Jed [jéd][1] atau giok ialah batu permata terdiri dari dua jenis galian silikat yang berlainan. Jed Nephrite terdiri daripada galian actinolite, amphibole yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos). Batu yang dikenali sebagai jadeitite pula terdiri hampir sepenuhnya dari jadeite, pyroxene yang kaya dengan natrium dan aluminium.

Butang baju jadeite ukiran tangan Cina antik terpilih.
Batu jed

PeristilahanSunting

Perkataan "jed" ini merupakan turunan bahasa Inggeris jade yang diambil dari istilah Sepanyol piedra de ijada "batu pinggang" kerana ia dipercayai kononnya berkesan merawat penyakit pinggang dan buah pinggang - istilah asal tersebut pertama kali direkod pada 1565.[2] Istilah ini dominan di Malaysia[1] dan Singapura.

"Giok" pula pinjaman bahasa Min Selatan gio̍k 玉,[3] istilah ini lebih dominan di Indonesia baik melalui bentuk bakunya ("batu giok")[4] mahupun dalam jenis bahasa Melayu lain dituturi di kawasan tertentu dalam negara tersebut seperti di Aceh.[5]

Kelaziman mengikut budayaSunting

Disebabkan keduanya digunakan oleh budaya Zaman Batu dan Gangsa untuk tujuan yang serupa, dan keduanya hampir sama keras dengan kuartz, tahan, cantik dan boleh dibentuk halus, keduanya tidak dapat dibezakan sehinggalah abad ke-19 oleh seorang ahli meneralogi Perancis.


Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf. Tukang-tukang yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China. Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar, serta ikan. Setiap corak ada maksud tersendiri. Sebab itulah harga jed mahal.

RujukanSunting

  1. ^ a b jed. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)
  2. ^ Easby, Elizabeth Kennedy. Pre-Columbian Jade from Costa Rica. (1968). André Emmerich Inc., New York
  3. ^ Laturiuw, Yudhistira (8 Disember 2017). "Bahasa Cina Itu Apa Sih?". Zenius. Dicapai pada 6 Julai 2020.
  4. ^ batu giok. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  5. ^ T. Mukhtar Wali (2016). Baut Giok Aceh (Dampak Kehidupan Sosial Budaya Di Kecamatan Beutong) (PDF) (Tesis). Banda Aceh: Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Darussalam. Penamaan untuk batu giok di setiap tempatnya berbeda-beda, dalam bahasa melayu [sic] batu alam berwarna hijau ini umumnya dikenal dengan nama giok...
    • Bale, Martin T. and Ko, Min-jung. Craft Production and Social Change in Mumun Pottery Period Korea. Asian Perspectives 45(2):159-187, 2006.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting