"Jelaskan" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Sandra Dianne.[1] Ia menjadi rakaman terakhir beliau dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan dikeluarkan secara anumerta oleh Sony Music Malaysia pada 2 Oktober 2020, iaitu empat minggu selepas kematiannya akibat nahas jalan raya.[2][3]

"Jelaskan"
Lagu oleh Sandra Dianne
Dilancarkan pada2 Oktober 2020
Dirakamkan padaMei 2020
GenreBalada
Panjang3:55 minit
SyarikatSony Music Malaysia
Penulis
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Jelaskan" ialah sebuah lagu bergenre balada hasil karya Sandra Dianne sendiri bersama Apex CZ.[4] Ia menjadi rakaman terakhir Sandra dalam kerjaya muziknya dan dikeluarkan secara anumerta pada 2 Oktober 2020.[2] Sony Music Malaysia dalam kenyataanya berkata, pihaknya telah mengeluarkan lagu itu tiga minggu selepas Sandra meninggal dunia pada 11 September 2020.[2]

Menurut wakil Sony Music, Vea Norman, "Jelaskan" berkisarkan tentang cinta yang berakhir di pertengahan jalan iaitu pasangan memutuskan untuk berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan.[2] Lagu ini ditulis oleh Sandra pada 2019 dan mula dirakamkan pada Mei 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia. Susunan muzik lagu itu dijalankan di Kuala Lumpur dan proses merakamkan vokal dilakukan di Sabah.[2]

Sandra dipetik sebagai berkata: "Berikutan kualiti rakaman tidak memuaskan, produksi terpaksa tunggu saya untuk balik ke Kuala Lumpur bagi merakamkan trek vokal semula. Bahagian itulah paling mencabar kerana dilakukan berulang kali untuk mendapatkan yang paling sempurna".[5]

Muzik video sunting

Penggambaran muzik video "Jelaskan" terpaksa dibatalkan susulan kematian Sandra pada 11 September 2020. Bagaimanapun pada 2 Oktober, Sony Music memuat naik video lirik lagu itu di saluran YouTube rasmi mereka.[6]

Keluaran sunting

Nor Syakinah Abdullah, ibu kepada Sandra dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan telah memberi keizinan kepada pengurusan Sandra untuk melancarkan lagu tersebut, dan akhirnya dikeluarkan secara rasmi pada Jumaat, 2 Oktober 2020 jam 12 tengah malam.[7]

Inspirasi sunting

Untuk "Jelaskan", Sandra mengambil insiprasi daripada penyanyi Amerika Syarikat, Billie Eilish bagi mendapatkan emosi berbaur depresi sebagaimana lagu-lagu nyanyian Eilish.[5][8][9]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[10]
  1. "Jelaskan" – 3:55

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 2 Oktober 2020 Muat turun digital[10]
Penstriman digital[11]
Sony Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ "Karya terakhir Sandra sentuh emosi". Berita Harian. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  2. ^ a b c d e Farhana Joni (5 Oktober 2020). "Jelaakan, naskhah terakhir Sandra Dianne". Astro Awani. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  3. ^ Budiey (2 Oktober 2020). "Cinta tergantung di tengah jalan dalam Jelaskan nyanyian Sandra Dianne". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Oktober 2020. Dalam kerancakan berentap di Big Stage 2020, seluruh industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Sandra Dianne. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2020 di Hospital Putrajaya selepas 6 hari koma disebabkan nahas jalan raya.
  4. ^ "Arwah Sandra Dianne sempat hasilkan single terakhir berjudul Jelaskan". Kopiplanet. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  5. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (3 Oktober 2020). "Bingkisan terakhir Sandra". Harian Metro. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  6. ^ Qarami Hashim (4 Oktober 2020). "Hampir sebulan meninggal dunia, label buat keputusa lancar lagu terakhir Sandra Dianne - "Arwah rakam berulang kali untuk dapatkan emosi"". mStar Online. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  7. ^ Wawann Mohd (2 Oktober 2020). "Karya terakhir Allahyarham Sandra Dianne buat peminat". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  8. ^ Mya Amri (4 Oktober 2020). "Dipasarkan setelah meninggal dunia, Jelaskan single Sandra serap imej Billie Eilish". Astro Gempak. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  9. ^ Kenneth Chaw (5 Oktober 2020). "New song by late singer Sandra Dianne released weeks after her death" [Lagu baru oleh Sandra Dianne dikeluarkan selepas kematiannya] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  10. ^ a b "Jelaskan, single oleh Sandra Dianne". iTunes (MY). Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  11. ^ "Jelaskan, a song by Sandra Dianne". Spotify. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.