Helianthus tuberosus

Helianthus tuberosus atau topinambur[2] adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara.[3][4] Ia ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur.[5]

Helianthus tuberosus
Stem with flowers
Several knobby elongated light brown tubers in pot with water
Umbi direbus
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Helianthus
Spesies:
tuberosus
Nama binomial
H. tuberosus
Sinonim[1]
  • Helianthus esculentus Warsz.
  • Helianthus serotinus Tausch
  • Helianthus tomentosus Michx.
  • Helianthus tuberosus var. subcanescens A.Gray

Tumbuhan ini diberi nama umum dalam bahasa Inggeris Jerusalem artichoke ("articok/kharsyuf Yerusalem") sedangkan ia sendiri tidaklah berupa sayur bunga itu mahupun berasal dari Baitulmaqdis (Jerusalem):[6][7] ia datang daripada pengamatan penjelajah Perancis Samuel de Champlain yang mendapatkan sampel pertama tanaman ini dari Amerika Utara mencatatkan rasa umbinya menyerupai sayur articok.[8][9] Nama "Yerusalem" pula datang daripada orang-orang imigran Itali di Amerika Syarikat yang memanggil tanaman ini girasole "bunga matahari" kerana rupa bunganya lama-kelamaan terubah menjadi kata Jerusalem.[10][11][12]

Botani sunting

Tumbuhan ini jenis herba saka tumbuh setinggi 1.5–3 meter dengan dedaun yang tumbuh setentang di bahagian atas batang tetapi berselang seli di bawah;[13] Daunnya mempunyai tekstur kasar dan berbulu. Daun yang lebih besar pada batang bawah adalah ovoid-akut lebar dan boleh mencapai 30 cm (12 in) panjang. Daun yang lebih tinggi pada batang lebih kecil dan lebih sempit. [14]

Bunga dihasilkan di hujung pokok terkumpul berjambak banyak berwarna kuning dengan diameter 5–10 sentimeter m 10–20 kuntum anak bunga segugus.[14]

Kegunaan sunting

Sebagai sumber makanan sunting

Umbi pokok boleh dimasak secara digoreng, dipanggang atau dijadikan inti pai[15] dengan cara sama seperti kentang tetapi umbi tupinambur lebih boleh dimakan mentah[16] termasuk dalam salad. Umbinya boleh dimasak dalam menjadi pai atau dijerukkan.[15]

Umbi pokok ini menyimpan kandungan karbohidratnya sebagai inulin, tidak kanji seperti yang biasa ada pada tumbuhan-tumbuhan lain. Maka, tumbuhan ini merupakan sumber penting inulin yang digunakan sebagai bahan serabut dalam industri makanan.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ The Plant List, Helianthus tuberosus L.
  2. ^ Szewczyk, Aleksandra; Zagaja, Mirosław; Bryda, Jarosław; Kosikowska, Urszula; Stępień-Pyśniak, Dagmara; Winiarczyk, Stanisław; Andres-Mach, Marta (Mac 2019). "Topinambur - new possibilities for use in a supplementation diet". Annals of Agricultural and Environmental Medicine: AAEM. 26 (1): 24–28. doi:10.26444/aaem/102767. ISSN 1898-2263. PMID 30922024.
  3. ^ Templat:BONAP
  4. ^ "Helianthus tuberosus". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  5. ^ Purdue University Center for New Crops & Plants Products: Helianthus tuberosus
  6. ^ Peterson, Cass (21 September 1997). "CUTTINGS: The Jerusalem Artichoke Is Doubly Misnamed". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). m/s. 50. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 9 September 2021.
  7. ^ Nemia-Cohen, Adi; Assis, Edna (24 Mei 2021). "Jerusalem Artichoke - Metamorphosis of a Mistake". Tower of David - Museum on the History of Jerusalem. Dicapai pada 9 September 2021.
  8. ^ Marcelle Bienvenu, "Topinambour, or Jerusalem, or ground artichokes are a terrific pick: Cooking Creole" | NOLA.com.
  9. ^ Stanley J. Kays, Stephen F. Nottingham, Biology and Chemistry of Jerusalem Artichoke: Helianthus tuberosus L., CRC Press, 2007, 496 p. (ISBN 9781420044966), p. 7.
  10. ^ Lyle, Katie Letcher (2010) [2004]. The Complete Guide to Edible Wild Plants, Mushrooms, Fruits, and Nuts: How to Find, Identify, and Cook Them (ed. ke-2). Guilford, CN: FalconGuides. m/s. 148. ISBN 978-1-59921-887-8. OCLC 560560606.
  11. ^ Smith, James Edward (1807). An introduction to physiological and systematical botany . m/s. 108f. A change, one presumes, of the Italian name Girasole Articiocco, sun-flower artichoke, as the plant was first brought from Peru to Italy, and thence propagated throughout Europe.
  12. ^ Wedgwood, Hensleigh (1855). "On False Etymologies". Transactions of the Philological Society (6): 67.
  13. ^ Dickinson, T.; Metsger, D.; Bull, J.; & Dickinson, R. (2004) ROM Field Guide to Wildflowers of Ontario. Toronto:Royal Ontario Museum, p. 170.
  14. ^ a b Gibbons, Euell. 1962. Stalking the wild asparagus. David McKay, New York
  15. ^ a b Angier, Bradford (1974). Field Guide to Edible Wild Plants. Harrisburg, PA: Stackpole Books. m/s. 112. ISBN 0-8117-0616-8. OCLC 799792.
  16. ^ Have you heard about Jerusalem artichokes? https://hungry-pumpkin.com/post/have-you-heard-about-jerusalem-artichokes/
  17. ^ "Inulin and oligofructose as dietary fiber: a review of the evidence". Crit Rev Food Sci Nutr. 41 (5): 353–62. 2001. doi:10.1080/20014091091841. PMID 11497328.

 

Pautan luar sunting