MOHD HANAFI NGAHialah seorang tokoh persilatan di Malaysia. Beliau merupakan pengasas perguruan Silat Cekak. Beliau dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar [perlu rujukan] sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui guru-guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui [perlu rujukan] Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan dan menyimpul berkaitan permasalahan tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).

Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.

Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak.

Penglibatan dalam pilihan raya sunting

Hanafi pernah menyertai Parti Negara pada 1959 di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar. Beliau pernah bertanding bagi Dewan Undangan Negeri Kedah di DUN Langkawi pada pilihan raya umum 1959, namun tewas[1]. Selepas daripada itu, beliau tidak lagi terlibat dalam gelanggang politik[2].

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Hanafi Ahmad
Tahun Kawasan Calon Parti Undi Calon Parti Undi Majoriti
1959 DUN Langkawi, Kedah Hanafi Ahmad Parti Negara 403 Ismail Ibrahim Parti Perikatan 7,753 5,658
Abdullah bin Jusoh Persatuan Islam Se-Malaya 2,095

Rujukan sunting

  1. ^ "36-0 is FINAL SCORE". 22 Mei 1959. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  2. ^ "Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia". Dicapai pada 11 Ogos 2022.