Ikhwan Fatanna

(Dilencongkan daripada Blaine Bakri)

Ikhwan Fatanna Mokhtar (lahir 13 Jun 1990) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, dan penerbit rakaman Malaysia.[1][2][3] Beliau mula meraih kejayaan komersial apabila lagu hasil nukilannya, "Jatuh Bangun" oleh Haqiem Rusli dan Aman RA berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-33. Beliau juga dikreditkan sebagai Blaine Bakri bagi kebanyakkan lagu ciptaannya.[4][5]

Ikhwan Fatanna
Nama lahirIkhwan Fatanna bin Mokhtar
Juga dikenali sebagai
Blaine Bakri
Kelahiran (1990-06-13) 13 Jun 1990 (umur 34)
Ampang, Selangor, Malaysia
GenrePop, R&B, balada, elektronik, nasyid
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penulis lirik, penerbit rakaman
InstrumenVokal, gitar, piano
Tahun aktif2013; 2017–kini
Syarikat rakaman
PasanganLin Ariffin (k. 2023)

Kerjaya

sunting

Ikhwan Fatanna pernah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia musim kelapan, namun gagal terpilih sebagai peserta. Pada tahun 2013, beliau merakamkan single sulungnya, "Jatuh Cinta" namun menjadi kegagalan komersial kerana beliau tidak dapat mengenalpasti hala tuju muziknya. Beliau mula melonjak naik menerusi lagu "Bismillah" yang disifatkan mempunyai mutu penerbitan bertaraf antarabangsa.[6][7] Pada September 2020, beliau muncul dengan single terbaru, "Ya Rasul".[8][9] Single terbaharunya, "Isteri Solehah" dikeluarkan pada 24 Februari 2020. Menurut Ikhwan, ia diinspirasikan oleh keputusan Neelofa untuk berpurdah.[10][11]

Dengan pengalaman sebagai penyanyi, Ikhwan juga memiliki bakat mencipta lagu dan menulis lirik serta telah memiliki 30 lagu hasil nukilan sendiri dalam simpanannya.[5] Beliau juga berkebolehan bermain pelbagai alat muzik seperti gitar dan piano.[5] Ikhwan juga menerima kritikan apabila suaranya disalah anggap seperti suara wanita.[5] Beliau mengatakan lebih selesa menyampaikan lagu bercorak Islamik selepas melalui proses penghijrahan.[5][12]

Kehidupan peribadi

sunting

Ikhwan dilahirkan di Ampang, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.[3] Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda dalam jurusan Pemasaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kontroversi

sunting

Beliau sebelum ini didakwa pernah berselisih faham dengan Haqiem Rusli susulan isu perebutan hak cipta lagu "Jatuh Bangun", namun beliau menafikan kesahihan gosip itu.[13][14]

Diskografi

sunting

Sebagai penyanyi

sunting
Tajuk Tahun
"Jatuh Cinta" 2013
"Bismillah" 2017
"Jannah" 2018
"Tik Tok" 2019
"Kiriman Cinta" 2020
"Ya Rasul"
"Isteri Solehah" 2021
"Restu" 2022

Sebagai komposer

sunting
Tajuk Tahun Penyanyi
"Jatuh Bangun" 2017 Haqiem Rusli & Aman RA
"Tetap Ada Cinta" Nazeera Sardi
"Sekali Lagi" 2018 Naim Daniel
"Hanya Kata" Qody Rany
"Puas" Amir Masdi
"Material" Bahiyya Haneesa
"Halimunan" Masya Masyitah
"Ku Bersuara" Ernie Zakri
"Pujaan Hati" 2019 Adira
"Kisah Cinta Kita" Hafiz Suip
"Mahal" Charis Ow & Loca B
"Takdir Tercipta" Hafiz Suip & Adira
"Magika" Wani Kayrie
"Asmara" Amir Masdi
"Hakikat Jiwa" 2020 Alyah
"Cintaiku"
"Maaf" Adira
"Sinar Cinta" Hafiz Suip
"Janji" Sufian Suhaimi
"Egois" Qody Rany
"Siapa Tak Mahu" Siti Nurhaliza
"Penantian" Fieya Julia
"Kesempatan Bagimu" Adira
"Thank You Allah" 2021 Alyah, Cat Farish & Ustaz Haris
"Syahadah" Faizal Tahir
"Coretan Pilu" Awie
"Cinta Tak Bertepi" Sufian Suhaimi
"Berakhirlah Pencarianku" Ernie Zakri & Hafiz Suip

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Baharu MeleTOP Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (3 Disember 2019). "Ikhwan Fatanna sasar hasilkan 100 lagu". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Disember 2019). "Buat lagu orang ok, tapi lagu sendiri orang tak suka". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  3. ^ a b Syanty Octavia Amry (3 Februari 2015). "Mahu isi hati peminat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 4 Disember 2015.
  4. ^ "Ikhwan Fatanna mahu nyanyi di AJL". Berita Harian. 29 Januari 2020. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  5. ^ a b c d e Elfaraei Sapi (13 Oktober 2018). "Ikhwan Fatanna dikritik suara seperti perempuan, sasar hasilkan 100 lagu ciptaan sendiri". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  6. ^ Kemalia Othman (18 November 2017). "Lagu Bismillah disangka nyanyian wanita". mStar Online. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  7. ^ Ifqdar Rahman (21 November 2017). "Netizen keliru jantina penyanyi lagu Bismillah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-26. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  8. ^ Qarami Hashim (20 September 2020). ""Industri kurang lagu Islamik, saya ingin memenuhi kekosongan itu" - Ikhwan Fatanna tak jemu buat lagu nasyid, muncul dengan "Ya Rasul"". mStar Online. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 September 2020). "Ikhwan Fatanna terharu". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  10. ^ Georgie Joseph (8 Mac 2021). "Aura positif Neelofa jadi inspirasi". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Januari 2021). "Ikhwan teroka peluang baharu". Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  12. ^ Nur Asyikin Mayudin (16 Ogos 2018). "Lagu cinta untuk orang lain, lagu ketuhanan untuk diri sendiri - Ikhwan Fatanna". mStar Online. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  13. ^ "Saya, Haqiem tak gaduh - Ikhwan Fatanna". Berita Harian. 17 Ogos 2018. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  14. ^ Ifqdar Rahman (16 Ogos 2018). "Ikhwan Fatanna akui ada salah faham dengan Haqiem Rusli". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 19 Julai 2019.

Pautan luar

sunting