Izwan Azir Saleh

Penyampai berita Malaysia

Izwan Azir Salleh (lahir 15 Disember 1980) merupakan seorang bekas penyampai berita TV3 dan juga bekas wartawan kanan di stesen TV itu. Selain Buletin Utama, Izwan turut diberi kepercayaan untuk menjadi hos siaran untuk beberapa program lain seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Soal Jawab, Pembentangan Bajet, dan program pilihanraya 'Mandat'. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan dengan membuat pengkhususan dalam bidang Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2005. Memulakan kerjayanya sebagai Penyampai Berita sambilan di TV3 pada 2002, beliau diserap sebagai wartawan sepenuh masa setelah bergraduasi dan telah membuat liputan penting termasuk peristiwa MH370 dan MH17 pada 2014. Beliau meletak jawatan pada 2 Julai 2018 setelah 16 tahun berkhidmat di TV3. Pada awal Januari 2021 beliau kembali menjadi pengacara di ntv7 dalam program Soal Drama. Pada Oktober 2020, Izwan memulakan tugas sebagai Penyiar Radio, di Buletin FM 'Suara Semasa' yang juga dimiliki Media Prima. Izwan mengendalikan 'Buletin FM Izwan Azir' setiap Isnin - Jumaat, 3pm - 7pm.

Izwan Azir Saleh
Izwan Azir.jpg
Izwan Azir ketika menjadi Setiausaha Akhbar di MITI pada 2018
Kelahiran
Mohd Izwan Azir bin Mohad Saleh

(1980-12-15) 15 Disember 1980 (umur 41)
KerakyatanMalaysia
PendidikanBachelor, Human Sciences (Communication) International Islamic University Malaysia 2005
PekerjaanPenyampai berita, wartawan penyiaran, penyampai radio
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaBuletin Utama
Ibu bapa
  • Haji Mohad Saleh Hashim (bapa)
  • Paridah Haji Md. Nor (ibu)

RadiografiSunting

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Pautan luarSunting