Buka menu utama

John Anthony White (nama keluarga asal: Gillis, lahir 9 Julai 1975[5]) atau Jack White ialah seorang pemuzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman dari Amerika Syarikat. Beliau terlibat dalam beberapa kugiran diasaskannya seberapa lama, terutamanya dalam The White Stripes sebagai penyanyi dan pemain gitar utama; beliau juga terkenal sebagai seorang pemuzik solo.

Jack White
Jack White Ottawa.jpg
White di n Ottawa pada tahun 2009
KelahiranJohn Anthony Gillis
(1975-07-09) 9 Julai 1975 (umur 44)[1]
Detroit, Michigan, A.S.
KediamanNashville, Tennessee, Amerika Syarikat
Detroit, Michigan, A.S.
Tulsa, Oklahoma, A.S.
PendidikanCass Technical High School
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penggubah lagu
  • pemuzik
Tahun aktif1987–kini
Pasangan
Anak2
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Beliau dianggap sebagai antara tokoh pemuzik yang menghidupkan semula genre garage rock pada dekad 2000-an. Beliau telah memenangi 12 buah Anugerah Grammy. Tiga album solo karyanya juga telah mencecahtempat pertama dalam carta majalah Billboard. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau dalam antara "100 Pemain Gitar Terbaik Sepanjang Zaman" ("The 100 Greatest Guitarists of All Time") tahun 2010 pada tempat ke-70.

BiografiSunting

Awal hidupSunting

John Anthony Gillis[6] lahir anak bongsu sepuluh adik-beradik di Detroit, Michigan, Ibu bapanya penganut mazhab Katolik Rom[7] bekerja dalam pejabat Ketua Uskup Detroit:[8] ibunya Teresa Bandyk White berketurunan Poland[9] manakala Gorman M. Gillis[10][11] berketurunan orang Scotland yang berhijrah ke Kanada.[12][13]

MInatnya mula berputik terhadap muzik semasa waktu kecil mendengarkan muzik klasik,[14] namun beliau mula berkenan mendengar muzik rock persis The Doors, Pink Floyd dan Led Zeppelin apabila mula bersekolah.[15] Beliau turut mendengar muzik blues dan rock zaman 1960 - muzik jenis sebeginillah yang akan mempengaruhi gaya atau citarasa muzik dewasanya nanti.[8][5][16] Pada usia 15 tahun, John bekerja dengan seorang sepupu kenalan sekeluarga, Brian Muldoon, memasang kain sofa di sebuah kedai perabot;[8] di sanalah beliau diperkenalkan kepada genre punk yang didengari bersama ketika bekerja di kedai tersebut.[8][17]

Kerjaya muzik awal: The White Stripes (1998-2008)Sunting

Gillis mula berkenalan dengan seorang gadis iaitu Meg White, mereka mula melatih bersama-sama dengan Meg sebagai pemain dram.[8] Mereka menubuhkan kugiran The White Stripes,[18] mereka membuat persembahan pertama mereka di kelab Gold Dollar di pusat kota Detroit tidak lama kemudian.[17][19] Meskipun mereka berkahwin sebagai sepasang suami isteri, Jack dan Meg seringkali memperkenalkan diri sebagai adik-beradik.[20][21]

Meg dan Jack mengumumkan terbubarnya kugiran ini dalam laman webrasmi mereka pada 2 Februari 2011, menurut Jack - mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang akan menjejaskan imej istimewa kerja mereka berdua.[22]

Projek kumpulan lain: The Raconteurs, The Dead WeatherSunting

Pada tahun 2005, beliau menubuhkan kugiranThe Raconteurs bersama Brendan Benson - seorang kenalan[5] - serta Jack Lawrence dan Patrick Keeler dari kugiran Greenhornes.

Ketika beliau melakukan konsert jelajah bersama The Raconteurs, beliau kadangkalanya ada sakit tekak. Alison Mosshart, penyanyi vokal The Kills yang turut jelajah bersama White akan menggantikan beliau.[5] Mereka lama-kelamaan semakin serasi bersama dan mula membuat projek kolaborasi bersama. White dan Mosshart mengasaskan sebuah kugiran baru bernama The Dead Weather pada awal tahun 2009.

