sendiri boleh diperbuat daripada kayu atau plastik dan yang dibahagikan kepada lapan bahagian tepi dan satu bahagian tengah; menyerupai bunga. Ia juga boleh mempunyai ukiran rumit, pertatahan permata dan lukisan terperinci. Pinggan hidangan gujeolpan diraja asal dapat dilihat di muzium sebagai artifak yang dipamerkan dalam pembinaan semula meja makan diraja.

Gujeolpan dianggap sebagai salah satu hidangan hiasan yang paling indah dan berwarna-warni di Korea. Sembilan bahagian dibahagikan dengan berhati-hati dan dipelbagaikan dengan jumlah aneka daging dan sayur-sayuran yang sesuai untuk membuatnya berwarna-warni dan menarik. Malah telah dikatakan bahawa pengarang Pearl S. Buck berasa kagum dengan kecantikan dan penampilan berwarna-warni gujeolpan sehingga beliau tidak boleh berhenti memujinya, lalu, enggan memakannya kerana beliau tidak mahu "memusnahkan perkara yang sedemikian indah dengan memakannya."[1]

Penggunaan sunting

Apa yang pernah disediakan untuk bangsawan Korea kini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja di banyak tempat di Korea yang pakar dalam menyediakan masakan Korea lama (walaupun bagi beberapa premis ia boleh menjadi agak mahal). Ia juga kadang kala disediakan untuk jamuan perkahwinan. Setiap satu daripada bahagian-bahagian luarnya mempunyai pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran, seperti lobak merah, cendawan, daging, taugeh, sayur, lobak putih dan lain-lain manakala bahagian tengah biasanya dikhaskan untuk miljeonbyeong, iaitu lempeng gandum bulat kecil senipis kertas, tetapi lebih kecil dan lebih lembut daripada tortillas.[1][2][4] Ini digunakan untuk membalut daging dan sayur-sayuran daripada setiap lapan bahagian. Pengguna gujeolpan boleh memilih mana-mana daripada lapan bahagian itu, metakkannya di atas sekeping miljeongbyeong, balutkannya dan makan keseluruhan sekaligus.[3]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Korean Cuisine: For a beautiful plate and delicious food, try Gujeolpan". Digital Chosun Ilbo / WHAT'S ON SEOUL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-18. Dicapai pada 2008-07-01.
  2. ^ a b "Korea: Two Special Korean Dishes". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2008-07-01. [pautan mati]
  3. ^ a b 구절판 九節坂 (dalam bahasa Korean). Empas / EncyKorea.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Seoul Metropolitan Government - "A Clean, Attractive & Global City, Seoul!"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-17. Dicapai pada 2015-08-20.

Pautan luar sunting