Halimunan

lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Masya Masyitah

"Halimunan" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Masya Masyitah.[1] Lagu ini ialah hasil karya Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham dan dikeluarkan single ketiga beliau pada 5 Oktober 2018 oleh Rocketfuel Entertainment.[2][3]

"Halimunan"
Single oleh Masya Masyitah
Dilancarkan pada5 Oktober 2018
Dirakamkan pada2018
FormatMuat turun digital, media penstriman
Genre
Panjang
  • 2:56 (single)
  • 3:20 (muzik video)
SyarikatRocketfuel Entertainment
Penulis
PenerbitOmar K
Kronologi single Masya Masyitah
""Mawar Terbiar"
(2017)"
"Halimunan" ""Hapus"
(2020)"
"Halimunan" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Halimunan" ialah sebuah lagu berentak pop yang diadun dengan pengaruh muzik elektronik berdurasi selama 2 minit dan 56 saat. Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik.[4][5] Dalam temu ramah bersama Kosmo!, Masya Masyitah berkata "genre yang dibawa kali ini agak berlainan daripada dua karya terdahulu. Lagu "Halimunan" lebih berentak pop dan saya rasa ia sesuai dengan kehendak pendengar masa kini".[3]

Muzik video sunting

Muzik video rasmi "Halimunan" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Rocketfuel Entertainment pada 5 Oktober 2018, serentak dengan pelancaran single. Sejak pelancaran rasminya, ia telah mencapai jumlah tontonan sebanyak sejuta tontonan.[3][6]

Persembahan secara langsung sunting

Bagi mempromosikan "Halimunan", Masya Masyitah mempersembahkan lagunya secara langsung dalam rancangan hLive di Astro Ria pada 11 Oktober 2018. Bagaimanapun, penampilan beliau mendapat kecaman daripada warganet kerana beliau menggayakan seluar ketat yang dianggap tidak sesuai dengan imej wanita Muslimah.[7] Masya kemudian berkata beliau akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian bagi mengelakkan perkara sama berulang.[8]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[9]
  1. "Halimunan" – 2:56

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 5 Oktober 2018 Muat turun digital[9]
pensitriman digital[10]
Rocketfuel Entertainment

Rujukan sunting

  1. ^ "Masya Masyitah muncul dengan Halimunan". Suria FM. 14 Oktober 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (12 Oktober 2018). "Masya harap tuah Halimunan". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2018.
  3. ^ a b c Mohd Haikal Isa (16 November 2018). "Hijab bukan halangan Masya Masyitah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  4. ^ Qarami Hashim (2 Disember 2018). ""Ibu kenal kawan saya, lelaki mesej pun dia tahu" - Masya Masyitah". mStar Online. Dicapai pada 2 Disember 2018.
  5. ^ Kamaruddin Razal (15 Oktober 2018). "Masya Masyitah bekerjasama dengan tiga jejaka semuanya demi..." Astro Gempak. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  6. ^ Salma Syahbuddin (15 Oktober 2018). "Masya Masyitah akui punyai kekuatan vokalnya tersendiri". XTRA. Dicapai pada 20 November 2018.
  7. ^ Aizam Manaf (16 Oktober 2018). ""Ni kaki ke tiang signboard" - Promosi lagu di TV, seluar ketat Masya Masyitah jadi bahan jenaka". Media Hiburan. Dicapai pada 20 November 2018.
  8. ^ Budiey (18 Oktober 2018). "Penampilan Masya Masyitah menyanyikan lagu Halimunan dikecam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 November 2018.
  9. ^ a b "Halimunan - Single by Masya Masyitah". iTunes (MY). 5 Oktober 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  10. ^ "Halimunan - Single by Masya Masyitah". Spotify. 5 Oktober 2018. Dicapai pada 20 Disember 2018.

Pautan luar sunting