Jalan Negeri Kedah K566

Jalan Negeri Kedah K566 (Jalan Kampung Namek) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. K566 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.73 kilometer (1.1 bt),[1] menghubungkan Bandar Sik di barat dengan Kampung Bendang Tebal di timur dengan melalui kawasan Kampung Dusun, Kampung Namek dan Kampung Bendang Temingat.[3][4]

Jalan Negeri Kedah K566
Jalan Kampung Namek
Maklumat laluan
Panjang1.73 km[1] (1.07 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT175 di Bandar Sik
Persimpangan utama
Hujung timur K10 di Kampung Bendang Tebal
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Dari penghujung barat di Bandar Sik, Jalan Negeri Kedah K566 bermula di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas FT175 berhampiran dengan Pejabat RISDA Daerah Sik dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa. Ia akan membengkok ke arah timur laut di Kampung Dusun, sebaik sahaja melepasi Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. DI Kampung Namek, 1.5 kilometer (0.9 bt) dari hujung barat, Jalan Kampung Namek K566 akan bersilang tiga dengan Jalan Sekolah Menengah Agama atau Jalan Kampung Tandop K672. Jajrana K566 akan diteruskan ke hujung timur di Kampung Bendang Tebal, bersimpang tiga dengan Jalan Baling–Simpang Sik K10.[4][5] Disebabkan jalan negeri ini melalui kawasan perkampungan, terdapat banyak simpang kecil jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) selorong.[4]

Secara keseluruhan, Jalan Kampung Namek K566 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sik, salah satu mukim di Daerah Sik.[2][5]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Bandar Sik0.00  FT175Gurun, Jeniang, ButterworthPenghujung barat
Kampung Namek1.50 K578 K578Gulau, Durian Burung, SMK Agama Sik
Kampung Bendang Tebal1.73  K10Baling, Kampung ChepirPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.