Jan Ceulemans

Footballer, football manager

Jan Anna Gumaar Ceulemans (lahir 28 Februari 1957) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi pemain tengah menyerang. Beliau merupakan pemain yang banyak memiliki kaps kebangsaan iaitu sebanyak 96 penampilan antarabangsa. Beliau juga termasuk dalam skuad Belgium yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Euro 1980 dan tempat keempat Piala Dunia 1986.

Jan Ceulemans
Maklumat peribadi
Nama penuh Jan Anna Gumaar Ceulemans
Tarikh lahir (1957-02-28) 28 Februari 1957 (umur 67)
Tempat lahir Lier, Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
1967–1974 Lierse
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1974–1978 Lierse 110 (39)
1978–1992 Club Brugge 407 (191)
Jumlah 517 (230)
Pasukan kebangsaan
1977–1991 Belgium 96 (22)
Pasukan diurus
1992–1996 KSC Eendracht Aalst
1997–1999 Ingelmunster
1999–2005 Westerlo
2005–2006 Club Brugge
2007–2012 Westerlo
2013–2014 Cappellen
2015– Deinze
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau termasuk dalam senarai 125 pemain terhebat ketika hidup oleh Pelé pada Mac 2004.

Kerjaya sunting

Aksi Piala Dunia pertama Ceulemans bersama Belgium pada Piala Dunia 1982. Pada edisi seterusnya, beliau menjadi kapten pasukan kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia 1986. Beliau menjaringkan tiga gol pada kejohanan itu dan paling menarik ketika menanduk masuk menentang Sepanyol pada suku akhir. Beliau bersara daripada aksi kebangsaan selepas aksi Piala Dunia 1990. Beliau menjaringkan gol ketiga Belgium ketika menang 3-1 ke atas Uruguay namun tewas kepada England pada peringkat kalah mati.

Beliau kekal bersama kelab Club Brugge selama 13 tahun. Selepas bersara daripada bola sepak disebabkan kecederaan lutut, beliau menjadi jurulatih di KSC Eendracht Aalst pada 1992. Beliau berjaya membawa kelab itu ke Divisyen Pertama Belgium dan layak ke Piala UEFA. Beliau kemudian menjadi pengurus KVC Westerlo pada 1998 di mana kelab itu juga layak ke Piala UEFA. Beliau kembali ke Club Brugge di mana beliau menjadi pengurus selama tiga tahun sebelum dipecat pada 3 April 2006 disebabkan keputusan teruk.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 6 Jun 1980 Brussels, Belgium   Romania 1–1 2–1 Persahabatan
2 12 Jun 1980 Turin, Itali   England 1–1 1–1 Euro 1980
3 21 Disember 1980 Nicosia, Cyprus   Cyprus 0–2 0–2 Kelayakan Piala Dunia 1982
4 18 Februari 1981 Brussels, Belgium   Cyprus 3–2 3–2 Kelayakan Piala Dunia 1982
5 25 Mac 1981 Brussels, Belgium   Ireland 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 1982
6 29 April 1981 Paris, Perancis   Perancis 3–2 3–2 Kelayakan Piala Dunia 1982
7 27 April 1983 Brussels, Belgium   Jerman Timur 1–1 2–1 Kelayakan Euro 1984
8 6 Jun 1984 Brussels, Belgium   Hungary 1–0 2–2 Persahabatan
9 2–2
10 19 Jun 1984 Strasbourg, Perancis   Denmark 1–0 2–3 Euro 1984
11 15 Jun 1986 León, Mexico   Kesatuan Soviet 2–2 4–3(s.m.t.) Piala Dunia 1986
12 22 Jun 1986 Puebla, Mexico   Sepanyol 1–0 1–1(5–4 (p)) Piala Dunia 1986
13 28 Jun 1986 Puebla, Mexico   Perancis 1–0 2–4(s.m.t.) Piala Dunia 1986
14 14 Oktober 1986 Bandar Luxembourg, Luxembourg   Luxembourg 0–5 0–6 Kelayakan Euro 1988
15 11 November 1987 Brussels, Belgium   Luxembourg 1–0 3–0 Kelayakan Euro 1988
16 26 Mac 1988 Brussels, Belgium   Hungary 1–0 3–0 Persahabatan
17 8 Jun 1989 Ottawa, Kanada   Kanada 0–1 0–2 Persahabatan
18 23 Ogos 1989 Brugge, Belgium   Denmark 2–0 3–0 Persahabatan
19 3–0
20 6 September 1989 Brussels, Belgium   Portugal 1–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 1990
21 17 Jun 1990 Verona, Itali   Uruguay 3–0 3–1 Piala Dunia 1990
22 27 Februari 1991 Brussels, Belgium   Luxembourg 2–0 3–0 Kelayakan Euro 1992

≈≈==Penghargaan==

  • Divisyen Pertama Belgium: 1980, 1988, 1990, 1992
  • Piala Belgium: 1986, 1991
  • Piala Super Belgium: 1980, 1986, 1988, 1990, 1991