Gunung Kachang
Gunung Kachang yang terletak di sempadan antara negeri-negeri Kelantan dan Terengganu di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,048 meter (3,436 kaki).
Gunung Kachang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,048 m (3,438 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Jajahan Gua Musang, Kelantan Hulu Terengganu, Terengganu |
Induk banjaran | Banjaran Pantai Timur |
Gunung Kachang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Kachang terletak berhampiran dengan tasik Kenyir.[1] Seluruh kawasan tersebut terdiri dari 7 gunung iaitu Gunung Tembat, Gunung Bongsu dan Gunung Lawit di utara, Gunung Kachang, dan Gunung Raung di barat, Gunung Gajah Terom di barat dan Gunung Gagau di sebelah selatan. [2]
RujukanSunting
- ^ "Riak alam Tasik Kenyir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ Treasures of Kenyir
Sayed Mohd. Zain Hasan, Mohd. Azmi Ambak
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2005 - Ecotourism - 80 pages