Iman Nabila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Shahz Jaszle dan Elfaeza Ul Haq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 10 Jun 2013 hingga 4 Julai 2013 menggantikan Kalau Bukan Aku.[2][3]

Iman Nabila
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bahagiamu Deritaku" oleh Hafiz Suip
Lagu penutup"Bahagiamu Deritaku" oleh Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Haikal Fadzil
  • Romizal Rosle
  • Faizal Fadzil
  • Azurain Ali
SinematografiZamri Chek
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal10 Jun 2013 – 4 Julai 2013
Kronologi
MengikutiKalau Bukan Aku
Diikuti olehHujan

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis

sunting

Kisah Iman Nabila bermula ketika Tuan Arshad (Mahmud Ali Basha) memberi amaran kepada menantunya, Salimah (Tengku Sariza). Jika anak kedua Salimah ialah perempuan, dia akan meminta Harris (Wan Shades) berkahwin lagi. Salimah kecewa dengan ugutan bapa mertuanya lalu memberitahu ibunya, Mardiah (Aida Khalida). Mardiah merancang sesuatu. Jika Salimah melahirkan cucu perempuan, dia nekad mendapatkan cucu lelaki untuk besannya walau dengan apa cara sekalipun.

Mardiah membeli anak Aida, ibu muda yang ditinggalkan suami dengan harga RM 5000 untuk menjadi cucu Tuan Arshad. Manakala, Nabila (El Faeza) diserahkan kepada Halimah (Fazlina), saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata. Harris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dia.

13 tahun kemudian di Kuala Lumpur, Iman (Shahrizal) membesar sebagai remaja degil dan selalu menunjukkan protes kepada datuknya, Tuan Arshad. Jika permintaannya tidak dipenuhi, Iman akan mengugut untuk melakukan pelbagai perkara termasuk terjun dari balkoni. Kakak Iman, Yasmin (Siti Elizad) pula merasa terpinggir kerana Tuan Arshad tidak melayan permintaannya.

Nabila kini menjadi gadis sunti. Dia terpaksa hidup dengan apa yang diberikan Halimah. Malah, jarang sekali diberi wang saku. Dia juga menjadi tempat Halimah melepaskan marah dan geram. Walau bagaimanapun, Nabila seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.

Suatu hari, Tuan Arshad merungut ketika menunggu Haris, Iman dan Yasmin di bilik mesyuarat. Ketiga-tiganya tidak muncul. Harris masih tidur di rumah kekasihnya, Iman pula baru pulang dari berfoya-foya manakala Yasmin masih keletihan kerana terlibat dengan pembikinan iklan komersil. Mardiah menyaksikan keadaan huru-hara di rumah Tuan Arshad. Melihat perangai Iman, Mardiah menyesal kerana menjadikan Iman cucu Tuan Arshad. Apabila Tuan Arshad menukar rancangan untuk menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi, Mardiah bercadang membawa Nabila masuk ke dalam syarikat.

Mardiah teruja melihat keperibadian Nabila, kecantikan dan sikapnya yang sangat menghormati orang tua. Dia juga mengumumkan Nabila bukan orang gaji baru tetapi salah seorang eksekutif di syarikat Tuan Arshad di hadapan Harris, Yasmin dan Iman. Apakah kemunculan Nabila di dalam keluarga Tuan Arshad akan membongkarkan segalanya? Mampukah Iman berubah demi Tuan Arshad?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kemalia Othman (8 Jun 2013). "Kontroversi Khalwat Shahrizal Jaszle Tak Jejas 'Iman Nabila'". mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  2. ^ Budiey (12 Mei 2013). "Sinopsis Drama Bersiri Iman Nabila di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (10 Jun 2013). "Iman Nabila hiasi slot Azalea". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  4. ^ Iman Nabila (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2019.