Patin

keluarga ikan
(Dilencongkan dari Ikan patin)

Patin ialah jenis keli yang membentuk keluarga Pangasiidae. Ia dijumpai di perairan tawar dan payau merentasi selatan Asia, dari Pakistan ke Borneo.[1] Antara sekitar 30 ahli bagi keluarga ini adalah patin gergasi Mekong pemakan tumbuhan yang terancam, Pangasianodon gigas, salah satu ikan air tawar terbesar yang dikenal.[1] Beberapa spesies menjadi dasar bagi industri akuakultur produktif di Delta Mekong Vietnam.

Patin
Julat zaman: Miosen–kini
Pangasius hypophthalmus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Suborder: Siluroidei
Superkeluarga: Arioidea
Keluarga: Pangasiidae
Bleeker, 1858
Genus

Cetopangasius
Helicophagus
Pangasianodon
Pangasius
Pseudolais

Julat Pangasiidae

Taksonomi dan rekod fosil sunting

Sungguhpun Pangasiidae membentuk kumpulan yang monofiletik, beberapa kajian menunjukkan kumpulan ini sebenarnya mungkin subtakson yang bersarang dalam keluarga Schilbeidae. Dengan ini, status kekeluargaan Pangasiidae seterusnya mungkin tidak mendapat pengakuan.[2]

Dua fosil spesies pangasiid telah digambarkan, Cetopangasius chaetobranchus dari Miosen, dan Pangasius indicus dari Eosen. Namun, usia P. indicus dari Eosen yang dilaporkan boleh dipertikai, memandangkan stratum Fauna Sipang di mana ia dijumpai belum ditarikhkan secara rasmi. Dengan itu, usia fosil pangasiid terawal yang boleh dipercayai adalah bagi C. chaetobranchus dari Miosen.[2]

Penerangan sunting

Sirip belakangnya terletak jauh ke hadapan, dekat ke kepala, dan selalunya tinggi dan segi tiga, sehingga dipanggil shark catfish dalam bahasa Inggeris. Sirip dubur pula adakalanya panjang, dengan 26–46 ruji. Selalunya, ia ada dua pasang sesungut, sesungut maksila dan sepasang sesungut dagu, sungguhpun patin gergasi Mekong hanya ada sesungut maksila. Pangasiid mempunyai tubuh yang mampat dan sirip adipos kecil yang tunggal.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Nelson, Joseph S. (2006). Fishes of the World. John Wiley & Sons, Inc. ISBN 0-471-25031-7.
  2. ^ a b Ferraris, Carl J., Jr. (2007). "Checklist of catfish, recent and fossil (Osteichthyes: Siluriformes), and catalogue of siluriform primary types" (PDF). Zootaxa. 1418: 1–628. doi:10.11646/zootaxa.1418.1.1. Dicapai pada 2009-06-25.

Pautan luar sunting