Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.[1]

Gunung Lang
Panorama at Gunung Lang Recreational Park
Geografi
LokasiPerak Darul Ridzuan, Semenanjung Malaysia
This picture was taken inside Gunung Lang Recreational Park

Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.

Keindahan landskap

sunting

Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.

Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).[2]

Himpunan heliconia

sunting

Fasa kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang dikenali sebagai `sepit udang' untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia.

Kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.Spesies ini dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik minat terutama penggemar tanaman hiasan ini.

Spesies heliconia yang terdapat di sini :

  • Heliconia Caribea Gold (keemasan)
  • Rostrata Ruiz and Pavon (merah)
  • Psittacorum Sassy (jingga)
  • Psittacorum Rubra (kuning)
  • Spectabilis India Lamarck (merah jambu)
  • Angusta Vellozo Red Christmas (putih kemerahan).

Anda boleh menyelidiki spesies pisang hutan yang sukar didapati dan tidak pernah dilihat di tempat lain , antaranya :

  • Musa Laverder Pink
  • Lasiocarpo
  • Sumatrana
  • Coccina.

Jenis pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang mana kebanyakan spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok pisang biasa.

Manakala jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna seperti warna kemerahan dan jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan yang paling uniknya berwarna kuning.

Tapak perkhemahan

sunting

Taman Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kem motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.

Cara ke sana

sunting
  • Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
  • Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.

Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Transformasi Gunung Lang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
  2. ^ "Keindahan Taman Rekreasi Gunung Lang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar

sunting