Hubungan Malaysia–Turki

(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Turki)

Hubungan Malaysia - Turki boleh dikatakan rapat walaupun jarak dua negara ini jauh. Ini kerana Turki pernah menjadi kuasa besar Islam yang menaungi Baitullah di Mekah, arah kiblat orang Islam dan pernah mendapat gelar penaung dua tanah suci sekitar tahun 1517 hingga 1922. Negara itu berpenduduk lebih 90 juta sementara Malaysia 33 juta. Kuala Lumpur dan Ankara memulakan hubungan diplomatik pada 1964. Turki mewarisi sejarah Empayar Saljuk , Empayar Uthmaniyah dan bumi Anbia.

Hubungan Malaysia–Turki
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Turkey

Malaysia

Turki

Dari segi geografi, Turki, separuh badannya dalam benua Asia, setengah lagi di Eropah agak tidak tercakup sebenarnya dalam keakraban hubungan luar Malaysia sejak sekian lama.

Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara.[1] Kedua-dua negara adalah ahli penuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Kedua-dua negara juga dikelaskan sebagai kuasa serantau di kawasan masing-masing.

Sejarah sunting

Ramai rakyat dan pemimpin Malaysia berketurunan Turki atau Arab Turki. Antaranya ialah Dato Onn Jaafar pengasas parti pemerintah UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan ramai lagi.

Melaka / Tanah Melayu pernah bernaung di bawah Empayar Uthmaniyah pada masa dahulu. “Turki pernah membantu dan berjuang bersama umat Islam di Andalusia, Aceh, Melaka dan Sumatera.[2]

Hubungan politik sunting

Pada 10 Januari 2014, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucaptama bertajuk Mentransformasikan Asia Pasifik dan Turki dalam siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi (FORT) di Kuala Lumpur. Malaysia dan Turki membantah keganasan dan usaha memburuk-burukkan imej Islam hingga mencetuskan Islamofobia. Syarahan itu turut disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Pengerusi FORT, Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh.[3] ‘Islamofobia’ boleh diumpamakan seperti perbuatan jenayah kerana telah menimbulkan tanggapan tidak adil terhadap dunia Islam. Turki sedang berusaha menjayakan Wawasan 2023 dan beliau yakin Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan berjaya mencapai segala matlamat yang disasarkan dalam Wawasan 2020.Malaysia dan Turki adalah dua negara Islam contoh. [4]

Pada 16 April 2014, Perdana Menteri Najib Razak dan isteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga, Ankara bertemu dengan Recep Tayib Erdogan. Sebelum ini Najib pernah ketemu pada 2011 . [5]

Pada 28 Ogos 2014, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah atas pelantikan Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Turki ke-12. Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pelantikan Erdogan (60 tahun) yang telah berkhidmat 11 tahun sebagai Perdana Menteri Turki sebelum memenangi Pilihan raya Presiden Turki 2014 pada 10 Ogos 2014.Hubungan perdagangan , pelaburan dan kerjasama pendidikan, pelancongan, kebudayaan, urusan pentadbiran, latihan patut dipertingkatkan.[6]

Hubungan ekonomi sunting

Pelaburan Republik Turki di Malaysia adalah AS$126.1 juta yang tertumpu dalam industri pertahanan dan pembekalan peralatan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2014. Sedangkan, pelaburan Malaysia di Turki sudah mencecah AS$1 bilion. Turki membekalkan kereta kebal jenama Adnan sempena nama perwira Adnan bin Saidi

Ekonomi Turki agak jauh ke depan dari Malaysia. Ekonominya merupakan ke-16 terbesar di dunia. Ketika ini pun kian hampir memasuki kumpulan 10 negara utama dunia.Deklarasi FTA Malaysia Turki ditandatangani pada April 2014.Syarikat pembuatan Turki terutama Eyvap Sabun melabur di Malaysia sebanyak AS$85 juta dan membantu mewujudkan 190 pekerjaan baru. Eyvap bekerjasama dengan Felda Global Ventures dalam mengembangkan perniagaan mereka di Asia Pasifik.

Khazanah di republik itu pun mencapai lebih AS$2 bilion. Ini termasuk AS$1.1 bilion dalam bidang penjagaan kesihatan yang mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Ankara. Khazanah melalui Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pula melabur AS$300 juta bagi meningkatkan pegangan saham dalam projek lapangan terbang antarabangsa kedua di Istanbul iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) dari 20 peratus kepada 60 peratus. Kehadiran Khazanah di Turki melalui Pejabat Serantau Khazanah di sana juga meningkat serta mengukuhkan pelaburan serantau dan rangkaian perniagaannya termasuk di rantau Asia Barat dan Afrika Utara ("MENA"), Asia Tengah dan Eropah.

Khazanah Nasional melabur AS$1 bilion di Turki menerusi Integrated Healthcare Holdings (IHH), bagi 75 peratus kepentingan dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS, penyedia perkhidmatan penjaga kesihatan terbesar di Turki. ISGIA merupakan lapangan terbang yang pantas berkembang. Penumpangnya seramai 18.8 juta (2013) berbanding 4.3 juta penumpang pada 2008, dengan kadar pertumbuhan tahunan 34 peratus.

FTA Malaysia-Turki mencakupi pelupusan duti bagi produk jentera, plastik dan getah. Duti minyak sawit diturunkan pada 30 peratus berbanding 31.2 peratus hingga 46.8 peratus sebelum ini. Duti ini termasuklah produk minyak sawit seperti minyak sawit mentah, minyak sawit diproses, minyak isirung sawit mentah dan minyak isirung sawit diproses.

Najib turut menjemput rakyat Turki memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2014. Tahun 2014 Malaysia mengalu-alukan kunjungan 12,775 pelawat Turki. Terdapat enam kali penerbangan terus setiap minggu melalui Turkish Airlines dan Malaysia Airlines.

Hubungan rakyat biasa sunting

Sebuah filem Malaysia 'Istanbul Aku Datang' mengisahkan mahasiswa Malaysia yang menyewa dan belajar di Istanbul. Dalam filem arahan P. Ramlee ada dialog 'Isketambola' dengan suasana bazar Arab yang merujuk kepada Istanbul, Turki. Dalam politik pembangkang Malaysia, beberapa pihak digelar 'puak Erdogan'.

Pada 2014, terdapat 70 pelajar Malaysia belajar di Turki termasuk yang belajar di Universiti Kirikkale. MOU psesefahaman telah diadakan antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Hacettepe University dan UKM-Ankara University.

Rujukan sunting

  1. ^ "Hubungan di antara Turki dan Malaysia". Kementerian Luar Negeri Republik Turki. Dicapai pada 28 Disember 2013.
  2. ^ Turki-Malaysia negara Islam contoh
  3. ^ Turki-Malaysia negara Islam contoh
  4. ^ Turki-Malaysia negara Islam contoh
  5. ^ Turki rakan strategik Kuala Lumpur
  6. ^ [1]