Hubungan luar negeri Filipina

Hubungan luar Filipina berasaskan perdagangan dengan negara-negara lain serta kebajikan 10 juta orang Filipina yang tinggal di luar negara.[1] Sebagai negara pengasas dan anggota aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Filipina pernah dipilih beberapa kali untuk menyertai Majlis Keselamatan. Carlos P. Romulo merupakan bekas Presiden Perhimpunan Am Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Filipina aktif dalam Majlis Hak Asasi Manusia serta misi pengamanan, khususnya di Timor Leste.[2][3][4]

Presiden Rodrigo Duterte bersama Presiden AS Donald Trump di sidang dua hala di Pasay, 2017.
Ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina di Pasay.

Di samping menganggotai PBB, Filipina juga merupakan negara pengasas ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara), sebuah pertubuhan yang direka bagi mengukuhkan hubungan serta memupuk pembangunan ekonomi dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Tenggara.[5] Filipina telah menjadi tuan rumah bagi beberapa sidang kemuncak ASEAN serta banyak menyumbang kepada hala tuju dan dasar-dasar blok serantau.[6]

Presiden Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, 15 Julai 2018

Filipina menghargai hubungan dengan Amerika Syarikat.[1] Ia menyokong AS ketika Perang Dingin dan Perang terhadap Keganasan serta merupakan sekutu utama luar NATO. Biarpun sejarah begitu muhibah, namun dari masa ke semasa timbul kontroversi berkenaan kehadiran bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Teluk Subic dan Clark serta Perjanjian Angkatan Melawat.[1] Jepun selaku penyumbang terbesar bantuan pembangunan rasmi kepada Filipina,[7] dianggap sebagai kawan. Biarpun masih ada ketegangan bersejarah tentang isu-isu seperti penderitaan wanita penghibur, namun kemarahan yang tercetus oleh memori Perang Dunia Kedua sudah banyak reda.[8]

Hubungan dengan negara-negara lain pada umumnya positif. Perkongsian nilai-nilai demokrasi memudahkan hubungan dengan negara-negara Barat dan Eropah sementara persamaan kepentingan ekonomi membantu hubungan dengan negara-negara membangun yang lain. Hubungan sejarah dan kebudayaan juga menjadi penjalin hubungan dengan negara Sepanyol.[9][10][11] Biarpun terjejas oleh isu-isu seperti penindasan dan kesan perang terhadap buruh Filipina,[12][13] namun hubungan dengan negara-negara Timur Tengah mesra seperti yang dicerminkan oleh dua juta orang Filipina yang masih diambil kerja di rantau tersebut.[14]

Kini ancaman komunis sudah lama reda, maka hubungan Filipina dengan China yang tegang pada 1950-an sudah banyak meningkat. Namun isu-isu berkenaan Taiwan, Kepulauan Spratly, dan kebimbangan atas meluasnya pengaruh tetap menyemai rasa berjaga-jaga.[8] Dasar luar baru-baru ini bertumpu pada hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran Asia Tenggara dan Asia Pasifik.[1]

Filipina merupakan ahli aktif Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Kesatuan Latin, Kumpulan 24, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Ia juga ingin mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dengan berkempen untuk diberi status pemerhati di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).[15][16]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d U.S. Department of State. Bureau of East Asian and Pacific Affairs (October 2009). "Background Note: Philippines". Dicapai pada December 18, 2009.
  2. ^ Permanent Mission of the Republic of the Philippines to the United Nations. [c. 2008]. About Us. Retrieved August 13, 2010.
  3. ^ Permanent Mission of the Republic of the Philippines to the United Nations. [c. 2008]. The Philippines and the UN Security Council. Retrieved January 12, 2008. (archived from the original on January 23, 2008)
  4. ^ United Nations Security Council. (October 25, 1999). Resolution 1272 [S-RES-1272(1999)]. Retrieved March 21, 2010.
  5. ^ Bangkok Declaration. (August 8, 1967). Retrieved December 20, 2009 from Wikisource.
  6. ^ "ASEAN Primer" di Wayback Machine (diarkibkan Disember 17, 2007). (1999). 3rd ASEAN Informal Summit. Archived from the original on December 17, 2007. Retrieved December 13, 2009.
  7. ^ Ministry of Foreign Affairs of Japan. [c. 2009]. "Japan's ODA Data by Country – Philippines" (PDF). Dicapai pada June 2, 2010.
  8. ^ a b Dolan, Ronald E. (Ed.). (1991). "Relations with Asian Neighbors". Philippines: A Country Study. Washington: GPO for the Library of Congress. Retrieved January 5, 2010 from Country Studies US Website.
  9. ^ Matikas Santos (September 15, 2014). "PH-Spain bilateral relations in a nutshell". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada September 23, 2014.
  10. ^ "Stock Estimate of Overseas Filipinos As of December 2009" (PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada June 26, 2011. Dicapai pada May 28, 2011.
  11. ^ "Filipino Among Royal Guards of King of Spain". ABS CBN News. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2011. Dicapai pada July 2, 2009.
  12. ^ Leonard, John (July 3, 2008). "OFW rights violation worsens under the Arroyo administration". Filipino OFWs Qatar. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2009. Dicapai pada January 25, 2009.
  13. ^ Olea, Ronalyn (October 25, 2008). "Middle East is 'Most Distressing OFW Destination' – Migrant Group". Bulatlat News. Dicapai pada January 25, 2009.
  14. ^ Torres, Estrella (January 22, 2009). "Saudi Arabia will still need RP medical professionals". Business Mirror. Dicapai pada January 24, 2009.
  15. ^ "DFA: 'Technicalities' blocking RP bid for OIC observer status". (May 26, 2009). GMA News. Retrieved July 10, 2009.
  16. ^ Balana, Cynthia (May 26, 2009). "RP nears observer status in OIC – DFA". The Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2015. Dicapai pada July 10, 2009.