Kerjaya soloSunting

Jack mengasaskan studio rakamannya sendiri, Third Man Records, pada tahun 2001;[23] Stuido tersebut dipindahkan ke Nashville pada tahun 2009.[24]

DiskografiSunting

Album soloSunting

Dengan The White StripesSunting

Dengan The RaconteursSunting

Dengan The Dead WeatherSunting

RujukanSunting

  1. ^ Entertainment Weekly staff (July 13, 2012), "Monitor". Entertainment Weekly. (1215):20
  2. ^ "IN Interview: The Electric Six | inweekly". Inweekly.net. September 29, 2010. Diarkibkan daripada asal pada 13 Mac 2012. Dicapai February 12, 2012. 
  3. ^ Haag, Stephen. "Electric Six: Fire < PopMatters". Popmatters.com. Dicapai February 12, 2012. 
  4. ^ "5 Jack White projects you may not know about". AXS. 23 Jun 2014. 
  5. ^ a b c d Leahey, Andrew. Jack White Biography di Allmusic. Diambil pada October 10, 2014.
  6. ^ Dunn 2009, m/s. 166.
  7. ^ "Jack White's Many Sides". Relevant Magazine. Diarkibkan daripada asal pada 23 Mac 2010. Dicapai 26 Jun 2010. 
  8. ^ a b c d e Fricke, David (8 September 2005). "White on White". Rolling Stone (982). m/s. 66–72. 
  9. ^ Male, Andrew (July 2007), "The Mojo Interview". MOJO. (164):48
  10. ^ Medina, Laura (14 Jun 2012), "Infographic: The Illustrated Life of Jack White". Paste. Retrieved April 5, 2015.
  11. ^ "GORMAN GILLIS: Father of Detroit musician". Detroit Free Press. 12 Disember 2006. Diarkibkan daripada asal pada 6 Oktober 2014. 
  12. ^ Rayner, Ben (21 Februari 2010). "Red, white and new—Seeing sights, wooing stranger". Toronto Star. 
  13. ^ "Roots, childhood fantasies spark cross-Canada White Stripes tour". Canadian Broadcasting Corporation. 2 Mei 2007. Dicapai 27 Oktober 2014. 
  14. ^ Sullivan 2004, m/s. 16.
  15. ^ McCollum, Brian (July 6, 2008), "Exclusive: Read Jack White's poem for Detroit". Retrieved July 30, 2014.
  16. ^ Simpson, Dave (7 Mac 2013). "Jack White on the Mississippi blues artists: 'They changed the world'". The Guardian. Dicapai 7 Mac 2013. .
  17. ^ a b McCollum, Brian (September 2003). "Red, White, and Cool". Spin. 19 (9). m/s. 68–74. 
  18. ^ Handyside, Chris. "The White Stripes: Biography". All Music. Dicapai July 30, 2014. 
  19. ^ Scaggs, Austin. "The Music Q&A: Jack White". Rolling Stone. Dicapai September 27, 2016 – melalui Proquest. 
  20. ^ Heaney, Mick (April 28, 2002), "The White Stripes". The Sunday Times.
  21. ^ POWERS, ANN (February 27, 2001), "POP REVIEW; Intellectualizing the Music Or Simply Experiencing It". Retrieved August 29, 2014.
  22. ^ Hill, Amelia (February 2, 2011). "White Stripes have finally split, band members tell fans". The Guardian. Dicapai August 9, 2014. 
  23. ^ "Jack White's Third Man Records Has Sold Over 600,000 Pieces of Vinyl". MTV Hive. 20 Oltober 2014.  Check date values in: |date= (bantuan).
  24. ^ Weiner, Jonah (5 Jun 2014). "Jack White". Rolling Stone (1210). m/s. 52–78. 

Pautan luarSunting